Konsep Sedekah

 

Bismillah,

16 Ràmadhan 1446H.

Kita selalu dengar kata kata ni,

kalau lah aku banyak duit,aku nak sedekah kat orang susah,kat orang situ,kat orang sini.Tapi sekarang ni, aku sendiri nak makan pun tak cukup.Macamana nak bersedekah..



Orang keliling kita suka guna ayat atas ni.


Sebetulnya konsep bersedekah ni bukan waktu bila mana kita ada banyak duit je tapi masa tengah diuji sempit pun kita layak untuk bersedekah.


Waktu kita sedang sakit pun digalakkan bersedekah.


Waktu dimana kita rasa nak bersedekah ,maka teruskan je niat tu.Jangan tangguh.


Tak perlu nak tunggu jadi kaya raya baru nak hulur sedekah.


Andai takdirnya jalan hidup kita memang takda rezeki nak jadi orang kaya,bermakna sampai matilah kita tak kan berpeluang nak dapat pahala bersedekah.


Rugi...


Didik jiwa untuk bersedekah.Hulurkan mana yang termampu sebelum mati.


Orang kaya mereka dah tentunya berduit ,kita yang hidup seadanya ni,fikirkanlah cara terbaik yang boleh buka jalan untuk kita dapat pahala bersedekah.


Maq pun berpesan kat diri sendiri jugak.


Sesungguhnya tidak jadi miskin dengan bersedekah.


Sementara masih dalam mood bulan Ramadhan apa kata kita belajar berkongsi rezeki dengan orang lain biarpun hanya dengan sebiji kurma.


Inshaallah.



🗨️selawat jok




Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026