Skip to main content

Jaga Nama Baik Kaum Sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah yang telah beri peluang untuk sehari lagi hak pinjaman kepada kita.

Encik suami ❤

Bila Encik Suami dah hampir sebulan kerja shif siang sahaja. Pukul 6.30 pagi keluar rumah  dan pukul 7 .30 malam pula baru sampai ke rumah , maq teringat pada satu lirik lagu Tan Sri P.Ramlee.



Kanda pergi kerja jauh dikota
Dinda jaga rumah
Jangan main mata
Nanti petang kanda pulang
Kita sembang panjang panjang..


Haaa. Tu pukul 3pagi zaman P.Ramlee. Bagaimana pula pukul 3pagi zaman sekarang? Kanda dimana? Dinda dah terpele'ot badan jaga rumah,jaga anak, jaga diri sebagai isteri kanda ,jaga semuanya milik kanda tapi kanda dimana?


Sempat juga malam semalam maq skodeng makcik pakcik  bawang buat operasi. Bermula di twitter , bersambung diinstagram dan nasib baiklah maq takda facebook ,kalau tidak ,memang tak tidurlah satu malam makcik engkau ni. Dok leka mengintai. Astaghfirullah hal azim.. Shaiton memang suka kalau kita buat benda benda yang melekakan ,kan?

#rasabersalahpadadirisendiri😥

Kenapa kita dijumpakan dengan pasangan yang bermasalah? Ya ,bukan saja saja Allah datangkan dia kepada kita. Semua bersebab. Semua ada hikmah.

Dalam kesedihan , Allah tahu ,manusia akan cari DIA. Dalam celaru ,manusia akan datang mengadu kepada Nya. Dalam tidak kita sedari , setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita , sebenarnya Allah nak sangat kita sentiasa dekat dengan DIA.

Tapi manusia hanya cari Allah bila hidup dia susah ,bila tengah bahagia ,Allah pun senang sangat dilupakan. Maq selalu pesan kat diri sendiri, libatkan Allah pada semua hal ,inshaa Allah mudah mudahan segala urusan dipermudahkan.

Kepada Kanda yang dihormati -

Dunia ni bukanlah untuk enjoy semata mata. Kanda ada tanggungjawab yang boleh bantu kanda enjoy didunia dan diakhirat nanti. Tanggungjawab tu taklain ialah isteri dan anak anak kanda yang dirumah tu. Kanda jagalah mereka berlandaskan kehendak Allah ,mengikut panduan syariat Islam ,kanda bagilah contoh yang baik kepada mereka ,inshaallah kanda selamat didunia dan diakhirat.

Bila kita sendiri tak kenal siapa kita yang sebenar ,macamana orang tersayang nak  kita bahagiakan? Ramai para suami tak tahu ,bila isteri dan anak anak rasa bahagia, pintu rezeki mereka  makin luas Allah bukakan.

Rezeki itu bukan saja pada pendapatan ( duit ) malah rezeki pada kesihatan ,upaya minda berfikiran waras , permudahkan buat amalan ,anak anak isteri mudah diurus , rumahtangga jauh dari hal yang tidak diingini. Senang kata , semuanya akan yang baik baik itu, semua itu jugalah rezeki.



Bila kanda tak mensyukuri rezeki yang kanda ada selama ini, buat dosa yang serupa berulangkali mungkin hal biasa bagi kanda. Malangnya ia adalah hal luar biasa bagi orang lain. Kanda kena ingat tu.. Jangan macam macam!

Maq ambil isu ini secara logik minda maq saja. Sebab setiap orang punya hak pemikiran masing masing , right?

Maq pun ada pasangan. Maq pun ada anak anak yang makin meningkat dewasa. Maq pun ada anak menantu dan cucu. Mereka itu semua akan melalui proses hidup yang maq sendiri tak tahu apa nanti kisahnya. Cuma sebagai ibu mereka , maq minta Allah jadikan mereka itu ,sebagai hamba Allah yang tidak meremehkan solat . Anda lihat sendiri pada lirik last P Ramlee tu , " sembahyang". -bermakna ,P Ramlee pun punya pesanan yang serupa. Dan kalau kita hayati lirik tu ,   Tan Sri P Ramlee pandai jaga nama baik kaum dia ( kaum lelaki ). Kanda bukan mata keranjang sebab kanda sembahyang , so dinda jangan bimbang.

Ha ahh .. Dinda jaga je rumah dan mata , ye? 😂



- bila orang keliling kita ditimpa musibah , doakan agar dia dipermudahkan dalam mencari penyelesaian , bukannya kita tambahkan lagi masalah mereka dengan kata nista kita ,ayat kecam kita , tuduh menuduh sesama kita. Semua tu akan buat kedua pihak jadi semakin kusut. Kalau kepala kusut ,macamana masalah nak selesai? Stop cari salah tapi berusaha cari penyelesaian.  Semoga dinda tabah ..

Maq : pada pandangan maq , mungkin kanda tak bersalah ,cuma beliau lupa yang dia ada dinda yang setia menunggu beliau dirumah..😂


* waallah hua'lam.


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena..