Skip to main content

Buah Zuriat dan Cara gunanya

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

Ketika hendak ke Madinah , ada seorang hamba Allah pesan kat maq buah zuriat.

Buat pertama kalinya maq terus 'blank' , sebab nama buah tu pertama kali maq dengar. Apa tu buah zuriat? Untuk apa? Untuk siapa ?Apa khasiatnya?  - amboi banyaknya soalan bermain main diminda ini.

Tapi apa maq jawab ? Ya ,boleh ,inshaallah ,nanti saya cari ya. Kalau jumpa , saya beli.

Ketika pergi ke Gunung Uhud , maq terjumpa peniaga tepi jalan yang sebut " hajah ! Buah zuriat ! Tasbih ! Mura mura ! Hajah beli ! Hajah sini beli !

Apa ? Buah zuriat ???? Maq Pusing ke belakang semula dan tanya ..

" kak , mana satu buah zuriat ? "

"ini hajah ! Ini buah bagussss.."

"oh..okey" - sambil belek bungkusan bungkusan berisi buah tu. Rasa kulitnya sangat keras ,macam biji getah keras dia ! Warna dark coklat. Takda bau . Sebungkus ada dalam 5 biji. Saiz sebiji tu macam buah kedondong .. Tak tau buah kedondong? Aduh tak dapat nak tolong ! 😂

" kak ,macamana nak makan  buah ini ?" - soalan  maq nak tahu

" hajah putung ini buah , tumbu tumbu (sambil buat isyarat tumbuk lesung kat tapak tangan dia ) masukkan dalam ai yer , kasi itu minum ( buat isyarat minum ) nanti ini ... ( dia buat isyarat  perut buncit )  bagusssss.. ( buat isyarat tumbs up)

"whattt... !?"  Maq dengan anak saudara maq dah tergelak tengok isyarat dia tu.. 😂

" satu bungkus berapa rials?"

"lima rials ,lima rials,mura mura!"

"okey , saya ambil 2 bungkus .."

" bole! Bole ! Malaysia bole !"

"Omak aiii.. Reti pulak diaaa " hahaha kami tergelak lagi 😂😂


Nak tau buah zuriat macamana ?

Inilah rupa buah zuriat.
Katanya buah zuriat ini antara usaha pasangan pasangan yang sudah lama  berkahwin tapi belum mendapat cahayamata lagi. Berhasilkah ? Itu terpulang  kepada rezeki masing masing . Jika ada rezeki , adalah. Kalau sudah tersurat diazali bahawa mereka tidak dikurniakan zuriat , sudah makan satu tan buah zuriat pun takkan berjaya . Waallah hu a'lam..

Buah ni dimakan atau dibuat minum? Bagaimana cara nak gunakannya? Boleh percaya ke kata penjual arab di Gunung Uhud tu ?

Untuk lebih lanjut ,walaupun maq tak akan menggunakannya , tapi maq sudah buat rujukan di rumah encik google , ternyata penjual arab tu tak pernah ambil pun buat zuriat ni , beliau cuma jual jekkkk..Percayalah.. 😂

Bawah ni link pengguna buah zuriat tu . Maq lebih percaya pada pengguna dari penjual. Dan disebabkan  Maq tak boleh ceduk hasil kerja pengguna tersebut, so anda kena Masuk ke link berwarna ini. Selamat mencuba , semoga perkongsian kali ini boleh beri manfaat.

*anak , rezeki , ajal , maut , semua tu kerja Allah , sebagai hambaNya kita cuma mampu berusaha ,berdoa dan bertawakal.. Bersangka baiklah dengan Allah , Insha Allah semuanya akan baik baik aja..

Comments

Popular posts from this blog

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesi...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Segmen 24 jam bloglist Mialiana.com

Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 1 Disember 2018 , iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga hari esok, 10.00 pagi 2 Disember 2018 . Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #31 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2018 . ** jom support Mia Liana....

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

Kalau Maq Jadi YB?

Assalamualaikum. Hi! Tajuk tu nampak sangat berangan level tinggi. Soalan yang telah diajukan oleh anak bongsu maq sendiri. "Apa mak akan buat kepada penduduk kalau maq dipilih jadi salah sorang YB dikawasan tersebut?"  YB= Yang Berhormat Haaa..telah sedia maklom ,part berangan memang maq terrerrr.. . Okey kalau maq lah  menjadi seorang YB , pertamakalinya maq nak tubuhkan satu parti politik ! Biasalah kan , bila ada YB je,adalah cerita politik , bila cerita pasal politik je ,tentunya berkaitan dengan adanya cerita pasal YB. Maq nak namakan parti tu  sebagai " parti mangkok tingkat ".  Ada rahsia ni tau tapi malas nak cerita detail pasal mangkok tingkat ni. Mata dah mengantuk ... Apa janji maq untuk rakyat? Okey ,maq taknak buat janji banyak banyak kepada rakyat. Cuma maq akan  fokus  pada hal keagamaan bagi setiap kaum.  Bagi yang beragama islam, maq akan adakan  satu program khas . Setiap hari , YB akan berkunjung kerumah...