Pray For Johor - Ramadhan 1446

 



Bismillah,

Ujian bagi rakyat Johor dan penduduk bandaraya Johor Bahru,bila kediaman mereka dilanda banjir menjelang 10 hari terakhir ramadhan.


Hujan yang turun berterusan sejak semalam (Rabu 19/3/2025) hingga ke petang ini ( Khamis 20/3/2025) telah melimpahkan airnya hingga ke kawasan yang tidak terduga diuji banjir.


Bawah ini adalah kenyataan dari menteri besar Johor, Dato Onn Hafiz.Mengenai pengumuman laporan darj MET Johor.



Buat seluruh Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian.

Saya telah menerima laporan daripada Jabatan Meteorologi Johor (MET Johor), bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga 21 Mac 2025 (Jumaat).

Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

Saya mohon agar seluruh rakyat Johor untuk sentiasa peka dengan sebarang arahan pihak berkuasa, dan terus menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Semoga dipermudahkan segala urusan.
Allah Berkati Johor
Allah Peliharakan Sultan

Onn Hafiz Ghazi

**Sumber : dari whatsapp group




Sama sama kita doakan semoga mangsa banjir tabah dengan ujian kali ini.




Jangan risau pasal harta benda yang hanyut dan musnah tapi bersyukurlah kerana mangsa sempat diselamatkan dan telah dipindahkan dipusat pusat banjir dalam keadaan selamat.

Inshaallah semua berlaku  ada hikmahnya dan juga kerana Allah sayang.


🗨️jangan lupa selawat



Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026