Laksa Penang paling simple.


Assalamualaikum.

Untuk hari pertama berpuasa tahun ini,maq  sediakan menu simple buat family. Laksa penang mudah ! Bahan bahan nya :

❤Ikan mata besar - rebus dengan asam keping,lepastu blend isinya dengan air rebusan tadi. Nak kuah lebih tambah lagi air.

❤Cili kisar  1senduk

❤Dalam pinggan hijau tu- bahan untuk kuah : daun kesum, asam keping,bawang besar ( kalau nak pekat kuahnya ,tambah lagi sebiji dua bawang tu kemudian kisar halus ) , serai untuk elak bau ikan memenuhi ruang rumah.

❤Semua bahan atas ni dimasukan kedalam periuk .Kacau dan tetapkan rasanya dengan menambahkan garam. Masak sampai mendidih.

❤Dalam bekas hijau empat segi tu , bawang besar dan cili padi untuk ulaman . Semuanya dihiris halus ( ikut citarasa anda )
Antara bahan lain untuk hiasan dan penyedap laksa penang. Telur rebus , limau kasturi,sedikit daun kesum dihiris halus. Disebabkan daun salad lupa beli , so ianya tidak kelihatan disitu.



❤inilah rupa kuah laksa yang terhasil tu. Maq suka kuah yang pekat, masam dan pedas .

❤maq guna mee laksa basah. Cuma didihkan air , celur mee sekejap dan toskan.

Namun begitu , apa bila tiba waktu berbuka semalam , handphone tiada ditangan ini ,makanya hasil hidangan laksa penang paling simple tu tak dapat nak dirakamkan heeeee.. Maafkan saya ..🙊


Allahhumalakasumtu ,
wabikaa aamantu ,
waa'lla rizkika abtartu,
birohmatikayya arhamarohimin.. 

Comments

  1. Lama tak makan laksa, terliur tengok walaupun takde gambar lengkap. Laksa masuk juga menu utk berbuka, tapi tak tahu bila nak buat. Kadang2 dah petang barulah kalut cari bahan nak masak apa... apa-apalah asalkan boleh dimakan hahaaaa.

    ReplyDelete
  2. Amie : Ramadhan masih panjang lagi, moga hajat awak nak masak laksa tercapai nanti ,

    Inshaa Allah :D

    ReplyDelete
  3. Amboi...rajinnya...kenyang ke tu makan laksa jer

    ReplyDelete
  4. Noe : anak anak maq semua sedang diet sebab nak pakai baju cantik raya nanti ,inshaa Allah kenyang dah tu , siap ada balance sampai sahur lagi .. 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk walk Masuk List 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

3 Gelombang Krisis Utama

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H