Skip to main content

Belajar AlQuran Percuma diKuala Lumpur

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

Bila online twitter ,maq jarang retweet tweet orang ,kecuali pada hal yang menarik perhatian maq barulah maq akan retweet. Itu pun jarang jarang belaku.

Baru baru ni maq berminat untuk retweet satu iklan yang tidak berbayar tetapi apa yang maq harapkan , dengan usaha retweet maq tu nanti ,ianya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada insan yang memerlukannya.

Niat yang murni

Zaman sekarang ni bila kata menuntut ilmu jek, mesti ada bayaran. Nak menuntut ilmu silap mata pun ,kita tak boleh nak buat silap. Nak menuntut ilmu memasak pun kita kena kenal asam ,garam dan bahan masakkan. Nak menuntut ilmu menjahit pun kita kena kenal apa itu mata kia, jarum ,gunting,gelendong , sekochi.

Nak belajar mengaji ?

Cukuplah dengan mengenali siapa guru yang bakal mengajar tu. Jika dia bertauliah yang diikhtiraf , jangan tangguhkan niat nak berguru dengannya. Kalau niat dia ikhlas , anda yang tak tahu apa apa pun  akan yakin bahawa  anda boleh membaca suatu hari nanti. Berbanding dengan guru yang kenakan "charge" pada tiap ilmu yang dicurahkannya. Guru yang begini anda kena faham situasi kerjaya dia.

Lokasi : Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur. Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit. Boleh google *

Yang boleh daftar : umur dari 13 tahun dan keatas.

Waktu belajar boleh adjust kalau masa pelajar adalah terhad. Bawah ni untuk rujukan.


Kelas ini takda nombor untuk dihubungi , siapa  siapa yang tinggal dikawasan berhampiran Kuala Lumpur ,jika berminat ,boleh datang sendiri kealamat diatas . Atau kalau anda ada akaun twitter ,carilah  Akaun twitter beliau.

Ilmu takkan datang kalau tidak dicari. Jangan malu nak belajar Al Quran. Semoga beri manfaat buat semua. Dan semoga niat murni  saudara Akmal Hasif tu dipermudahkan dan semua urusannya berjalan lancar. Inshaallah,aamiin.

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa