Skip to main content

Adam Aisy Taknak Tok Mak

 


Bismillah,


Semasa jaga Adam Aisy selama kurang lebih 3 minggu hari tu , ternyata dia anggap ibu ayah hantar dia kerumah pengasuh baru.Bukan rumah atok dia.


Kenapa maq kata macamtu? Sebab dia malu malu dengan maq dan encik suami.Tapi dengan Aida dia ok je.Ahh pening.


Mungkin maq dah lama tak jaga dia.Ada pun kejap kejap je.Atau mungkin memori atok jaga dia masa dari dalam pantang hingga dia umur 9 bulan dulu tu , dia dah delete. Auto delete hahaha


Namun maq tak kesah pun benda ni, bila Adam terdesak cari orang untuk dia minta tolong, dan cuma ada maq je waktu tu,pastinya dia akan cari tok maq.Benda simple kan.Yang penting Adam tak nangis atau buat perangai pelik.Dia elok je nonton atau bermain ,cumanya satu jelah, bila tokmak dekati dia , dia akan lari!






Kat rumah maq ,main handphone memang ada waktunya.Selebih tu hanya tonton tv atau main.Tapi untuk dapatkan gambar Adam yang serius ,kenalah ada handphone ditangannya. Kalau tak, gambar akan berbalam balam je sebab Adam tak reti nak duduk diam.

Paling geram part bawah inilah.Dengan mama Long dia bukan main manja lagi, dengan tok mak susah nak dipeluk.Dia akan jauhkan diri. Agaknya tokmak dah tua , dah tak cun lagi..


Dengan muka kerek dia tu,
 disuruhnya mama Long pelok dia.
Dah tu dia yang baring sendiri atas riba mama Long ! iishhhh geyaaamm tau tokmakkk..


Membesar dengan sihat ye sayang.Moga Adam Aisy menjadi anak soleh yang mudah dididik oleh ibu & ayah.Allahhumma Aamiin..

Nanti bila Adam dah pandai menyebut perkataan dengan jelas ,tok mak ajar Adam Aisy berselawat ,😍

Inshaallah..


Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?