Bertambah Setahun Lagi Umur Beliau
Bismillah,
27 March - tarikh ini merupakan tarikh lahir encik suami.Terima kasih Allah.Bertambah setahun lagi umur beliau.Tapi bila encik suami cakap pasal tarikh lahirnya ,beliau akan kata, itu lah tanda masa untuk dia hidup didunia telah berkurang.
Okey.Ayat padu.Jadi Maq tokleh nak ulas apa apa lagi.
Setelah 5 tahun beliau berhijrah kepada level yang lebih baik dari dirinya yang sebelum.Banyak perubahan positif pada diri encik suami yang maq kesan.
Alhamdulillah.Terima kasih Allah.Bukan satu tugasan yang mudah, malahan sangat menguji akal dan minda.Maruah juga kena dipertahankan bersama niat yang satu, ' kerana Allah taala..'
Korang boleh tengok gambar gambar dibawah ini ,nanti korang bolehlah nilaikannya sendiri.
2 gambar diatas adalah pada tahun 2018 & 2019.Masa ni terlalu banyak benda yang encik suami kena hadap.Nak senyum pun susah.
Masatu tanggungjawab beliau melambak lambak.Kerja siang malam, urus anak anak, pantau isteri ,urus rumah tangga ,urus kerjaya dan paling kesian beliau sangat jauh dari kelompok masyarakat. 100% hidupnya hanya untuk tuntutan dunia. Alasannya - kita bukannya orang senang sebab tu kena lebih berusaha untuk kelangsungan hidup yang lebih selesa.
Sehinggakan beliau nak jumpa kariah kat taman kami pun sangat susah sebab kekangan masa dan tugasan.Jiran tetangga pun jarang dapat jumpa apatah lagi nak bersembang.Anak anak membesar depan mata pun beliau tak perasan.Tiba tiba je si bongsu dah masuk sekolah menengah ,tiba tiba je si along dah nak bernikah.
Allahhu...