Skip to main content

Puasa atau Solat ?


Assalamualaikum.

Siapakah yang wajib berpuasa dan solat dalam Islam? Pasti jawapannya kita dah tahu. Lihat gambar bawah ni.



Tapi apa yang sering kita lihat zaman sekarang ni , ramai ibubapa yang berusaha bersungguh sungguh mendidik anak anak mereka berpuasa sejak kecil lagi. Sedangkan anak sebesar itu belum layak menjalankan ibadah yang dituntut agama pun. Mereka belum WAJIB ! Latihlah yang lebih wajib iaitu SOLAT !


Kita tahu apa perlu buat bila anak berusia 7 tahun tidak solat ? Islam dah beri panduan bukan? Tapi adakah islam beri tips atau pesanan bila anak 7 tahun tidak mampu berpuasa?


Melatih itu bagus tapi ramai dikalangan kita lupa ,mana satu yang lebih wajib dibuat.  Lagi sedih bila dah la dipaksa anak itu berpuasa ,lepastu diberi pulak ganjaran sebagai upah bila dapat habiskan puasa sebulan!! Allah hu , maknya ,paknya..didiklah anak dengan betul. Cara kalian itu bakal membuat masa depan anak anak tersasar. Niat awal puasa tu dah lari!

Kita kan dah tahu ..

" buat amalan tak perlu dibayar , semua amalan bakal beroleh pahala diakhirat nanti. Yang penting niat yang ikhlas hanya kerana Allah taala.."


Pengalaman Maq didik  3orang anak. Sejak kecil ( sekolah tadika hingga sekolah rendah ) maq tak pernah paksa mereka berpuasa pun. Namun sebelum tidur , niat puasa tu wajib kena  baca. Bangun sahur nak makan nasi boleh tak makan  pun boleh tapi kena makan kurma 3-5biji dan minum secawan milo . Kalau yang degil sikit tu ,mereka akan kata "makkk..harini tak nak puasalahhhh..."   maq cuma diamkan aja . Yang penting sebelum pergi ke sekolah,maq akan  pastikan mereka buat solat subuh.


Tengahari ,bila balik dari sekolah ,maq dah tahu ,yang berpuasa tu pastinya mereka akan merengek kehausan. Maq kata ,kalau tak tahan ,berbukalah kalau tahan , solat dulu lepastu tidur kejap.


Kenapa dah sekolah rendah maq suruh berbuka ? Kan dah besar? Haa ini lah cara maq didik anak anak maq.


Pada pendapat maq ,bila anak anak dah terlalu lapar /haus , godaan akan terus menggoda. Silap haribulan , dia akan minum sorok sorok dari emak dia . So apa yang dia akan dapat nanti? Dah lah tak berpuasa terpaksa pulak menipu. Baik aja dia disuruh berbuka.  Dah tentu awal awal emak dia dah tahu yang dia tidak berpuasa,kan? Jadi dia pun tak payah nak curi curi minum atau makan lagi. Dan dia pun dapat buat solat dengan tertib tanpa rasa lesu .


Kadang budak budak ni ,bila dah lesu , solat pun tak larat nak buat, apatah nak membaca quran ,memang taklah. Mereka lebih kepada tidur ..


Alaaaaa... jangan kata budak ,kita yang dah tua ni ,apa kurangnya. Bila perut lapar ,mata asyik nak tertutup je , kan..


Sekarang anak anak maq macamana?

Alhamdulillah, bila dah masuk ke sekolah  menengah. Mereka tau dah yang mereka dah wajib solat dan puasa. Mereka dah boleh je buat , sebab mereka dah berakal. Tau dah mana dosa ,mana pahala. Kadang tu bangun sahur sendiri je untuk puasa ganti atau puasa sunat. Senangkan?


Emak dia pun tak perlu nak bayar apa apa untuk puasa mereka dulu dulu tu. Maq memang tak pernah buat kerja "bagi upah" kalau puasa penuh. Heyp , tu urusan dia dengan Allah la.. Kita ibubapa hanya pantau anak anak buat jek.


Sebab tu maq tak setuju bila anak anak dibayar bila puasa penuh. Mungkin pendapat kita berbezakan. Tapi inilah cara maq ketika didik anak anak berpuasa satu ketika dulu.


Maq ingat maq sorang je fikir macam tu. Latih solat dulu kemudian  baru latih puasa. Rupanya ada juga yang sependapat dengan maq..


Nota maq : jangan pulak salah andaian tentang cara maq didik anak maq tu . Seperti maq kata kat atas tu ,kita punya cara yang berbeza beza. Mungkin cara anda pun betul jugak. Yang penting niat kita .


Selamat berpuasa❤

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Ini adalah bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan warganegara Malaysia pada minggu ini terutama kepada sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit di tabung haji ) apabila semua urusan mereka telah tertangguh. Thijari tabung haji offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah nak masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan rasmi tentang apa yang berlaku telah pun dikeluarkan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang simpanan mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link berkaitan tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran...

Lembaga Tabung Haji Dah OK?

  Bismillah, Alhamdulillah harini semua urusan berkaitan dengan lembaga tabung haji telah mula kembali seperti sediakala. Maq pun tak pasti samaada ianya pulih 100% atau berperingkat peringkat. Moga moga semua pendeposit berpuasati dengan tindakan menyeluruh dari pihak tabunghaji untuk keselamatan yang seterusnya. Dibawah ini,maq ada copy and paste makluman dari page tabung haji di laman sosial facebook mereka. So korang nanti tak payah nak penat kan kaki belari nak masuk link facebook tu lagi. Musim jerebu ni semuanya nampak samar samar,bahaya. Eh! tiber 😂 ======================================== Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan. Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Bagi sebarang pertanyaan, keraguan atau bantuan, sila hubu...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Peperangan Global 2026

  Bismillah, LAPORAN PALING TERKINI 12 Oktober 2026 Rantau Timur Tengah berdepan risiko gangguan digital besar-besaran selepas Iran mengeluarkan amaran keras untuk memutuskan rangkaian kabel internet bawah laut sekiranya AS dan Israel melancarkan semula serangan atau memperluaskan konflik di rantau berkenaan. Amaran itu disuarakan secara rasmi oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezaei, dalam satu wawancara televisyen terbaharu hari ini. Menurut Rezaei, strategi pertahanan Iran kini telah beralih kepada pelan yang jauh lebih luas dan menyeluruh, tidak lagi hanya tertumpu kepada sasaran ketenteraan konvensional. "Jika satu lagi peperangan tercetus, banyak kabel, pusat data, kemudahan kecerdasan buatan (AI), dan tapak-tapak lain di rantau ini akan musnah," tegas beliau. Beliau turut menambah bahawa kemudahan penderia pintar milik AS di sekitar Teluk juga berada dalam radar sasaran mereka. Kenyataan agresif ini dilaporkan oleh agensi berita rasmi Ira...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...