Skip to main content

Perintah kawal pergerakan peringkat ke 2

Assalamualaikum.

Harini kita dah masuk  fasa ke 2 perintah kawalan pergerakan di Malaysia. Apa yang boleh kita katakan,  masaalah wabak Covid 19  masih lagi ditahap membimbangkan.

Kalau 2 minggu sebelum ni , perintah kawalan pergerakan ini telah menyebabkan ramai  rakyat "melatah" dan kedegilan memakan diri sendiri. Apa yang diharapkan  sangat sangat, fasa kedua PKP ini, rakyat akan  dapat menerima arahan perintah dengan berhemah

Apa yang mereka latahkan tu?

Banyak.

Salah satunya , melanggar peraturan keluar rumah, duduk sesaja bersantai santai ramai ramai tanpa alasan yang munasabah. Akhirnya pihak berwajib terpaksa ambil tindakan. Mereka diarah balik atau paling teruk lagi ada yang disaman!  Tanpa mengira usia, salah tetap salah. Melanggar peraturan berwajib itu adalah dibawah katogeri kes jenayah!  Siapa yang jadi mangsa?

' rakyat yang degil'- dan  disebabkan kedegilan tersebutlah mereka akhirnya terperangkap dengan kesalahan sendiri. Bawah ni sedikit kata penyesalan dan kata nasihat oleh orang yang terlibat dengan kes penahanan ' orang orang yang degil' tu.  ( katanya  beliau warden penjara)  tak kiralah siapa pun penulisnya ,maq tetap kata,  apa yang beliau luahkan itu memang benar.

"Assalamualaikum, sekadar peringatan bersama dari kami warden penjara.Penjara  kini mula menerima pesalah pesalah PKP kategori juvana  dan  dewasa. Setiap hari pasti ada kemasukan. Saya merayu saudara mara, sahabat handai agar menjaga anak masing masing. Sedih tengok bebudak remaja khususnya bangsa kita yg akhirnya menjadi tetamu dalam tembok ni. 

Kesalahan mereka kecik sahaja jika dibandingkan dgn kesalahan jenayah lain yg lebih berat. Tapi kesannya hingga ke akhir hayat. Sebenarnya mereka tu tak  layak  untuk duduk bersama penjenayah penjenayah lain. Tapi apa boleh buat, kesalahan ini  dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Untuk makluman tuan tuan, apa yg anak anak ini akan rugi:

- mereka terasing dgn keluarga sehingga tamat perintah PKP. Keluarga tidak dibenarkan buat perjumpaan.

- rekod sebagai banduan akan kekal hingga ke akhir hayat , tidak  berpeluang utk menjawat jawatan kerajaan. Tentera, polis, penjara jauh sekali. Sayangnya ada antara mreka amat berpotensi.

- walau hukuman maksimum 6 bulan, bagaimana dengan persediaan bagi mereka yg ambil UPSR,PT3,SPM, dan sebagainya.Pasti banyak yang tertinggal.

-dalam masa PKP ni, pasti tak  banyak program pemulihan banduan yg berlansung seperti sebelum sebelum ini. Tambahan tugasan anggota penjara telah dihadkan. Rumusannya mereka sekadar 'disimpan' utk dilepaskan.

Mohon semua ibubapa dan penjaga awasilah anak masing masing.  Sayangilah masa depan mereka."


Sedih..
Hanya disebabkan kedegilan. Mereka sengaja  langgar perintah, akhirnya masa depan mereka musnah. Ibubapa pulak terpaksa bayar saman. Padahal wang bayar saman tu boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat. Lagi lagi dalam keadaan  ekonomi yang macam macam sekarang ni. Denda bukan rm 10.00 dik, tapi rm 1000.00!

So, sebelum kaki nak melangkah keluar rumah tu,  fikir fikirkanlah dulu . 100 kali berfikir pun takpa.  Adakah perlu ke niat kita nak keluar tu.  Hello ini perintah PKP, bukan nak ajak anda main polis entry want tu jaga  okey..

Haish.. Geram pulak sis!

Degil yang tak boleh dibawa bincang akhirnya sendiri yang kantoi. 

Okeylah cukup satu je kesilapan yang boleh kita ceritakan dalam perintah kawalan pergerakan pertama lalu. Banyak sebenarnya kejadian yang  menjatuhkan imej bangsa kita belaku tapi biarlah. Benda pun dah jadi kan. Masing masing pun dah tua ,dah besar dan dah berakal. Mungkin apa yang dah belaku tu boleh dijadikan ikhtibar bagi orang lain.

Apa yang diharapkan sangat, semoga hal serupa takkan belaku pada PKP peringkat kedua ni.

Harap sangat sangat wahai bangsaku.. ❤


Fasa kedua perintah kawalan Pergerakan


Selamat bertugas pejuang pejuang  frontline Covid19. Berjuanglah demi agama, bangsa dan negara. Juga niatkan semua tu " lillahhiata'ala" .

#kamidudukrumah
#kitajagakita

Harap PKP fasa ke 2 ni,  hal seperti ini juga takkan belaku lagi. 


Comments

  1. Assalamualaikum,
    marilah kita patuhi PKP yang dilanjutkan ini. Moga akan ada keajaiban pada akhirnya, di samping meneruskan doa setiap waktu agar wabak ini terus lenyap selama-lamanya dari muka bumi ini. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Amie, ye betul.
    Insyaallah ,Aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...