Zikir Ramadhan


Assalamualaikum.
Sudah masuk ramadhan ke 12 malam ini.  Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan  tuntutan Allah dibulan mulia ini.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Perbanyaklah di bulan Ramadhan akan empat perkara..2 perkara membuat Allah s.w.t. redha, dan 2 perkara yang lainnya merupakan sesuatu yang kalian amat memerlukannya."

2 perkara yang membuat Allah s.w.t. redha adalah:

1-mengucapkan syahadah (أشهد ألا إله إلا الله )
dan

2- kalian meminta keampunan kepadaNya (أستغفر الله العظيم ).

2 perkara yang kalian amat memerlukannya terhadap keduanya adalah :

1- kalian meminta kepada Allah s.w.t untuk dimasukkan ke dalam syurgaNya dan

2- dijauhkan dari api nerakaNya

ZIKIR RAMADHAN..

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّه, أَسْتَغْفِرُ اللّه, أَسْأَلُكَ الْجنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّار (x3)

     
 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ  تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى (x3)


يَا كَرِيم..

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, aku memohon keampunan daripada Allah, Aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka.

Ya Allah, Engkau adalah Zat yang menyukai kemaafan, oleh itu maafkanlah kami.

Wahai Zat Yang Maha Pemurah.


Aamiin, Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.

Sekadar hiasan.


Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026

Himpunan Doa Arafah 2025