Skip to main content

Impian Tok Mak

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

Maq pernah buat kesilapan.

Masih ingat lagi ,masa tu anak anak masih kecil,maq tak suka anak anak maq kacau maq memasak didapur. Sebab utama maq tak suka bila maq masak ada orang kacau. Maq lebih selesa masak sorang sorang. Alasannya bila ada orang ganggu,masakan jadi tak sedap . Padahal sendiri yang belum pandai memasak . #inipengakuansebenar 😆

Jadinya bila anak anak ke dapur ,maq akan kata

"dah..pergi on tv tu , tengoklah cerita apa ada. Jangan kacau maq nak masak ni "

Alasan kedua ,maq risau kan keselamatan mereka bila didapur. Yelah , ada api ,gas ,minyak panas , pisau , pinggan mangkok kaca , dan macam macam lagi kat dapur tu. Maq tak nak anak anak jadi apa apa yang tidak diingini.

Dan hal ini berlarutan hinggalah mereka remaja. Maq cuma suruh mereka kemas bilik ,kemas ruang tamu dan cuci kain baju. Masak ? Masih maq. Alasan ? Kalau anak anak masak ,nanti selera encik suami tak hadir , 😅. Tapi memang pun ,bila anak yang masak , encik suami boleh tahu hasil kerja siapa kah itu ! Allah hu ..

Dan kesannya ? Hinggalah sekarang ni , bila maq memasak didapur , anak anak jarang ada didapur untuk bantu maq. Mulanya maq terkilan juga sebab masing masing dah besar panjang tapi masih tak reti nak menolong. Tapi bila maq cari silap maq sejak awal dulu, baru maq paham kenapa semua ni terjadi.

Dan maq tak boleh biarkan ini berterusan. Maq cari cara untuk mengatasi hal seperti ini berlarutan maklomlah ,anak maq semuanya perempuan, takkan nak dibiarkan.


Caranya?kalau sebelumni semua kerja maq buat sorang sorang , tapi sekarangni Maq  bahagi bahagikan kerja didapur kepada mereka ( anak nombor 2 dan 3 ) antaranya ,

*Kalau maq berada diluar rumah  dan mereka ada dirumah, mereka kena masak nasi.

*Kalau maq dah siap masak lauk lauk  , sambal belacan ke , cencalok ke , anak anak yang  kena buat.

*Kalau maq rendam ayam di sinki , anak anak kena cuci sampai bersih sebelum maq siap siap nak memasak.

*Kadang maq cuma buat adunan jemput jemput tukang mengoreng pastinya anak anak!

*maq akan biarkan mereka buat kek kegemaran mereka itu sendiri. Keras ke, lembik ke , tak naik ke, maq biarkan je ,asalkan mereka buat. Dan bila mereka give up ,maq akan kata " kita kan belajar dari kesilapan, nanti trylah  buat lagi "

Ya ,bukan mudah nak didik anak ni. Kadang sebab terlalu sayang dan terlalu berjaga jaga ,datang pula kesan yang tak baik kepada mereka.

Anak perempuan - pastinya orang akan kata dah pandai masak ke tu nak jadi isteri orang? Nanti dah kahwin suami nak makan apa kalau tak reti masak ? Siapa malu ? Anak mungkin tak terkesan sebab hal tu sudah terbiasa bagi dia ,tapi sebagai  orangtuanya , si emak pasti terasa sangat. Sedih ..


Untung kalau dah berkahwin , dapat keluarga mertua yang memahami. Malah mereka ambil berat, saling berkongsi pengalaman dalam hal memasak , andai kata dapat yang serba serbi nak sempurna ? Bagaimana kah ? Aduhh..berpeluh dahi mikir..

Dan selepas semua ni berlaku dalam kehidupan maq , harini , selagi ada hayat ini , maq nak tebus kesilapan lalu .

Maq kena didik cucu maq pula. Maq nak ainul biasa dengan aktiviti didapur. Biarpun belum setahun umur Ainul Mardhiah , dia kena belajar belajar buat kerja didapur. Maq taknak cucu maq ni tak reti nak pegang lesung batu ,nak pegang bawang . Kekok nak pegang senduk ,periuk belanga. Maq nak Ainul pakar dalam urusan dapur. Tak kiralah pakar apa pun ,pakar masak ke ,pakar menyuruh ke ,pakar merasa masakan ke ,pakar makan ke , takpa lah asalkan pakar , 😂..

" Ainul ! Tolong tok mak tumbuk rencah ni kejap!"


" baik, tok makkk..."


Haaa.. Macamtu kan sweet ...😍



Apa yang maq harapkan , impian maq kalini jadi kenyataan. Biarpun ianya bukan sehebat program Mikrofon lmpian tu , tapi itulah impian maq untuk masa depan Ainul Mardhiah ( cucu pertama maq)..

Buah cempedak diatas pagar,
Ambil galah tolong jolokkan.
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan..
#ainulMardhiah

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa