Menu Lazat Bulan Puasa?

Assalamualaikum.

Tajuk tu macam selalu kita baca kat facebook. Kawan kawan kongsikan resepi resepi kat kita supaya bila tiba masa untuk memasak ,tukang masak tidaklah 'blank' dok mikir nak masak apa. Tapi bagi entri maq kalini , tajuk tu bukan berkaitan masak . Ianya lebih kepada makanan rohani. Apakah?

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

Sama sama kita bersedia dan laksanakan ..

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar bazar  Ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan tangan orang yg fasik.

15. Jauhkan aktiviti yg lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna .

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih lebihan maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak anak lelaki)

25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita..

Semoga beri manfaat kita bersama terutama dalam bulan mulia ini dan bulan bulan lain yang mendatang.

Copypaste*

Sekadar hiasan..

Comments

Makasih gan, tips dan infonya,.
Maqnie said…
Sama sama..semoga info ini memberi manfaat ya