Skip to main content

Period dua kali dalam sebulan


Assalamualaikum.

Baru baru ni maq telah mendapat kejutan dari diri maq sendiri. Pertama kali seumur hidup maq period dua kali dalam sebulan. Bayangkan dalam bulan Ramadhan pulak tu . Sedih sangat sangat sebab maq nak sangat khatam Al Quran pada Ramadhan 1440 kali ini.

Mulanya agak terkilan tapi bila dah bertenang tenang , maq yakin Allah bukan saja saja beri maq dugaan ini. Maq redha . Maq terima je kerana maq tahu Allah akan beri apa yang maq perlu ,bukan yang maq mahu ..

Astaghfirullah...




Atas nasihat kawan kawan , maq juga pergi  buat check up kat Klinik Kesihatan Batu Pahat.


Ditemani encik suami tersayang , semua urusan telah berjalan dengan lancarnya.Paling jakun ,firstime maq buat rawatan kat klinik  kerajaan  sebagai pesakit luar . 


Nak kemana ni ek ? Daftar kat mana? Lepastu buat apa? Bilik doktornya mana? Hahaha gawat ! Tapi i kan peramah , semua orang maq tanya.. heeee.. Dan maq follow je apa pesakit lain buat. Step by step .


Pukul 7.39 pagi masuk klinik ,ambil nombor giliran . Pukul 7.50 daftar. Okey line clear. Tapi sempat lagi bertanya pegawai tempat daftar tu,

" dik ,kena bayo singgit ek?" 

dia cakap " ha ah ..ye kak " ..

Padahal dah tahu haha

Hahahaha no comment!

ishh semadang nak free je ko eah maq !!😂

Lepas daftar dan bayar seringgit dikaunter 3 maq  pergi ke kaunter A pula, diaorang ambil nombor giliran maq ( 1011) .

" akak tunggu ,nanti nombor akak naik , akak masuk je bilik yang diarahkan"- nurse di kaunter A beri arahan.


Thank you nurse..


Pukul 8.15  , nombor giliran naik kat bilik nombor 12. Doktor perempuan bangsa cina yang sangat baik hati dan sangat membantu dan cantik (package) Doktor kata ,maq sebenarnya sedang alami sintom sintom nak " tamat tempoh " aduhhaii tua dah yeee..

Dan atas nasihat doktor ,maq kena buat pemeriksaan darah sebab takut maq kekurangan darah disebabkan haid 2 kali dalam sebulan.

Doktor kata masalah maq ni juga disebabkan hormon yang tidak seimbang. Proses  monopus ini kadang akan dimulakan dengan,

- mula mula period yang panjang tempohnya. Maq dah alami nya. Sampai 12-14 hari tu kena .

- kemudian period akan berkurangan tempohnya dan masa bersih pun kurang sebab itu terjadinya haid  dua kali dalam sebulan. Maq pun dah alaminya.

- kemudian haid akan kejap ada ,kejap takada. Haaa dia muncul macam biskut ! Part ni maq tengah tunggu.

- dan dalam tempoh setahun dia dah meragam macam atas tu ,akhirnya period akan hilang dan terus menghilang.. Itulah situasinya menjelang monopus kata doktor .

Okey ! Lagi nak jadikan cerita , dan dan tekanan darah maq pulak naik ( 170/90) so apalagi doktor pun  sekali gus buat pemeriksaan darah untuk kolestrol ,gula dalam darah dan lain lain. Result ambil 2minggu lepas tarikh pemeriksaan.

Tapi 4hb Jun tu kan dah nak raya pada esok harinya ,kan ?

Pukul 8.25 daftar untuk ambil darah kat kaunter A semula. Nurse cakap pergi ke bilik 15 untuk ambil sample darah.

Pukul 8.30 pergi serah diri kat bilik 15. Untuk ambil darah ! Nurse cucuk jarum kat urat biru. Sssslurpp darah maq disedut kedalam satu tabung uji. Pekat gile!! Masa jarum ditarik keluar tu  rasanya seperti hmmmmmmm...

anda feel lah sendiri*

"terima kasih nurse.. You hebat ,pandai cari urat , sekali cucuk terus terkumpul darah tu. Tapi part tarik jarum tu haaaa.. 😭 "  -Respect nurse tu memang cekap ! Maq yang mengada hee..

Pukul 8.35 dah hantar sample darah ke makmal.

Nombor giliran kat makmal

" Akak tunggu sekejap untuk sample satu ni sebab kejap je lagi dia dah siap , lagi satu kena tunggu lepas 2minggu. "-pegawai kat makmal bagi penjelasan

Pukul 8.42 result pertama dah keluar ,maq terus ke bilik nombor 12 semula untuk doktor komen result tu. Kata doktor :


Tak reti nak baca ni 

" darah kualiti good. Darah akak ok ,tak kurang ( mungkin dia kata darah tak cair kot ) entahlah.. " Maq tanya doktor : apa tanda kalau saya ada fabroid ? Cyst ? Atau masalah dalam rahim doc?


" bila akak ada masalah haid yang panjang ,non stop dalam sebulan dan lebih. Then rasa sakit sangat sangat  kat bahagian pangkal rahim masa nak dan masa period. Perut pula akan membesar macam orang pregnant ,itu ialah antara tanda tanda ada masalah kat rahim.. "


" nanti i akan bagi akak vitamin B complex, dan ubat tahan sakit. Akak makan tau sebab dalam masa 2minggu nanti ,kita akan jumpa untuk result darah yang kedua tu dan untuk tengok tekanan darah akak ni . Ingat ,kurangkan makan masin masin tau kak , jangan stress ,lebihkan rest.."

Ubat dari farmasi


Maq : ok doktor. Thank you..


- Alamak , tekanan darah tu kacau daun betul la . Minggu lepas maq check kat klinik iwani , result bp oley jek. Agaknya dok mikir masalah haid 2kali dalam sebulan , terus stress and tekanan darah naik.. Waallah hua'lam..


Buku rawatan dan lawatan

Rawatan akan datang. Doa yang baik baik je..

Comments

  1. Saya pun dah mula ambil pusing bab kesihatan ni. Dah tak boleh sambil lewa, maklum usia pun dah meningkat. Sebelum puasa hari tu dah buat pemeriksaan kesihatan. Paling cantik nasihat doktor: Kurangkan berat badan!

    ReplyDelete
  2. Amie : bagus tu. Ambil Langkah berjaga jaga. Tapi nasihat doktor tu yang payah kot sebab Amie hari hari masak masakan sedap ..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Nasihat doktor Arman Shah

Assalamualaikum. Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan. Sekadar hiasan.  BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗ (Diharap sudilah membaca sampai habis) Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan. Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini. Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan. Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown. Vaksin Cov...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...