Skip to main content

Kawan Mengikut Imam al Ghazali

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته-





Kata orang " berkawan biar seribu ,berkasih biar satu" - dalam seribu belum tentu kita jumpa kawan yang betul betul boleh dibuat kawan. Jadi untuk mengelakkan tersalah pilih kawan , ikutlah tips imam al Ghazali tu. Inshaallah ,semoga menjadi kawan didunia ,kawan juga diakhirat nanti..

Siapa imam al Ghazali?

Siapa Al-Ghazali

0
4400
    
Salah seorang ahli Teologi, ahli falsafah, dan sufi terbesar dalam Islam ialah al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada 450 H/1058 M di kota Ghazalah dekat Tus, Khurasan, Iran Utara. Namanya diambil sempena tempat kelahirannya. Nama lengkapnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Tusi al-Ghazali. Dalam bidang keilmuan, pertama sekali beliau mendalami ilmu fikah, kemudian mempelajari secara mendalam ilmu kalam dan falsafah. Setelah mencapai  nama sebagai seorang sarjana, pada 1091 al-Ghazali dilantik menjadi guru besar hukum oleh Nizam al-Mulk (1018-1092), perdana menteri Sultan Maliksyah (1072-1092) dari Kerajaan Saljuk, di Madrasah Nizamiyah di Baghdad. Beliau sempat mengajar di perguruan itu selama 4 tahun dan dalam tempoh itulah beliau menulis karyanya Maqasid al-Falasifah (Maksud Ahli Falsafah) dan Tahafut al Falasifah (Kecelaruan Ahli Falsafah).
Info lebih lanjut Baca sini..

Popular posts from this blog

Majlis Pernikahan Anak Ke Dua

Assalamualaikum, Nampaknya dalam sebulan 2 kali je lah maq dapat berblog.Tua sangat dah tu maknya. Sebetulnya lepas badan maq tak tentu rasa haritu, seminggu lepastu anak kedua maq telah selamat dinikahkan.  So sekarang anda boleh tahu kenapa maq tak sihat haritu kan? ye sebab anak perempuan maq sorang lagi akan dilepaskan .. siapa?  Budak Ety tulah. Cik misi kita sekarang dah bergelar 'Puan '. Alhamdulillah. Selepas beberapa kali mengharungi halangan asbab musim covid19. Akhirnya 18hb Februari 2021 telah di sahkan oleh pejabat kadi Batu Pahat sebagai tarikh penikahan Ety. Alhamdulillah , hajat kami telah dimakbulkan.  Terima kasih Allah. Jauh bezanya  penikahan pada waktu covid19 ni dengan pernikahan pada waktu bebas covid19 pada sebelum sebelum ni.Semua benda ikut SOP. Lebih lagi menantu maq berasal dari negeri Selangor. Selangor ke Johor, SOP nya  lebih ketat sikit dari apa yang dijangkakan. Persiapan bagi pengantin lelaki; ✅3 hari sebelum tarikh nikah (72jam...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Rezeki Itu Hak Peribadi

Assalamualaikum. Hamka berkata ... Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko n...

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

  Bismillah, Tragedi di Sungai Korok: Satu Ingatan, Satu Kesedaran Kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga mangsa tragedi di Sungai Korok, yang kehilangan enam nyawa dalam satu insiden kereta terjunam ke dalam sungai. Enam sekeluarga satu kehilangan besar yang menyayat hati seluruh negara. Kita hanya mampu mengirim doa, agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang sangat berat ini. Dalam kesayuan ini, kami ingin mengajak semua untuk mengambil iktibar. Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita boleh belajar untuk bersedia jika berdepan situasi cemas seperti ini. Apa perlu kita buat jika kereta terjunam ke dalam sungai? ✅ 1. Jangan panik. Panik hanya melambatkan reaksi. Fokuskan diri untuk keluar. ✅ 2. Cabut tali pinggang keselamatan. Ini langkah pertama yang perlu dibuat sebaik sahaja sedar kereta terjunam. ✅ 3. Jangan cuba buka pintu. Tekanan air di luar ter...

Jemaah Umrah diarah keluar

Assalamualaikum. Akhirnya benar,  Kota Mekah bakal dikosongkan!  Bermula dari 5hb March hingga 8hb March semua jemaah yang masih tinggal di Mekah diarah meninggalkan tanah suci itu. Ini semua disebabkan ada 2 kes wabak Covid19 yang telah dikesan disana. Ada yang kata penangguhan ini mungkin belarutan hingga April 2020 ,waallahhua'lam.. Semalam pun masih ada lagi  para jemaah yang melakukan ibadah umrah biarpun kerajaan Arab sudah melarang mereka memakai pakaian umrah sejak 4hb March lalu. Maksudnya tiada aktiviti umrah dibenarkan buat sementara waktu. Tapi mana mana jemaah yang datang dari luar Arab,  takkan mereka nak bazirkan peluang keemasan ini ye tak?  So ada sesetengahnya buat jugak saie. Dan mereka lakukan tawaf guna jalan  diatas bumbung Masjidil Haram. So tarikh akhir untuk para jemaah dari luar meninggalkan tanah suci itu ialah 8hb March 2020. Ini kejadian pertamakali maq lihat , depan Kaabah sunyi! Yang mana sebelum ini ramai ...

Diam Diri Umat Akhir Zaman

  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...