Skip to main content

Batas aurat dengan ipar duai


Assalamualaikum.

Batas aurat dengan ipar duai sebenarnya antara hal yang  selalu dipandang remeh. Sesetengah orang menganggap bila dah nikah dengan salah seorang ahli dalam family tu, semua hal jadi halal. Padahal tak pun.  Yang mahram cuma pasangan kita dengan kita dan kita dengan ibubapa mertua kita. Adik beradik pasangan kita masih bukan mahram bagi kita.  Maksudnya batas aurat masih sama seperti batas aurat dalam solat.

Lelaki dari pusat hingga lutut.

Perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tangan.

Payahlah kan, kalau orang perempuan nak balik kampung masa hari raya. Nanti berkumpul ramai ramai, takkan nak pakai stokin 24 jam dalam rumah.  Mau kepanasan nanti. Betul tak?

Kata ustazah Asma'Harun ,dalam keadaan macamni ada kelonggarannya.

Maksud ustazah, tak perlulah kita nak pakai stokin kaki tu 24 jam tapi pakaian kita itu haruslah labuh hingga menutup penampakkan kaki. Lengan pula bila nak basuh pinggan mangkok tu kenalah berjaga jaga supaya tidak dipandang ipar duai lelaki.

Susah?  Takpa, bersusah susahlah dahulu,akan bersenang  senang juga nanti. Insyaallah.

Ipar duai lelaki yang menghormati ipar iparnya yang perempuan sepatutnya kena menghormati situasi ni.  Bila tengok kakak atau adik ipar tengah cuci pinggan kat sink tu,  pergi jelah cari paip lain untuk basuh tangan. Tak payahlah nak bersesak sesak dipaip yang sama.

 ( sebagai contoh )*

Sekadar hiasan

Bila maq pakai tudung sarung saiz XL,  XXL,  ada yang kata tudung labuh seperti ini adalah style ustazah ustazah jek yang pakai.

 " sorry, maq pakai tudung bukan sebab style"

Bagi maq, pakai tudung sebab aurat yang dituntut so apa yang layak ditutup maq wajib tutup. Dengan saiz badan maq yang semua orang dah sedia maklom, maq rasa XL, XXL adalah yang saiz tudung sarung sesuai bagi diri maq.

Mungkin pendapat kita berbeza, it's okay . Anda, maq dan kita semua, masing masing punya pilihan.


Sambil pakai, maq juga jual tudung mosscrape saiz XL dan XXL.
idea ni muncul bila maq malas dah nak pakai tudung bawal dan shawl yang asyiklah nak bergosok bila nak guna.
Bila niat nak pakai banyak warna ,
maq pun beli lah satu kodi, nahh..
Maq pengguna,
maq juga penjualnya huhu.
Alhamdulillah  dapat juga sambutan setakat ni.
Saiz XL rm 20/sehelai
Saiz XXL rm 23/sehelai
Doakan usaha maq kali ini ya.
Berjaya didunia dan diakhirat.
By the way anak sulong maq, si  Along jual untuk saiz L dan M pula sebab ramai pelanggan kami yang bertubuh kecil dan rendah, kata mereka kalau pakai saiz  XL /XXL nanti jadi telekung pulak hehehe..
Apa pun terima kasih diucapkan atas sokongan pelanggan kepada Hijabsisters❤ Allah je dapat balas jasa anda semua. Aamiin.. 


Nota maq : mencuba tak perlu rasa bersalah yang penting usaha dan doa.. Terima kasih kepada pelanggan pelanggan Hijabsisters ❤ semoga Allah permudahkan lagi semua urusan anda. 

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa