Skip to main content

Cara Mengurus Harta Si Mati

 

kata kata nasihat**

Bismillah,


Harta si mati hendaklah dimanfaatkan mengikut susunan keutamaan ini seperti yang digariskan syarak:


1-Harta yang dipegang sebagai amanah sekalipun diletakkan atas nama si mati, hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, dan tidak boleh dimasukkan dalam senarai harta untuk difaraidkan.


2-Harta si mati boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian yang tidak keterlaluan. Sekiranya ada ahli waris yang telah menanggung kos ini terlebih dahulu, bolehlah menuntut kembali dari harta si mati sebagai hutang, sebelum harta-harta tersebut difaraidkan.


3-Hutang-piutang si mati wajib diselesaikan terlebih dahulu. Hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah.Oleh yang demikian, sebelum sesuatu harta itu difaraidkan, hendaklah hutang si mati dilangsaikan sepenuhnya.


Haram sekiranya mengambil harta si mati sedangkan ahli waris mengetahui ada hutang yang masih tertunggak, melainkan si pemberi hutang secara nyata telah menghalalkannya.


Maka selesaikanlah dahulu hutang kereta, hutang rumah, dan pelbagai hutang lain milik si mati, kemudian setelah yakin sudah habis semua hutangnya, barulah difaraidkan. Sekiranya ada pemiutang yang tidak dijumpai, bahagian dari harta untuk menyelesaikan hutang tersebut boleh diamanahkan kepada seorang yang lain, atau dihadiahkan kepada Baitulmal bagi pihak si mati.


4-Wasiat si mati (jika ada) hendaklah juga dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pembahagian faraid boleh dibuat.


Oleh itu, jika si mati ada membuat wasiat atau waqaf atau hibah atau sedekah dan sebagainya, hendaklah dibahagikan harta tersebut mengikut kehendak si mati melainkan ada isu yang perlu diselesaikan seperti pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan sebagainya.


Maka pembahagian harta si mati akan ditangguhkan selepas isu tersebut selesai.


Failkan permohonan di Mahkamah Syariah jika ada wasiat atau hibah atau sedekah atau wakaf atau sebagainya yang dipersoalkan di kalangan ahli waris.


Ingat, wasiat TIDAK BOLEH kepada ahli waris dan TIDAK BOLEH melebihi 1/3 harta si mati, melainkan SEMUA ahli waris bersetuju untuk menolak syarat-syarat ini.


Tanpa persetujuan SEMUA ahli waris, wasiat hendaklah terbatal setakat 1/3 harta si mati, dan terbatal di mana-mana sahaja ada pemberian diberikan kepada ahli waris yang bakal menerima harta secara faraid.


5-Harta Sepencarian juga perlu dibahagikan sebelum faraid. Oleh yang demikian, pasangan si mati samaada isteri atau suami, boleh menuntut harta sepencarian dari harta si mati sebelum baki harta milik si mati boleh dibahagikan mengikut faraid.


Maka pasangan si mati boleh mendapat dua kali harta si mati: pertama hasil dari tuntutan Harta Sepencarian (sekalipun tidak bercerai dengan si mati), kedua dari bahagiannya mengikut faraid. Rujuklah ke Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan harta sepencarian ini.


6-Akhir sekali, barulah baki harta yang tinggal perlu difaraidkan kepada ahli waris yang ada mengikut sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah.

Hasil salin tampal.

Jom selawat.

Comments

Popular posts from this blog

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

SIM Card Maxis Expired

Assalamualaikum. Bila dah 24 jam hanya guna wifi Yes kat rumah. Maxis hantar sms pun maq dah tak perasan.  "Penting! " Haaa..padahal orang tu dah cakap penting kot. Allahhu memang tak perasan langsung.Yang maq ingat, dalam nombor tu ada dalam rm28.00 jumlah kreditnya. Expired date langsung maq ingat.  Harini 15/12/2020 - simkad maq dah kena block dengan hotlink. Untuk kisah selanjutnya ,tunggu maq update lepasni. Banyak nak kena buat. Abaikan wallpaper tu. POCO M3 memang setiap masa akan update wallpaper .  ..Emergency call only..hehehe