Skip to main content

Teks Misteri Hari Jumaat

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-

Pesanan untuk diri sendiri

Sebelum ini mungkin anda ada terbaca tentang maq didatangi dengan pesanan dari sesaorang supaya didoakan untuk semua hajat nya. Kalau takda  , Disini Kisahnya. Dan untuk pengetahuan anda , tuan badan yang berhajat itu kini dah jadi teman maq bila online instagram. Beliau seorang isteri orang ,berkerjaya ,lebih muda dari maq dan berperibadi yang baik. Maq suka !


Alhamdulillah..terima kasih , Allah. Okey ,itu kisah Jumaat 15hb Februari*

Pada Jumaat 22hb Februari lepas pulak , sedang maq dan cucu lepak lepak dirumah , tiba tiba sesaorang menghantar pesanan ringkas diwhatsapp maq. Bawah ni ayatnya.


Tengok! Tidakkah ini satu kejutan bagi maq?? Nombor tak kenal , gambar pun tak pasti siapa , tiba tiba hantar teks ,bercakap pasal sejadah empuk ??Sejadah empuk tu apa ? Apakah tentang sejadah bawah ini?  Baiklah ,Ini kisah sejadah dibawah ini.

Inilah sejadah . Ini merupakan ole ole untuk diri maq sendiri yang maq beli didepan pintu nombor 19 , diMasjid Nabawi. Apa keistimewaan sejadah ini ? Rekaannya serupa 100% dengan karpet ditaman syurga ( di Raudhah ,di Masjid Nabawi,Madinah ) sama sangat sangat ! Lembutnya, gebunya , corak nya ,warnanya MasyaAllah..serupa sangat.

Maq dan adik perempuan dah terpikat  dengan sejadah ini. Kami nak beli untuk buat kenangan dan untuk melepaskan rindu di Raudhah bila dah balik ke Malaysia nanti. Dan maq ada beli untuk Puan besan maq sehelai ( tok mama Ainul ) sebagai ole ole untuk beliau juga.

Sejujurnya ,untuk pertamakalinya ,gambar sejadah diatas tu ,firstime maq update kat public kerana sebelum ini ,maq rasa tak elok kot nak tunjuk benda peribadi kita. Terutama hal keagamaan macam ni ,takut timbul riak dan fitnah ,nauzubillahiminzaliq..

Tapi bila dah didatangi dengan teks misteri hari Jumaat tu ,maq kena juga update pasal sejadah tersebut untuk legakan persoalan yang bermain dibenak fikiran ni.. Selagi tak menaip hati tak lega ! 😥

Maq ada bertanya kepada puan besan ,kot beliau kenal empunya nombor tersebut. Manalah tahu kalau kalau ahli keluarga atau kenalan beliau ada tahu kisah sejadah ole ole dari 'gate 19 ' masjid Nabawi tu. Rupanya beliau pun tak kenal...


Allah hu..siapakah hamba Allah ini??? Macamana dia tau nombor maq ? Macamana dia tahu maq ada sejadah empuk tu ? Musykil ..

Jarini nak saja buka perbualan diteks whatsapp tu tapi ayat " silap nombor " dah jadi penutup perbualan kami,hehe #sayanipemaluorangnya🙊

Puan besan tanya , apakah yang maq rasa untuk semua ini ? Kata maq :

Saya tak pasti ..yang saya tahu ,Allah seperti dah bagi sesuatu _hint_ kat saya tapi saya tak tau apa.. Doa je yang baik baik dan selalu  bersangka baik dgn Allah ,inshaa Allah ..tu je yg saya buat sekarangni..

Ya ,tu je yang mampu maq buat. Bersangka baik dengan Allah ,bersangka baik dengan semua orang dan bersangka baik untuk diri sendiri. Cuma soalan dari maq ,jika anda ditempat maq , apa yang anda lakukan ? Apakah ini suratan atau hanya kebetulan ? #dahmacamtajuklagutu 😂

Wasalam..

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Lepaskan Fadilah Bercukur

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur ( botak kepala) pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macam ni. Semalam kata ustaz pembimbing KAH,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala, adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Jika jemaah bertahallul bergunting 5 helai rambut so dapat 5 dosa jelah yang  gugur dan naik derajatnya pun cum...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Kedasyatan Di Mashyar

  Gambar sekadar hiasan* Bismillah, Rasulullah ﷺ bersabda: “Kamu akan dihimpunkan dalam keadaan berkaki ayam, tidak berpakaian dan tidak berkhatan.” Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu sama lain?” Baginda menjawab: “Keadaan pada waktu itu jauh lebih dahsyat sehingga mereka tidak mempedulikan perkara tersebut.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6527) sumber salin tampal.

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Pengalaman Saya

  sekadar hiasan. Bismillah, Kalini saya nak kongsi pengalaman saya sakit lutut yang berlarutan hampir 2 tahun lebih. Masa mula kena,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat kaki nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI,Batu Pahat. Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib. Semasa buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandikan jenazah, hujan diluar turun, kejap lebat,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang begitu hingga masuknya waktu maghrib. Senja tu saya dan suami aja ada dibilik jenazah tu.Manakala hanya ustaz dan petugas yang buat proses mandikan. Dan saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.  Bila Azan maghrib berkumandang,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya ...

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...

Mula Buat Pilihan

Assalamualaikum. Malaysia  itu Negaraku. Tak banyak nak sembang pasal Malaysia hari ini. Sebagai warganegara yang telah disah taraf , maq hari hari doakan supaya Malaysia dan semua bangsa yang ada didalam lingkungannya dilindungi  dengan sebaik baik perlindungan dari Allah swt. Inshaa Allah.. Eh itu bukan point entri maq kali ini lah.  Harini nak beritahu ,kalau nak support bangsa sendiri. Nak gunakan produk tanpa rasa was was dan kalau nak makan masakkan yang menyelerakan. Trylah hasil keluaran bangsa sendiri. Bak kata mat mat motor : " support member lah bossku.." Okey , maq done support lah ni ! Tukar bahan masakan popular  maq dengan produk Faiza ! Ni baru permulaan. Selain serbuk kari ikan dan daging ,tepung gandum ,beehoon pun dari keluaran yang sama. Kesemua yang maq guna setakat ni alhamdulillah ,tidak menghampakan setiap kali memasak. " sedap tak bang kari ikan tu ?"- pertanyaan tidak berbayar dari maq untuk encik suami. " fuh. Sed...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...