Sea tomato |
Assalamualaikum.
Kalau anda ada ternampak benda seperti dalam gambar diatas ini ditepi tepi pantai biarpun sudah mati, jangan disentuh langsung sebab ianya berbahaya dan boleh bawa maut.
Obor-obor ini telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’.
Ianya obor-obor yang viral sekarang di Sarawak dengan Kemaman. Spisis ini datang dari luar negara dan kini sudah masuk laut Malaysia disebabkan ombak dan angin kuat katanya.
Pastikan jangan bawa anak anak dan family pergi pantai buat masa terdekat ini demi keselamatan semua.Ingatlah sebelum kena. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
* gambar kesan pada kaki yang terkena racun dari obor obor merah.
Sumber : facebook.
Comments
Post a Comment