Skip to main content

Hati Seorang lsteri

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-



Bila sorang sahabat sambil menangis ,mengadu kepada maq dengan ayat :

" suami saya akan bertunang tak lama lagi..tapi saya taknak berpisah dengan dia,saya sayang perkahwinan kami.."

Jantung perempuan tua ini terus berhenti berdegup. Mata tua yang dah semakin kabur ini mula menakungi airmata. Minda ligat berfikir. Maq tarik nafas dalam dalam dan hembus perlahan lahan. Kami berhenti bersembang dalam beberapa saat.

Antara ikhlas atau tidak ,maq cuba cari ayat padu untuk membalas ayat ayat sahabat maq itu. Maq takut ayat maq akan buat dia bertambah sedih. Maq risau ayat maq nanti akan buat dia bertambah tertekan dan terluka. Maq tak nak dia semakin rasa tersiksa dengan situasi dialami sekarang ini.

Berlari lari saraf otak ini berhubung...Akhirnya terkeluar ayat ini dari maq :

" you perempuan baik sbb tu Allah bagi dugaan ini. You kena kuat. Suami bukan hak kita 100% , dia hak Allah. Allah boleh dtgkan dia utk kita , Allah boleh ambil dia dari kita. Bila you down mcm ni , keadaan  jadi makin sulit. Kalau tertulis you mmg kena berkongsi kasih syg suami dgn perempuan lain , you kena redha , sbb semua tu dh tertulis sejak azali. Ini lah dugaan paling perit bg org perempuan mcm kita."

Sebenarnya maq pun tak kuat . Mendengar keluhan orang lain pun dah buat maq serabut sekejap. Ya Allah ..kuatkanlah hati dan minda sahabat aku ini , itu je bisik maq dalam hati..

Tunang lagi *
Nikah lagi *

Mungkin itulah moment kebahagian bagi seorang lelaki yang bernama suami ,tapi ianya adalah seperti belati tertusuk dijantung seorang perempuan yang bergelar isteri.

Tanyalah semua perempuan di seluruh pelusuk dunia ,mahukah mereka dimadukan? Jika keadilan tu awal awal lagi dah terhidu ketidak hadirannya? Sanggupkah menahan kesedihan berpanjangan semata mata nak berkorban demi kebahagiaan suami tersayang?

Sebab tu ramai isteri zaman sekarang pilih untuk dilepaskan kerana mereka tahu bila berkongsi kasih ,suami dia celaru ,kerap menipu , dungu , keliru ,mati kutu kadang kadang perangai lebih menakutkan dari hantu.

Poligami  itu harusnya hanya  untuk lelaki lelaki yang soleh . Kalau itulah syaratnya ,itulah juga syarat yang  paling maq setuju. Kalau rumahtangga yang sedia ada pun tak tentu hala , anda layak dikaunsling ,bukan layak untuk berpoligami..

Apa pun,negara  kita ada undang undang. Pejabat agama berhampiran sentiasa terbuka luas pintunya untuk membantu dan memberi khidmat nasihat. Rujuklah kepada pakar. Mereka lebih arif. Itu lebih baik..

Kepada sahabat maq tu ,maq hanya mampu berpesan , jika peluang yang dia dah beri kat suami tu ,suaminya salah gunakan , ambil lah jalan terbaik. Terbaik untuk dirinya ,masa depannya dan  terbaik juga untuk suaminya dan bakal isteri barunya tu. Walau bagaimana pun buat masa terdekat ini ,maq  pesan lagi kat dia ,jaga maruah you sebagai isteri dia . Hubungan kalian adalah halal , Allah pun sayang hubungan tu. Inshaa Allah ..

Semoga sahabat kuat mengharungi dugaan kali ini..🌹

Comments

  1. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa