Video Tak Dengar Suara

Assalamualaikum.

Petang tadi maq ada rakam video telatah cucu maq yang sorang tu. Bila dah siap post kat instagram ,baru maq perasan yang suara dalam video tu jauh sangat.

Maq mulakan dengan check handphone. Bila check video orang share , semua ok je suaranya.

Lepastu maq try Check file lah , check setting phone lah ,masuk youtube lah , check info kat google lah ,tapi ternyata usaha yang sia sia ! Frust jugak maq dibuatnya.

Yelah semenjak dah jadi penggangur terhormat ni , part nak tukar barang baru tu memang tak tersenarai lagi dalam list ingatan ini , makcik  kau ni nak berjimat cermat ,nakk uiii 😂.

Dah nak senja ,barulah teringat kat anak menantu sendiri. Beliau merupakan seorang technician disalah sebuah kedai komputer di bandar Batu Pahat ni. Adeh , asal lah boleh maq terlupa kan beliau pasal ni . Nampak sangat proses penuaan sedang rancak berlangsung. Allah huakhbar..

Bawah ni perbualan kami melalui whatsapp.



Alhamdulillah , segala kesulitan telah dapat diatasi. Semuanya pasal beria sangatkan makcik kau ni nak update pembuatan muffin red velvet haritu tu hehee ,sampaikan adunan tepung boleh  tersumbat kat speaker fon ,lepastu dah beku benda tu , sendiri yang kalut ..

Aduh terlupa pulak nak ambil gambar speaker yang tersumbat tepung tu. Yang ada gambar adunan haritu jek . Nak buktikan warna yang serupa melekat dalam speaker ,😂



Lepasni ,kalau anda ada problem serupa, check sebagaimana  yang macam abam technician tu cadangkan ya.

- check speaker phone

Atau

- try update latest software

" benda boleh tanya buat apa nak buat tak tahu nak bertanya " 😅 

Comments