Skip to main content

Ainul sembilan bulan

Assalamualaikum.
Rasa lama jugak kisah perkembangan cucu pertama maq tak kelihatan diblog ini. Kisah ainul berusia sembilan bulan pun dah jadi draf. Hehe busy sakan tok mak dia kan. Yalah ,masa tu tok mak sibuk buat persiapan nak jadi tetamu Allah, memang tak dan nak menaip apa pun kat blog. Balik balik tok mak sebut nak " me time ,me time" , 😅.. Allah hu..

Ketika ainul sembilan bulan, dia dah tak nak diletakkan dalam babycot atau pun baby walker. Kalau masuk pun tak sampai 20minit dia dah mula merengek nak keluar. Mungkin ini disebabkan ainul dah laju merangkak kehulu kehilir , bila dalam babycot dan babywalker langkah dia terhad. Langsung tak bebas gitu.

Kaki dah menjulur keluar, tunggu masa nak menjerit jek tu.

Nak turun dari walker tu kadang terjerit jerit ainul menangis, ada ketika tok mak sangka jari kaki tersepit ke apa, rupanya tak pun,nangis semata mata nak keluar dari walker tu je.. hmm..

Ketika usia sembilan bulan juga ,berat ainul sudah kepada 11kilogram. Tok mak dan mama ainul dah mula mencari khidmat tukang urut datang kerumah mengurut kami. Hehehe pinggang tua ni dah rasa nak tepele'ot cik Peah uiii..😂 tapi kami tetap redha , dah rezeki kami dapat baby big size ni . Alhamdulillah..

Paling menarik , dalam usia ini , ainul dah pandai fokus pada permainannya. Walaupun tak lama tapi dia memang bersungguh fokus. Tapi maq takkan hadapkan dia permainan ini hari hari ,risau nanti dia bosan. Jadi setiap sehari,maq akan tukar jenis permainan yang akan ainul main. Al maklom,cucu maq jenis yang buat sesuatu tu , dia cepat jemu..



Ada satu lagi akal dia berhubung untuk Ainul melakukan satu lagi aktiviti pada masa usia sembilan bulan ni. Aktiviti yang buat maq risau bila tinggalkan ainul bermain sorang sorang diruang menonton tv tu. Lihat video bawah ni,


Tu dia.. Manjat tangga pulakkk... Tempat paling tak asing bagi kanak kanak yang sedang membesar bermain. Sedangkan tempat itulah yang paling merbahaya bagi mereka.Waktu ni maq fokus perhatian ainul supaya dia tak teruja bila maq panggil nama dia. Maq bimbang bila dia seronok , dia lepaskan tangannya secara tak sengaja. Jadi Maq pasangkan lampu pada fon , dan dia berhenti melangkah bila lihat cahaya lampu fon maq. Hasilnya ?


Fuhh..lega .Ainul aktiviti ni tak lawak okeyy. Kering darah tok mak tau. Sejak dari tu maq akan pastikan tangga bukan tempat ainul "landing" bila dia tak tidur.

Dalam bulan ke sembilan juga , ainul dah buat tok mak jadi tak keruan. Entah dari mana dia belajar senyum macam tu , waallah hua'lam..

Senyum fesyen apa entah..

Banyak telatah ainul yang maq post di instagram madam and the kids. Sengaja maq abadikan perjalanan hidup ainul disamping tok mak dia dari umur sebulan hingga kehari ini. Nanti dah besar belum tentu tok mak dapat semua moment indah macam ni..😊

Ainul Mardhiah.. Semuga awak menjadi anak yang solehah buat mama dan papa awak ,inshaallah ... Aamiin ya Robbal alamiin..

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa