Skip to main content

Jangan Percaya Sangat Kata Orang


Assalamualaikum.

Dulu..
Sebelum ada rancangan nak ke tanah suci, maq ada dengar macam macam pengalaman para jemaah yang kebanyakkannya terdiri dari insan insan terdekat.

Dari apa yang mereka kongsikan, maq sepertinya membayangkan, Allah hu , risaunya lahai.. Kata orang , apa yang kita buat kat tanah air kita ,akan dibayar cash di tanah suci nanti. Ya ampun ,berpeluh dahi dok mikir dosa yang melambak ni.

Tapi..

Bila sampai masa nama diseru menjadi tetamu Allah. Pertamakali apa yang harus dilakukan? Nasihat maq , jangan lagi fikir dosa dosa dulu tetapi bertaubatlah sebanyak mungkin. Istighfar sebanyak mampu , minta Allah terima semua taubat kita. Minta Allah ampunkan semua dosa kita. Jangan malu mengaku sebagai pendosa! Allah maha pengampun.

Sepertimana kita tahu , Allah maha pengasih ,maha penyayang ,maha mengetahui pada setiap apa yang hambaNya kehendaki. Dan , jika kita betul betul  niat bertaubat ( taubatan nasuha ) inshaallah , kitalah tetamu Allah paling istemewa.

-kata orang, "orang arab" ni ganas ,besar besar badan diaorang .kalau dengan orang Malaysia ni ditolak jek ketepi . Katanya lagi ,polis wanita Mekah garang, suka marah marah -  Tapi apa yang maq jumpa? Hampir setiap kali bila maq memasuki masjidil haram ,polis wanita arab akan peluk dan bagi salam kat maq, sambil memeriksa beg silang yang maq bawa. Mereka mendoakan maq . Walaupun bahasa mereka maq tak berapa nak paham , tapi maq akan balas ,syukran ,inshaallah ,alhamdulillah.. Dan apa mereka jawab ? Terima kasih , sama sama ibuk.. Itu je kot perkataan yang mereka tau. Dan anda rasa diaorang tu garang ke? Inshaallah tak..


-kata orang lagi ,makanan kat tanah suci tak sedap ,tak menepati selera melayu mereka. Ada sahabat maq sampai lesu badan dia sebab dia takda selera nak makan kerana masakan disana tak sedap lastly nak buat ibadah pun tak berdaya. Tapi apa yang maq jumpa? maq makan tak pernah tak sedap ! Ikan patin masak sweet sour, haaa pertama kali maq rasa dan maq boleh je makan tanpa ganggu selera maq , bakso ! Ayam goreng ! Rendang ayam versi indon !  Peria katak goreng ! Telur ayam masak kari ! Cili merah kisar dengan apa ntah ,makan dengan ulam timun , lobak putih , keropok , masyaallah ..sedap sungguh !! Dan bukan maq je yang kata sedap , ahli keluarga lain pun makan dengan berselera sekali ! Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana menjamu tetamu tetamu Mu ini dengan makanan enak enak tu. Sampaikan terbawa bawa dalam mimpi maq , Allah huakhbar .. #malunyasaya


Dan apa yang maq nak sampaikan disini , sebagai hambaNya ,kita kena yakin dengan takdirNya ,rezeki dariNya ,kadaq dan kadar Nya ,bukannya kita kena percaya  100% "kata kata orang" sampai menggangu emosi kita. Mereka juga manusia biasa macam kita kan? Kenapa nak percaya sangat. Kita kena yakin dengan diri kita sendiri. Sebab orang lain memang tak tahu siapa kita yang sebenarnya kecuali Allah swt..

Disini ,sesiapa yang membunuh burung merpati akan didenda 5000rials. Haa ini bukan orang kata ,tapi inilah undang undang di Tanah Haram yang mutawwif kami beritahu. 


Semuga beri manfaat.

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa