Diantara Sifat Baik Pada Seorang Wanita

 


Bismillah,

Diantara sifat sifat baik pada seorang wanita.


Ditulis oleh :

Saudari yang mulia Al-Faqihah Hassanah binti Muhammad Nashiruddin Al-Albany حفظها الله dan semoga Allah merahmati Ayahnya.

كتبتِ الأختُ الفاضلة حسانة بنت محمد ناصر الدين الألباني حفظها الله تعالى ورحم أباها مقالة ماتعة جامعة مانعة، يجدر بنا قراءتها ومحاسبة أنفسنا على ضوء ما جاء فيها من درر وتوجيهات ونصائح نفيسة مضمنة في كلماتها، وإليكن أخواتي الفضليات المقال كاملًا:


Sebuah tulisan yang sangat baik dan bagus, seharusnya bagi kita membacanya dan memperbaiki diri kita, apakah kesesuaian dengan yang terdapat didalamnya dari untaian mutiara, bimbingan dan nasihat berharga, berupa untaian kata-kata penuh faedah.


Dan inilah nasihat beliau ;

Diantara sifat-sifat baik pada wanita adalah:



•Pemalu



•Sedikit bicara, menyusun secara teliti tutur katanya dan apa yang seharusnya ia bicarakan dan tidak banyak cakap, tidak memperdalam secara teperinci dalam menyebutkan bahagian ucapan yang justeru boleh menjerumuskannya ke jurang kesalahan dan kekeliruan, terlebih lagi dapat membuat orang lain bosan.



•Ketenangan suaranya


•Kesesuaian, kestabilan dan keseimbangan pada perbuatannya, gerak-gerinya, cara berjalannya, cara tertawanya dan tidak menjadi wanita yang cenderung kacau bilau dan ceroboh, tidak pula menjadi wanita yang kaku dan bodoh.



•Kesabaran, ketabahan, menahan diri dari banyak mengeluh dan menggerutu.



•Senantiasa bersyukur dan memuji Allah subhanahu wa ta'ala.



•Qona'ah, maka dia tidak memandang terhadap pemberian yang Allah lebihkan kepada orang lain dengannya, sehingga dia tidak memandang bahawa orang lain jauh lebih nikmat, jauh lebih senang atau jauh lebih bahagia, lebih banyak nganggur daripada dia, sedangkan dia sendiri sengsara dan rugi.


sumber :
كتَبَتْهُ: حَسَّانَةُ بنتُ محمَّدٍ ناصِرِ الدِّينِ الألبانيّ
الثُّلاثاء ٢٨ رجب  ١٤٣٨ هـ‍

Popular Posts