Program pada usia yang tersisa.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , harini Ahad yang cukup indah. Cuaca sekarang ni walaupun baru pukul 8.30 pagi tapi terik matahari sepertinya dah pukul 11 - 12 tengahari. Anda perasan tak? Ke , maq sorang jek yang rasa , almaklom snow white , huhu ,  ala, maq yang "perasan " rupanya . 😂

Semalam ,setengah hari masa maq dah habis kat kelas muslimah Taman Bukit Perdana. Bermula pukul 8pagi hingga ke pukul 12tengahari . Kami , para ibu yang tinggal ditaman ini sebenarnya dah buat satu group whats app ,iaitu group " al Quran dihatiku" .

Dalam group tu setiap ahli kena baca 1juzuk alQuran untuk jangka masa seminggu. Dan bila dah cukup 30minggu , bermakna dah khatam lah kami ni , itulah sebabnya diadakan program khatam tadarus alQuran semalam. Semua aktiviti kami dipantau oleh Ustazah ustazah yang telah mendapat tauliah dari Pejabat Agama Johor. Alhamdulillah. Walaupun ada yang kurang mahir ,kami berjaya lakukannya dengan bimbingan Ustazah ustazah kami. Terima kasih sangat sangat atas usaha Ustazah ustazah kami.

Whats app - walaupun ramai orang pandang banyak kesan buruknya , alhamdulillah ,kami para ibu ditaman ini telah manfaatinya dengan sebaik mungkin. Jadi takda istilah asyik buang masa dengan  berwhatsapp jek ya. Kita boleh olah keburukan pada pandangan serong orang tentang whatsapp. Pokok pangkalnya hati kita.

Insha Allah.  Lagi satu pilih lah sahabat yang betul betul beri manfaat. Yang boleh bimbing kita kearah lebih baik pada usia yang masih tersisa ini. Bawah ini antara kenangan maq dan sahabat muslimah dari Bukit Perdana semalam.







Punca group ini ditubuhkan ialah disebabkan ramai dikalangan kami terdiri dari suri rumahtangga sepenuh masa macam maq. Kami susah nak bergerak keluar kerana ada tanggungjawab dirumah yang harus dipantau. Oleh disebabkan hal tersebut ,maka tercetuslah idea group ini. Dan secara tak langsung ,biarpun susah nak berjumpa jiran jiran dalam taman disebabkan komitmen masing masing, tapi kami aktif digroup whats app ini. Sambil beramal ,kami dapat eratkan silaturahim dikalangan penduduk setempat.


Nota maq : semoga ukhwah ini terus terjalin dengan keberokatan dari al Quran dan dengan keizinan dari Allah s.w.t. insha Allah. Antara Janji Allah tentang syafaat sahabat yang beriman :



Popular Posts