Skip to main content

Kisah hari raya maq tiap tahun


Assalamualaikum.

Bila orang sibuk dengan plan balik kampung tapi  risau dengan dugaan kesesakan jalan raya , semua tu tidak bagi maq. Kerana jarak rumah mertua dengan rumah keluarga maq cuma ambil masa 45minit.

Kesesakan jalan raya merimaskan? maq yang kampung dekat dekat ni setiap tahun celaru jugak sejak dulu. Apa tidaknya. Encik suami cuti raya kadang tu cuma 4hari.. Sehari sebelum raya,kami akan  kemas rumah yang akan ditinggalkan selama 2malam itu. Satu malam dirumah family maq , satu malam lagi dirumah family encik suami.


Seronok bila  tengok orang beraya.  Tapi Maq  ? Entahlah maq tak tahu feel raya tu kat mana.sebab ..??


Raya pertama dirumah family maq . Lepas solat sunat raya , kami akan  siap sedia tunggu orang marhaban berkunjung kerumah ibu bapa maq , kemudian kami pulak siap siap nak balik kerumah family encik suami, maklomlah dekat katakan. Biasanya dalam pukul 12.00 -1.00 tengahari macamtu. Masani jalan kurang sesak sebab orang  beraya dah balik untuk solat zohor dan makan tengahari.

Perjalanan ambil masa 40-45 minit*

Sampai rumah family encik suami biasanya dah petang ( lepas zohor) ipar duai maq dah balik beraya dari rumah makcik makcik dah  hahaha kitaorang ni jenis beraya lepaskan rumah yang wajib dikunjungi dulu. Tapi maq sekeluarga dah tak dapat ikut " rombongan tu " haaa setiap tahun macamni tauuu. Sedih !!😭

Okey ,lepak lepak rumah mertua makan ketupat. Sejam dua sembang dengan ipar duai ,hari dah malam. Lepas solat maghrib ,makan lagi apa yang masih berbaki kat dapur tu. Lepastu semua dah letih ,dah kekenyangan ,akhirnya malas dah nak keluar beraya.. Apakah? Hahaha lepas isyak semua dah tarik tilam nak tidur..Allah huakhbar.


Pagi hari raya kedua.


Lepas sarapan . Dalam pukul 9.00 gitu , kami anak beranak siap siap pulak nak balik kerumah kami sebab ada tetamu yang on the way nak datang kerumah .. Mereka ialah family maq yang duduk diluar dari Batu Pahat. Dan family encik suami jugak. Terdiri dari adik beradik encik suami , ibu saudara,bapa saudara ,sepupu sepapat yang  duduk di Kuala Lumpur , Selangor , Singapura , Perak , Johor Bahru , Terengganu . So raya kedua tu , maq masih tak dapat  nak pergi beraya ,pintu rumah masih terbuka untuk tetamu istimewa .

Kadang kadang  sebelum sampai rumah sendiri ,maq singgah sekejap kerumah mak tok ( ibu kepada ibu maq ) sebab hanya itu saja masa terluang yang dapat maq  sempat sempatkan.

Lepas balik ke rumah sendiri , maq dan anak anak akan mula siapkan juadah untuk tetamu yang on the way itu.  ( ini rutin raya kedua ) Letih memasak  pada malam raya tak hilang lagi tapi hati rasa seronok bila tetamu nak datang ,boleh hilang penat semua tu..šŸ˜

Malam nya pulak ( malam raya ketiga ) family maq ( ibu abah , adik perempuan sekeluarga , adik lelaki sekeluarga ) akan berkunjung ke rumah maq pula . Masak pula juadah untuk tetamu kesayangan yang kalau tak raya ,kami susah nak kumpul makan bersama sebab semua busy dengan komitmen masing masing ,šŸ˜‚

Lepas makan makan ,kami sekeluarga akan kerumah pak Andak (konvoi ).  ( Ini adalah rutin malam  raya ketiga ) cuma raya 2tahun lepas maq tak dapat join sebab ada tetamu nak datang. Masa tu dah pukul 11.00 malam Tapi masih ada tetamu.šŸ˜…

Taddaa..bila sudah masuk pagi hari  raya ketiga?

Haaa masa ni barulah rasa tenang sikit sebab lepas sarapan ,kami dah kena siap siap untuk pergi beraya  ke rumah abang encik suami. (ini juga rutin hari raya ke3 maq sekeluarga ) Lepas tu barulah kerumah adik beradik beliau yang lain.

Dan beraya sakanlah kami sampai ke petang. Itupun kalau takda orang call nak datang beraya. Kalau tak ,kami kenalah balik rumah semula dan masak masak apa yang ada.

Esoknya raya ke empat , encik suami dah kena pergi kerja. Kalau kerja shif siang ,dapatlah kami anak beranak beraya disebelah malam. Tapi kalau beliau kerja shif malam? Siang nak pergi beraya pun tak dapat  sebab encik suami perlu tidur untuk kerja malamnya nanti.


 Ok, bagaimana kalau anda berada ditempat maq ,apa anda akan buat ek?

Sebab selama ni ,maq rasa waktu maq dengan ibu ayah maq sangat singkat dihari raya tu. Tak dapat nak tolong mereka melayan tetamu yang datang beraya . Dan gitu juga dengan keluarga mertua. Stay satu malam untuk tidur ,kemudian esoknya dah gerak balik. Tak puas gitu..

Kalau nak ambil masa panjang dirumah family maq ,nanti apa kata family mertua ? Haaaa Kampung dekat dekat pun susah nak balik ke?

Kalau lebihkan masa kat family mertua pulak? Hmmm.. Nanti orangkata , saudara mara nak datang beraya pun tak reti nak balik rumah ke? Bukannya jauh sangat pun Batu Pahat - Parit Yusof tu..

Adehh..😭

Sudah 25 tahun macamni lah situasi hari raya maq alami. Dan sekarang , dah masuk tahun ke 3 , maq sudah pun ada menantu dan cucu. Menantu nak sangat  beraya  sesama dimalam raya bersama maq dirumah kami,pagi raya nak minta ampun kat emak bapak mertua dia , tapi itu pun masih tak dapat dapat lagi kami nak adjust kan .. Kesian dia. Kesian cucu maq..😭


Dulul ,mulanya maq pening.. Pening nak adjust masa tu macamana... Apa yang maq hendakkan biar semua orang berpuashati dan tak terasa hati kat maq dihari raya.


Akhirnya kami suruh anak anak mengalah. Biarlah penat kehulu kehilir dan masa banyak dihabiskan diatas jalanraya dihari raya. Maq cakap selagi dua dua family kita ada "atok" , biar sajalah kita kehulu ke hilir macamni. Penat sikit tak apa . Tapi anak anak cakap :

" pakai baju raya cantik cantik tapi cuma ngadap kuih dan makan makan je ?? Kami nak pergi  beraya , kami nak kenal saudara mara lain jugakkk..  "


I feel you bebeh ..  Tapi tak rugi jadi orang sabar kan? Benda raya 30hari ,buat apa nak anggap raya 3hari! Kan?  šŸ˜‚


Makanya anda yang balik kampung jauh jauh ,cuti seminggu untuk luangkan masa dengan family tu ,manfaatkanlah detik tu puas puas. Lepaskan lah handphone tu kejap. Selfie selfie kejap tu bukan tak boleh tapi jangan terlalu asyik dengan internet . Kesian orangtua kita ,kesian family kita yang setahun sekali nak sembang ,nak bertanya khabar kat kita. Tapi kita 'busy' .

Tahun depannya giliran kampung lagi satu tu , buat juga hal yang sama, hargai detik keemasan tu. Hargai apa milikmu..

Facebook ,instagram., whatsapp ,twitter,apa apa laman social yang ada, slowkan sikit keaktifannya..nanti dah balik beraya ,on la siang malam ,sampai pitam ,šŸ˜‚


Jadi , jangan mengeluh bila nanti dapat menantu orang jauh, atau pun orang dekat . Sebab semua tu ada hikmahnya..inshaaAllah..🌹

Senja itu tidak menjanjikan bahawa esok  akan hadir buat kita. Makanya hargai apa yang kita ada dikala senja dan manfaati kehadiran malamnya  yang mengiringi. Supaya nanti kita tidak menyesal bila senja itu dan malamnya merupakan tetamu kita yang terakhir..

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Cov...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...