Biskut Kacang



Assalamualaikum.

'just stay at home'

 Hari ni dah masuk hari yang ke 4! Tapi kalini cerita hari ke 2.


Bila dah mula bosan duduk rumah sebab ikut arahan perintah kawal pergerakkan oleh kerajaan Malaysia.  Maq pun mulalah selongkar stock apa yang ada dan cari apa apa je bahan yang boleh dipelbagaikan sebagai kudapan kami dirumah ini.


Cari punya cari, jumpalah baki kacang tanah yang tempohari maq buat rempeyak. Adalah dalam kiraan 200gram +


"Buat biskut je yangggg... " - kata encik suami

"jap, nak check bahan bahan lain dulu, kalau cukup bahannya baru boleh buat "- jawab maq sambil selongkar kabinet berisi stock bahan makanan kering.


Tepung gandum 200gram ✔

Tepung jagung 200gram✔

Kacang tanah 230gram✔
( goreng dan kisar halus)

Gula kastor 200gram ✔
( gula pasir blend pun boleh guna)

Margerin 3 sudu makan ✔

Baiking soda 1 sudu teh ✔

Minyak masak ¾ +- ✔
( minyak masak secukupnya )

Kuning telur untuk sapu atas biskut✔
( telur saiz B ,sebiji cukup dah )

Esen vanilla 1 sudu teh✔



Bila semua dah ada, okey jom buat!

Masukkan margerin, gula,esen vanilla, kacang, tepung gandum, tepung jagung ,baking soda dalam satu bekas.  Gaul rata.  Masukan minyak masak sedikit demi sedikit sampai adunan boleh dikepal jadi doh. Kalau tak cukup tambah margerin je sikit lagi.


Bulat bulatkan doh ikut bentuk yang kita suka. Maq buat bentuk sebesar biskut chipsmore mini tu je tapi bila dah dibakar dia akan kembang jadi saiz biskut chipsmore besar pulak. So hati hati ketika susun biskut sebelum dibakar. Adunan akan mengembang.  Jangan susun rapat sangat ya.


Kemudian leperkan kat atas loyang dan tekan atasnya dengan garfu. Maka terbentukan beberapa garisan  diatas biskut tu.


Sapu garisan garisan tu dengan  kuning telur. Buat lah sapuan apa je anda suka asalkan bersapu.


Dah siap ? bakar pada oven yang bersuhu 140* - selama 20minit. Bila nampak biskut sedikit keperangan tu sebenarnya itu lebih sedap. Tapi keperang perangan je tau bukan 'kehangusan'!




Menikmati keenakkan cookies kacang tanah ni sambil tengok movie kat astro  HBO, layankan dengan teh O. Diam tak diam sebekas dah selesai. Semakin dilarang pergerakan keluar rumah makin kuat pulak selera makannya. Allahhu.


Salam Israk Mikraj buat semua. 
Malam ini jom hidupkan ibadah di rumah masing-masing bersama ahli keluarga.


 MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441H

DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

21 MAC 2020 (Sabtu)

Mulai 6:30 ptg

- Iktikaf di tempat solat
- Wirdul Latif
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sunat Ba'diyah Maghrib
- Surah Al-Mulk (1X)
- Surah Ash-Sharh (3x)
- Surah Al-Ikhlas (10x)
- Surah Al-Falaq (3x)
- Surah An-Nas (3x)
- Istighfar (70x)
- Selawat sehingga Isyak
- Solat Isyak Berjemaah

*Semoga Beri Manfaat

Comments

Popular posts from this blog

Hikmah Disebalik Sesat

2 Muharam 1448H

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

Bersyukur Bila Diuji

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

10 Zulhijjah 1447H

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan