Skip to main content

Tanda Tanda Sakaratul Maut

 

kata kata nasihat**


PROGRAM :TANYALAH USTAZ TV3
(Da'i Annas&Ustaz Nik Ahmad Farhan)
Tajuk : TASAWUF-SAKARATUL MAUT

Bismillah,

Mati itu pasti datang walaupun kamu berada dibenteng yang kukuh.Bila dan bagaimana cara kematian hanya Allah yang maha mengetahui.

Hari ini kita berkongsi ilmu saat yang wajib dihadapi itulah sakaratul maut.


Dan ingatlah tatkala seseorang itu dalam keadaan nyawa berada dikerongkong,pada keadaan itu bertimpa timpa sakaratul maut dan pada Tuhannya dia dikembalikan untuk dihitung amal. 


Sakaratul maut ialah kesakitan tatkala nyawa nak berpisah.


🗨️KENAPA MANUSIA TAKUT SAKARATUL MAUT DAN APAKAH ADA PERBEZAAN SAKARATUL MAUT ORANG YANG BERIMAN DENGAN ORANG YANG TAK BERIMAN?


Keadaan orang beriman,orang kafir,munafik yang menjauhkan diri dari Allah kesakitannya sangat berbeza.


Orang beriman pergi dalam keadaan penuh kelembutan seperti turunnya air embun. Ditarik dengan ketenangan.


Malaikat berkata dipersilakan masuk dalam syurga diatas apa yang telah kamu lakukan.


Orang yang ingkar mereka pergi dalam keadaan dihina dan dibenci oleh para malaikat.


Orang yang zalim, kafir munafik disergah rohnya - " keluarlah kamu dari diri kamu!"


Antara ujian yang Allah beri ialah ujian ketakutan.Salah satu ketakutan ialah ketakutan sakaratul maut.


Satu perkara yang akan menghilangkan kelazatan dunia iaitu dengan mengingati mati.


🗨️ADAKAH KEADAAN SAKARATUL MAUT MENUNJUKKAN DARJAT SESEORANG?


Tidak semua kematian itu mengambarkan peribadi sesaorang.Mati dalam kesakitan bermakna Allah nak ampunkan dosa dia.


Tarikh kematian Nabi 12 Rabiwul Awal selepas 2 bulan 2 hari Nabi menunaikan haji.Selepas 2 bulan 2 hari Allah uji Nabi dengan kesakitan sakaratul maut dan terkeluar dari mulut Nabi لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ  sakaratul maut ini ada tempoh kesakitannya.


🗨️BAGAIMANA ORANG YANG LAMA MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DAN DARI ARAH MANA ROH KELUAR?


Selagi seseorang itu belum sampai ajal dia belum meninggal dunia.Bila sampai ajal tidak diperawal dan tidak diperlewatkan.


Orang yang lambat sakaratul mautnya kita fikir positif yang dia belum sampai ajal.


Roh ini urusan Tuhan. Roh rahsia daripada rahsia² Allah. Roh ditarik dari bawah keluar hingga kekerongkong dan keluar daripada ubun² kepalanya.


🗨️BOLEHKAH DIBACAKAN SURAH YASIN PADA ORANG YANG SEDANG SAKARATUL MAUT?


Amalan yang sangat baik ialah kita bacakan yasin.Nabi kata bacakan yasin pada orang yang sakaratul maut.Kita bantu mudahkannya.


Ketika nak meninggal dunia banyak gangguan dan kita baca bacaan Al~Quran untuk jauhkan gangguan ketika nak keluar roh.Ajarkan orang yang nak meninggal dunia itu dengan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.


Lidah sahaja yang bergerak,tak perlu gerakkan mulut itulah ucapan لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.


🗨️IBLIS AKAN DATANG KETIKA SAKARATUL MAUT MENYERUPAI IBUBAPA KITA,BAGAIMANA CARA NAK BANTU ORANG YANG SEDANG SAKARATUL MAUT SUPAYA TAK TERPENGARUH DENGAN AJAKKAN SYAITAN ITU?


Apabila seseorang menghadapi sakaratul maut dia akan ingat apa yang dia paling cinta dekat dunia ini.Kalau dalam hidup dia sering lupa Allah,agak agak dia ingat Allah tak bila dia sedang sakaratul maut?


Seorang yg sentiasa ingat Allah waktu hidupnya, waktu sakaratul maut juga dia akan ingat Allah. Jaga tali kita dengan Allah dan tali kita dengan Rasulullah akan lancarkan sakaratul maut.


BERDOA LEPAS SOLAT.

"Ya Allah izinkan aku bertaubat sebelum aku meninggal dunia dan  berilah kasih sayang sebelum roh dicabut dan ampunilah aku."

Mudah mudahan kita meninggal dunia seperti Nabi,Nabi meninggal diatas ribaan Aisyah.
Roh Nabi berbau harum.

Mudah mudahan semua amal soleh kita akan menjadikan roh kita berbau wangi. Walaupun tak dicium oleh orang sekeliling, mudah mudahan penduduk di langit dapat menghidu wanginya.

🗨️KENAPA SAAT SAKARATUL MAUT,MATA SESEORANG MEMANDANG KE ATAS?


Syaitan telah buat perjanjian dengan Allah untuk menyesatkan manusia diawal kelahiran, disaat hidupnya dan disaat sakaratul maut. Syaitan mengalir dalam tubuh manusia.Syaitan tahu kelemahan manusia. Syaitan akan menyerupai orang yang kita sayang.


Kita cuba perbaiki diri,muhasabah diri dan sebelum tidur ingatlah itulah mati kecil setiap manusia.

ROH ADA 2:

1)Roh yg masuk sekali dan keluar sekali(roh yang masuk sekali pada 4 bulan dan ditarik pada kematian kita)

2)Roh sedar.Kalau roh ada dalam diri kita,kita sedar dan kalau roh keluar,kita tidur.


Mata terbeliak kerana sangat terkejut.Terbeliak ketika orang pakai seksi dengan terbeliak waktu nak meninggal dunia berbeza.(Allah buka hijab dia nampak alam lain,dia akan lihat apa yang dia akan kecapi di alam kubur).


Orang sekeliling bantu untuk menutup mata. Kadang kadang terbeliak itu tak semestinya tak baik dan ada juga terbeliak itu baik.


Orang beriman wajahnya bercahaya dan ada keringat peluh didahinya.


🗨️JIKA SESEORANG YANG MATI KEMALANGAN DAN MATI DALAM TIDUR APAKAH MEREKA JUGA MERASA SAKARATUL MAUT?


Semua akan menghadapi sakaratul maut. Cuma ada orang tempohnya panjang dan ada orang yang tempohnya singkat.


Orang yang pergi mengejut hatinya tak perit dan org yang meninggal dunia ketika tidur keperitannya tidak sangat dirasakan.


Mungkin dikerongkong sahaja bunyi seperti kerbau yang sedang disembelih.


Siapa pun kita dan macamana kita meninggal dunia mudah²an kita bawa tali Allah dan tali Rasulullah.


"Ya Allah akhirkanlah hayatku dengan kalimah

 لا إله إلا الله محمد رسول الله


🗨️SIAPAKAH LEBIH AFDAL BERADA BERSAMA ORANG YANG SEDANG NAZAK?


Terlebih baik yang berada disekeliling orang yang sedang nazak ialah orang yang tersayang iaitu ahli keluarganya.Dan boleh jemput orang² untuk bacakan Al~Quran dengan tajwid yang baik supaya beri ketenangan kepada orang yang sedang nazak.


🗨️ADAKAH TANDA KEMATIAN ITU BERMULA SEJUK DIPUSAT?


Orang yang sedang sakaratul maut akan rasa seram sejuk.Bagi orang yang bermaksiat akan rasa azab pada ketika itu dan bagi orang yang beriman tak sabar nak bertemu Allah.


🗨️ORANG YANG SAKIT DI HOSPITAL DAN TAK ADA KELUARGA KETIKA DIA SEDANG NAZAK,BAGAIMANA NAK BUAT?


Ini menjadi tanggungjawab setiap perawat untuk ajar pesakit kalimah yang baik baik.Dia boleh mendengar dan cabut wayar dgn kasih sayang.
Sebagai jasa terakhir kita pada pesakit, kita ajarkanlah dia kalimah² yang terbaik.


Waktu kita lahir kita seorang sahaja yang menangis dan semua orang gembira.Waktu kita mati kita seorang yang gembira dan semua org menangis.


🗨️APAKAH GONCANGAN SAKARATUL MAUT UNTUK MENGUJI SESEORANG ITU,APAKAH GONCANGAN ITU?


Roh dan jasad bersahabat lama.Waktu roh nak keluar, jasad kata jangan tapi roh nak keluar.
Waktu itulah berlaku goncangan.Syaitan yang mengalir seperti aliran darah itulah goncangan kedua yang menganggu kita.


Orang kafir yang banyak infakkan hartanya, banyak bantu orang akan dipermudahkan sakaratul mautnya.Kalau orang kafir pun Allah mudahkan apa lagi kita orang islam.


🗨️BAGAIMANA CARA RASULULLAH MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DAN KENAPA RASULULLAH BERSIWAK SEBELUM SAKARATUL MAUT?


Tarikh 12 Rabiwul Awal ada 3 peristiwa iaitu  kelahiran Nabi,Nabi sampai ke Madinah dan tarikh kewafatan Nabi.Baginda Nabi meninggal dunia ketika umurnya 63 tahun.Nabi kata umur umat aku antara 60-70 dan sedikit sahaja yang melepasi umur itu.


Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan saidina Ali juga meninggal pada umur 63tahun. Pengajarannya pada kita yg umur 63 tu ingat ingat lah.


*Yang dah lebih 63 tahun lebih lebih lagi kena beringat.

*Yang masih muda jangan ingat diri tu masih muda lagi.


Nabi bersugi kerana bersugi membersihkan zahir dan batin.Allah suka org yg bertaubat dan orang yang membersihkan diri.


Kecuali sebahagian daripada iman. Pakaikan pakaian putih itulah sebaik~baik pakaian.


🗨️APA YANG PERLU KITA LAKUKAN BILA BERHADAPAN DENGAN RAKAN BUKAN ISLAM KETIKA SAKARATUL MAUT?


Orang yang bukan islam biasanya dikunci dalam bilik dibiarkan keseorangan menghadapi sakaratul maut.Jika kita berhadapan dengan orang bukan islam yang sedang menghadapi sakaratul maut,kita boleh ajarkanlah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ. 


Kalau dia boleh sebut لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ dimata kasar kita, dia telah memeluk islam yang lainnya kita serahkan pada Allah.


Itulah waktu dakwah yang terbaik.Dan kita orang islam tak salah sebut انّا للہ و انّا الیہ راجعون jika kita tahu dia dah mati.


🗨️APAKAH PERSEDIAAN SEORANG MUKMIN SEBELUM MENGHADAPI SAKARATUL MAUT DAN APAKAH AMALAN YANG BOLEH KITA AMALKAN?


Bebaskan hati kita dengan penyakit Al~Wahan (terlalu cintakan dunia)


Jaga amalan sedekah dan jangan sibuk hal aib orang.Jangan suka membawang atau mendaging (makan daging saudara kita).


Amalkan baca surah yasin.Surah Al~Mulk jangan diabaikan.Surah  Al~Mulk penghalang terkena azab Allah di alam kubur.


DUNIA ADALAH TEMPAT KITA MENINGGAL BUKAN TEMPAT  TINGGAL.


**Biar Tahu Jangan Keliru

credit to owner.


🗨️selawat dulu guys.

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...