Skip to main content

Persiapan Umrah 2019





Assalamualaikum.
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah , Tuhan yang mentadbir sekelian alam.




"Plan last minit memang menjadi kak long ,Inshaallah.. "  itu kata adik perempuan maq.


Dan hanya beliau sorang je adik perempuan maq ,takda lain lagi.


Plan mengerjakan umrah kali pertama bagi diri maq ini hanya datang 44hari  sebelum 21hb Januari 2019. Semua ini idea adik perempuan maq lah. Ini peluang kedua dia dan family pergi umrah. Kali pertama pada 2016, masatu maq sedang sibuk nak buat persiapan perkahwinan anak sulong maq.

Untuk umrah kalini,   adik maq beritahu , buat je persediaan apa yang ada.  Asalkan kita sampai ke distinasinya. Maq yang memang nak sangat menjadi tetamu Allah tu , hanya kata "ok ,boleh je ,inshaa Allah .." jadi,apakah persiapan apa yang ada je ,yang adik perempuan maq katakan tu?  Bawah ini antara benda bendanya yang telah maq adakan.


*passport - dengan kadar rm 200 untuk jangka hayat 5tahun, benda ni sangat perlu. Anda tak perlu dah mykad anda tu. Bawa je passport anda ketika berada dikota kota ini. Mykad suruh jek anak anda simpan elok elok dalam laci. Pesan kat dia ,nanti masa ambil emak kat airport, jangan lupa bawa , ada pulak emak jadi pendatang dengan izin disekatan jalanraya tu pulak..


*telekung - 2helai , bawa bahagian atas sahaja. Maq bawa 1telekung putih ,2telekung hitam berlengan. Yang putih akan dipakai ketika melakuakn solat dimasjid diMekah dan dimasjid Nabawi, yang hitam dipakai ketika program ziarah. Dimana ketika ziarah tu nanti ,jemaah akan melakukan solat sunat dimasjid masjid yang diziarah itu.


*pakaian yang menutup aurat - maq bawa jubah yang mudah dibawa ,ringan dan mudah kering ,dengan syarat tidak jarang. Maq bawa 4helai je sebab malas nak berat berat kan bagasi. Kalau takda jubah baju kurung  atau baju apa pun boleh ,asalkan longgar dan menutup aurat sempurna.

*seluar trek yang kocek berzip - supaya boleh simpan hp atau beg duit. Maq bawa 3helai.

*baju t.shirt  berzip - beli kat kedai yang menjual kelengkapan umrah. Sehelai rm 15. Kocek berzip didada. Boleh simpan hp dan barang berharga kita. Maq bawa 2 helai.

*pad - tuala wanita wajib bawa walaupun anda tak period masa tu. Setiap kali lepas buang air kecil memang guna benda tu. Disana kita sentiasa kena berwhuduk sebab aktiviti hampir 80% memerlukan kita berwhuduk.



*lips balm - maq pilih jenama suchi ,dan ianya sesuai dengan kulit bibir maq. Ianya ikut warna darah kita. Tak payah guna lipstik lagi.

* makanan tambahan - bawalah makanan tambahan yang membantu perjalanan kita disana.  Maq bawa jelly omega yang maq ambil setiap hari dan Vitamin C.

* ubat ubatan - panadol , minyak angin , ubat luka , vaneselin  ( untuk elak kulit tumit kaki pecah ketika lakukan tawaf dan saie )



*baju sejuk - di dua kota ini , cuacanya adalah tidak menentu. Macam contoh pengalaman maq ,ramai orang kata suhu di Kota Madinah sejuk sampai -tve darjah ada ketikanya tapi rupanya ketika malam hari diKota Mekah pulak maq rasa sangat sejuk. So ,baju sejuk maq dipakai ketika diMekah,bukan di Madinah.

 * semua ini ketentuan Allah, manusia cuma mampu merancang.



*mask muka /niqab - kena bawa sebab padang pasir ada ketika akan berlaku tiupan angin berpasir. Masa maq di Mekah , tiba tiba berlaku angin kuat dimasjidil haram ,ketika tu kami sedang melakukan solat zuhur, tanpa memakai penutup muka /mask,kami  habiskan juga solat dengan keadaan berudarakan debu pasir halus,hasilnya keesokan harinya ,maq sakit tekak dan akhirnya kena batuk berkahak. Dan kahak nya bukan hijau tapi coklat .Kahak mengandungi habuk pasir. Maha Suci Allah yang mentadbir sekelian alam.




*kasut tawaf  , setokin tebal - maq bawa kasut tawaf 3pasang , setokin 3 pasang. Pastikan setokin kita tak jarang ketika melakukan solat. Maq pakai dua lapis setokin untuk elakkan kesan jarang tu. Kasut tawaf berfungsi ketika melakukan tawaf dan saie sahaja. Hati hati ,lantai sangat licin. Kasut tawaf kena yang sendat dan padat dikaki,jangan guna saiz yang longgar,merbahaya untuk keselamatan anda. 

Kalau tertanggal ketika lakukan tawaf anda takkan sempat ambil semula kerana orang sangat ramai dibelakang kita. Mereka dalam keadaan berpusu pusu untuk lakukan tawaf.  Kalau tercabut , tinggalkan saja! Jadinya pastikan kasut tawaf dalam keadaan sendat yang selesa. Anda tawaf pun tenang..


* tuala , sabun ,syempo tak payah bawa. Pihak hotel sudah sediakan. Tapi jika anda berkulit yang sensitif, bawalah travel kit sabun anda tu. Sebab kalau kulit ada alahan guna sabun yang hotel sediakan ,anda akan tak selesa bila melakukan amal ibadah.

*bawa sabun basuh - maq bawa sabun buku. Pakaian dalam kena cuci, jubah kena cuci ,sediakan sabun basuh supaya anda tak perlu tercari cari kedai jual sabun basuh ditempat orang nanti.

*bawa hanger - lepas cuci ,baju tak  ada mesin pengering ya ,jadi hanger perlu untuk toskan air pada pakaian kita  tu. Sidai lah di bilik mandi dulu sebelum  anda bawa kedalam bilik tidur ..

Rials.

*duit shopping - bawa lah ikut mampu. Makan minum ,tempat tinggal anda dan transport semua sudah diurus oleh ejen , kata ustaz kat youtube , kalau bawa 300 rials pun cukup. Inshaa Allah..



Anda adalah musafir ketika berada didua kota ini. Berbuat baiklah kepada orang keliling kerana yang baik baik juga yang akan anda jumpa nanti. Inshaallah ,maq tak tipu..

Bilangan beg bertambah bila waktu balik.


Atas tu serba sedikit perkongsian pengalaman maq tempuhari. Semoga beri manfaat bersama.


Terima kasih kepada yang telah banyak membantu maq dalam persediaan untuk melakukan umrah ini . Semoga Allah balas semua  jasa baik kalian dan diberi dengan sebaik baik balasan Nya. Aamiin..

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Idea Kosong Dibulan September

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! Yeeeee betuuuuul, Idea betul betul kosong giler bulan ini. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin serabut nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka. Nanti kalau dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum.

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Ety try Silicone Glaze

  Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan. Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus. Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety dah guna silicone glaze apa hasilnya? jom kita tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip to...