Skip to main content

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal



Assalamualaikum.

Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia?

Pejabat tanah Batu Pahat.
Sekadar hiasan.

Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor


Masalah yang dihadapi ialah :


Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini.



Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau.



Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah :


- mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memiliki tanah tersebut.

Apa yang maq faham , setiap penama hanya layak menerima 1 ekar tanah sahaja (minima). Kalau tanah pusaka tu kurang dari 1 ekar , pewaris² kenalah pilih nama siapa paling layak diletakkan pada geran tanah tersebut. 

So untuk tanah seluas 5 ekar ,hanya 5 nama pewaris jek yang boleh diletakkan dalam geran.


Kurang boleh ,lebih jangan. 


**Minima 1 orang dapat 1 ekar . 

Contohnya kalau 10.5 ekar dan pewaris 5orang ,maka dapatlah seorang 2 ekar+ dan begitulah seterusnya.


- Ok,bila dah settle bincang, boleh lah pergi pulak ke pejabat pusaka kecil.Biasanya pejabat ni sebelah atau dekat je dengan pejabat tanah daerah.Sebelum tu,


- sediakan dokumen dibawah ini dan jangan lupa bawa :

*geran tanah yang asal

*surat akuan mati pemilik asal tanah

*ic pewaris (  isteri /anak )

- perlu isi borang tertentu.

- tunggu panggilan bicara kuasa.

- ada dikenakan bayaran tertentu untuk proses ini.

- dah bicara kuasa ,tunggu surat penilaian berapa kena bayar duti setem.

- dah bayar duti setem, tunggu surat perintah.

- dah dapat surat perintah , bawa surat itu bersama geran asal ke bahagian pendaftaran tanah. Dan daftarlah ikut surat perintah tersebut.


Ingat ,kepada yang berhak pada tanah tu bagilah hak mereka. Memang banyak proses perlu dibuat, takpa . Asalkan diakhirat nanti kita bebas dari azab Allah kerana ambil harta yang bukan hak. Rasulullah ada pesan, sedangkan ambil sebatang kayu siwak pun akan diharamkan syurga buatnya , apatah lagi sebidang tanah. Waallahua'lam..

Ada yang bertanya , kayu siwak itu apa maq??

 
Dibawah ini adalah gambar sebaris gigi dengan kayu siwaknya.


Comments

  1. Good Sharing.. mama.nak share dgn adik ipar mama yg baru kehilangan isteri

    ReplyDelete
  2. Salam...mcm mana pula urusan utk nama yg dah bertindan ye....maksud sy tanah sudah di waris kan kepada ibu sy..tp kesilapan nya hanya berjanji mulut..nama pada geran adalah nama datuk kepada ibu sy...ibu sy mohon uruskan tp sy xtau nk bermula bgmana...terlalu ralat rasanya...mohon pencerahan meleraikan kekusutan ini

    ReplyDelete
  3. Boleh dijadikan panduan kepada yang terlibat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan,

    1. Dalam geran tanah ada 3 nama
    2.Penama pertama sudah meninggal dunia
    3. Penama kedua dan tiga masih hidup
    (Adik beradik)
    4.Penama pertama (Bukan adik beradik)
    5.Pembagian antara ketiga penama
    Penama pertama 1/2
    Penama kedua. 1/4
    Penama ketiga. 1/4
    6.Penama pertama tidak membuat sebarang
    Wasiat kepada pewaris.
    7.Ada 10 org pewaris

    Bagaimana cara untuk sy (pernama kedua)
    Memohon geran untuk penama 2dan3?
    Mahon tunjuk ajar tuan.

    ReplyDelete
  5. Salam...mak saya baru meninggal dan meninggalkan 9 org anak...tanah 6 ekar...nk tanya macam mana nk tukar nama d geran tanah yg asalnya nama arwah mak kepada anak yg 9 org tu...adakah semua waris@anak kena hadirkan diri ke pejabat tanah atas urusan tukar nama @ just bawak salinan ic waris sahaja...tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Tukar je status isteri dia

  Assalamualaikum.  Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah.  Hari hari bisik kat Allah..  Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin.  Istajib doa ana ya Allah.. Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?   Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,  " inilah jalan hidup saya, kak ".. Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Cara Pagar Rumah

Assalamualaikum. Dengan izin Allah ,harini maq dapat satu cara  bagaimana nak pagar rumah. Maksud pagar ini ialah kita beri perlindungan kepada persekitaran rumah kita dan seisinya. Sesungguhnya ianya tak pernah terfikir oleh maq selama ini tapi kata dari Pengamal perubatan Ruqyah , inilah cara paling power diamalkan. Dan sangat simple tapi berkesan. Apakah ia? Baca pada gambar dibawah ini. Nasihat maq : Kalau gambar tak jelas ,sila klik kat gambar tersebut. Nah..ternyata bacaan Bismillah yang setiap kali dibaca  kalau kita nak masuk rumah ,nak makan ,nak masak dan nak buat apa kerja sekali pun ,itulah pendinding bagi diri kita dan seisi rumah kita. Alhamdulillah.. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InshaAllah. Lepasni jangan lupa baca Bismillah setiap kali nak masuk ke rumah dan ketika hendak makan.. Gambar sekadar hiasan. Sumber dari :  Facebook Encik Suami 😁

Nasihat Doktor Mengenai Coronavirus

Assalamualaikum. Kes pertama coronavirus di Malaysia. Sumber : Astro Awani online Sedikit info dan nasihat mengenai virus Corona yang maq dah baca dari perkongsian seorang sahabat. Nasihat doktor mengenai coronavirus: 1. Saiznya agak besar (sel kira-kira 400-500nm diameter), jadi mana-mana topeng biasa (bukan hanya ciri N95) harus dapat menyaringnya. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang bersin bersin di hadapan anda, ia akan mengambil 3 meter (lebih kurang 10 kaki) sebelum ia jatuh ke tanah dan tidak lagi di udara. 2. Apabila virus jatuh pada permukaan logam, ia akan hidup selama sekurang-kurangnya 12 jam. Jadi, ingat jika anda bersentuhan dengan permukaan logam, basuhlah tangan dengan sabun dengan teliti. 3. Virus ini boleh kekal aktif pada kain selama 6-12 jam. Detergen pakaian biasa harus membunuh virus. Untuk pakaian musim sejuk yang tidak memerlukan mencuci harian, anda boleh meletakkannya di bawah matahari untuk membunuh virus. Mengenai simptom p...

Apa Usaha Kita Akan Datang?

  Bismillah, Terkejut dan hampir tak percaya bila maq dapat tahu tentang harga sayur bakal naik 3 kali ganda?! Biar betul? Tapi nak cakap apa kalau itu benar benar belaku. Suka tak suka memang kena hadap jugak. Zaman Madani harga barang naik bukan benda pelik.Yang pelik naik selalu turun tak pernah dan ianya memang mustahil berlaku sekarang ini. Maq selalu dok mikir ,bagaimanakah struggle ibubapa muda yang sedang nak besarkan anak zaman sekarang lah kan. Zaman dulu ,memang gaji kami kecil tapi rakyat sering dibantu dengan subsidi dan peruntukkan lain oleh kerajaan yang datangnya dari berbagai sudut. Berbeza zaman sekarang,bantuan semakin kurang malah satu persatu kemudahan rakyat mahren ditarik dan dimansuhkan.Tak cukup dengan tu,harga barang keperluan hampir setiap bulan ada je kenaikannya. Lepas satu ,satu barang keperluan naik harga. Maq dah plan satu usaha untuk cover masaalah harga sayuran bakal naik 3 kali ganda tu nanti. Sis,apakata kita gantikan hobi menanam pokok pokok bun...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena..