Tips Jadi Jutawan di Mekah

 

Sekadar hiasan


Bismillah,


15 Ramadhan 1446,

Hasil salin tampal dari group umrah kat pesbuk.


Tips jadi jutawan pahala ketika tunaikan haji atau umrah. 


Setiap kali selepas solat di Masjidil Haram jika kita tunggu sebentar, akan diumumkan untuk solat jenazah bagi jemaah yang meninggal. 


Maka kita terus bangun dan bersedia untuk solat jenazah. 


Tidak sampai lima minit kita dapat pahala satu qiroth sebagaimana hadis Nabi Sollahualaihi wasallam berikut:


"Barangsiapa solat jenazah dan tidak ikut mengiringi jenazahnya, maka baginya (pahala) satu qiroth. Jika dia dapat menghantar jenazahnya (ke kuburan), maka baginya (pahala) dua qiroth.” 


Ada sahabat yang bertanya, “Apa yang dimaksud dua qiroth?”


 “Ukuran paling kecil dari dua qiroth adalah semisal gunung Uhud”, jawab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. 


(Riwayat Imam Muslim)


Jika kita dapat hantar ke kawasan perkuburan, maka kita dapat dua qiroth.


Besar bukit Uhud lebih kurang 7km panjang, 1 km tinggi dan 2.5km lebar.


Subhanallah.



credit : Nur Atiqah Othman,Mekah


🗨️teruskan berselawat biarpun dalam keadaan terpaksa

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Hilangkan Rasa Lenguh

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026