Skip to main content

Program Khatam Al Quran Sudah Jadi Acara Tahunan



-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

الحمد لله.....
Tahniah pada semua peserta program *Jom khatam al Quran 1 minggu 1 juzuk*.... Moga Allah swt berkati segala usaha dan amal ibadah kalian semua di dunia dan akhirat kelak.

Makluman pada semua program khatam al Quran akan diadakan pada ketetapan berikut :
*Hari* : Sabtu
*Masa*: 2.30 ptg
*Tarikh*: 23.2.2019
*Lokasi*: Surau Taman Bukit Perdana 
*Pakaian*: Jubah hitam / putih

Harap maklum dan terima kasih.


Atas tu merupakan aktiviti whatsapp kumpulan biro wanita Taman Bukit Perdana ,yang telah maq ikut serta. Alhamdulillah ,program membaca al Quran 1minggu 1juzuk telah 2 pusingan maq sertai. Yalah kan , kalau baca berkumpulan  macamni ,kita akan bersemangat nak baca hari hari , selain merupakan tanggungjawab kita  sebagai HambaNya ,kita juga nak habiskan juzuk mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seminggu sejuzuk ,bersemangat baca tu ! Insha Allah.




Alhamdulillah..harini khatam sudah untuk  bacaan kami yang berlangsung sepanjang 30minggu. Rasanya kalau baca sorang sorang ni ,  30bulan pun belum tentu khatam lagi kot , heeee..Acara khataman ini telah menjadi acara tahunan anjuran biro wanita Taman Bukit Perdana. Dibawah ini antara aturcara majlis khatam tadi.

*Tentatif Program*
🌷 2.00 - Ketibaan peserta
🌷 2.20 - Alu-aluan pengerusi majlis Pn Hjh Masnah
🌷 2.30 - Majlis khatam Al Quran ( bacaan semua peserta program )
* Alunan zikir
* Bacaan surah² lazim 
* Tahlil ( Pn Maizatun )
 * Doa khatam al Quran (  Adik Airis Aliah )
*  Doa selamat ( Pn  Hawa  )
*  Bacaan Selawat
*  Tazkirah oleh Tn Hj Taib bin Abdul Malik (  Pegawai Agama Islam Daerah BP ) 
*  Ucapan penutup oleh Ketua Biro Wanita
🌷 4.00 - Jamuan dan bersurai

Harap maklum dan terima kasih... ☺🌷🧕

Antara kenangan kenangan terindah ketika program berlangsung.

Dengar ceramah sekejap

Bacaan ayat ayat suci beralun

Peserta kumpulan 1

Peserta kumpulan 2

Sedang mendengar ceramah

Senyuman manis peserta

Nak selawat,nak ambil bunga telur,nak bergambar..nah tulah jadinya 😆 #makcikhandbagmerahtu


Apa yang diharapkan walaupun hanya aktif di group whatsapp , kumpulan ini akan terus menerus bersama berusaha dalam menjayakan program bacaan Al Quran 1minggu 1juzuk. Dan aktiviti khatam akan kekal menjadi acara tahunan bagi penduduk wanita di Taman Bukit Perdana ,insha Allah ,aamiin.. Tahniah kepada kedua dua pebimbing kami iaitu:

Ustazah Hawa Paiman
Ustazah Normahizan Asli

Semoga Allah memberkati pada setiap usaha kalian berdua. Aamiin..



Antara Fadilah membaca Al Quran .
Waallah hu'alam..

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa