Program Mikrofon Impian

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-


Di Astro Prima , program ini pertama kali maq tonton. Taktahulah episod yang keberapa dah ni ,ke baru bermula eposidnya waallah hualam. Maq jenis jarang tengok tv ,baru malam ni maq berkesempatan nak tonton.

Kisah kehidupan masyarakat dinegara kita. Masalah kehidupan dan paling utama ,masalah kewangan. Bersama pengacara Pak Nil ( Aznil Nawawi ) dan dalam situasi beremosi , maq rasa kalau jual tissu dalam studio tu ,mesti laku keras ..😭..Kayo makcik ko..

Itulah realitinya  dalam keadaan negara kita yang serba serbi maju ni. Tak semua rakyat negara kita mampu jalani kehidupan yang serupa. Diluar sana ada 1001 jenis permasalahan yang mereka tanggung. Sebab tu bila kita rasa hidup kita susah ,kita kena ingat ada lagi yang lebih susah dari kita.

Program ini yang mana para peserta bersaing dengan vokal dan masalah masing masing dah berjaya buat hati maq jadi sebak. Dan kalau anda nak tahu , juri , penonton pun menangis tau bukan pak Nil tu je nangis  sorang sorang. 😭 Anda layak tonton !

Astro Prima
Ahad
9.00pm- 10.00pm
Mikrofon Idaman.

Comments

  1. Ana pun ada tgk mikrofon impian ni. baru ep 1 rasanya. Memang membuka mata kita semua kan. Semoga ada sinar yg lebih cerah buat mereka semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Ya ,maq pun baru tahu ni merupakan episod yang pertama. Inshaallah ,semoga usaha sebegini berterusan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Hikmah Disebalik Sesat

2 Muharam 1448H

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Musim Haji VS Musim Durian

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah