Skip to main content

Ratib Al Attas


 

Bismillah,
12 Ramadhan 1446H

Video pilihan maq kali ini ialah Ratib Al Attas.Bulan puasa macam waktu sekarangni ,sedang perut tengah kosong ,dengar pulak Ratib Al Attas, jiwa pun automatik jadi tenang.



Apa itu Ratib Al Attas?

🔸Ratib adalah sesuatu yang tersusun, teratur dengan rapinya.


🔸Ratib al-Attas mengandungi zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang telah sedia tersusun.


🔸Ratib al-Attas adalah salah satu daripada koleksi ratib dalam Tarekat Alawiyah (Ahli Bait Rasulullah). Prinsip Tarekat Alawiyah ada 5 perkara iaitu Ilmu, Amal, Wara’, Khauf dan Ikhlas.


🔸Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah SWT. Ratib al-Attas memiliki nama yang popular iaitu Aziz al-Manal Wa Fathu Bab al-Wisol (sesuatu yang sukar diperolehi dan kunci bagi pintu penghubung).


🔸Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah S.A.W yang ke 29 iaitu Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman.


Beliau adalah seorang wali Allah SWT yang bergelar Qutb al-Anfas dan seorang yang buta tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati (Bashirah), sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.


sumber : google


Kelebihan amalan Ratib Al Attas ini korang bolehlah cari kat google.Dalam video tu pun ada jugak dinyatakan.



**"Bila maq baca komen ditiktok mengenai Ratib Al Attas ini , ramai masyarakat diluar sana yang dah amalkan.Ulas mereka lagi, buku Ratib Al Attas ni pun ada dijual di kedai kedai buku online ( shopee & tiktok ) Tapi maq belum cari lagi.


🗨️jom selawat dan selamat berpuasa



Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?