Skip to main content

Sabar Sampai Mati


Assalamualaikum.

Sekali lagi perkongsian berkaitan dengan diri sendiri dan para wanita diluar sana. Apa yang maq kongsikan ini tiada bermaksud nak buka aib atau nak burukan sesebelah pihak. Tujuan utama cuma nak kita faham tanggung jawab seorang isteri tu apa.

Sebut je  tanggungjawab tu ,kalau nak taip sampai masuk bulan Ramadhan nanti takkan siap entri ni nanti. Rasanya kita ambil satu "subjek" yang sering berlaku depan mata kita jek. Biarpun tak ramai yang hadapi situasi ni tapi tak salah kalau kita ambil ianya sebagai satu tauladan bagi kita meneruskan  hidup ini.

Malam tadi maq layan youtube Ustazah Asma Harun. Entah kenapa sejak kebelakangan ni , video beliau sering jadi habuan mata dan telingan tua maq ini.

Kata ustazah , jadi isteri kena sabar. Sabar dalam  masa yang sama ,kita kena juga  berusaha mempertahankannya. Bukan sabar macam tunggu benda datang bergolek je macam tu. Sampai kiamat pun ianya takkan berhasil.

Bila ditanya sampai bila seorang isteri kena tahan sabar dalam melayan karenah para suami?

Jawab Ustazah :

   "Bersabarlah sampai mati !"

Kata kata yang agak keras ,kan? Tapi itulah kenyataan sebenar. Bila kita lihat diri kita sendiri yang sering salahkan suami kita bila jadi satu satu hal dalam rumahtangga ,dari hal besar hinggalah ke hal yang remeh. Rupanya beliau itu ujian yang Allah datangkan kepada kita. Suami hanya perantaraan.  Suamilah cabang pahala yang boleh kita kumpul untuk bekalan akhirat nanti. Suami itu syurga dunia dan akhirat kita. SubhanAllah..

Mulai harini , jangan malu untuk minta maaf hari hari kat suami kita. Jangan malas untuk pertahankan rasa sabar itu. Sama sama kita berusaha untuk jadikan SABAR sebagai pakaian diri disepanjang usia ..


Ya kerana semuanya adalah  "lillaa hitaa'la" ..

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Hati Hati Dengan Sale Di Aeon Big

Assalamualaikum. Malam ni, lepas maghrib encik suami nak beli jiwa maq.  Ayat orang sekarang ,beli jiwa sama dengan ambil hati / pujuk.  Aduh kamus mana kah ini? Orang sekarang suka berfikiran diluar kotak. Not bad.. Pertamanya hari Rabu kan,  jadinya dia bawa maq dan anak bungsu ke Aeon Big.  Kononnya nak belikan si bungsu seluar jeans  mur mur je sebagai basahan.  Mur mur tu apa?  Orang bisnes online kata mur mur tu sama dengan Murah murah. Ayat baru lagi hehe ikut suka awak lah.. Setiba di perkarangan pintu gerbang Aeon big Batu Pahat,  pengunjung memang ramai. Mana maq tahu? Lihat pada  kawasan parking yang sesak je maq dah tahu. Dan ternyata orang memang ramai dalam tu. Kaunter bayar pun sesak. Hari Rabu memang gitulah hakikatnya disini. Jom cari seluar jeans! Si Ayah dah pegangkan sehelai seluar jeans mur mur untuk anak bungsunya. Dan waktu ini si anak sedang lagi mencuba sehelai yang lain.  Mur mur?  ...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

2022 Tahun Ujian Kami

Bismillah, Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni.Padahal banyak aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog. Tajuk entri pun nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda. " 2022 tahun ujian buat kami bertiga" Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa. Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja. Bermula pada pertengahan bulan May 2022 Kami bertiga telah diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya langsung tak boleh nak bangun dan berjalan.Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa.Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu. Bilamana anak anak be...

Mangsa Peperangan

  Bismillah, Bila belakunya perang,pihak yang mengarahkan tenteranya berperang tu, rileks je santai santai dalam pejabat operasi. Tapi dikawasan sasaran,siapa yang menjadi mangsa?Siapa yang hidupnya sengsara? kacau bilau? Sedihkan... Mahluk yang tidak bersalah telah menjadi mangsa.Hidup huru hara.Tak tenang dan melibatkan banyak nyawa. Sumber : Group Eko prepper Malaysia @telegram

Perempuan Muslim boleh pakai Lipstik?

Assalamualaikum.. Sarapan sambil menonton YouTube pagini.Allah gerakkan jari buka ceramah dari Ustazah Asma' Harun. Bolehkah perempuan muslim pakai lipstik? Jawapan Ustazah: " jika diikut pada apa yang dikatakan oleh hati saya ianya adalah " tak perlu " ( tak boleh)  tapi adalah lebih baik bila kita nak buat sesuatu itu dimulakan dengan niat. Apa niat kita nak pakai lipstik itu. Kalau nak menarik perhatian manusia,adalah lebih baik tak perlu pakai tetapi jika disebabkan masalah masalah tertentu, contohnya sebab bibir terlalu kering atau mungkin disebabkan kalau tak pakai lipstik ,muka kita kelihatan pucat seperti orang sakit atau atas asbab lain,  makanya pakailah! Tetapi jangan  keterlaluan sehingga menarik perhatian orang disekeliling. Dicadangkan pakai lip gloss yang warnanya hanya samar samar sahaja." Menurut penjelasan ustazah tu, kita ini bila nak pakai sesuatu untuk diri kita kenalah diniatkan kerana Allah. Barulah selesa pada kita,  tak perlu...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...