Sup Ayam Adam Aisy

 

Bismillah,

Sejak Adam Aisy duduk dengan kami, baru maq tahu rupanya dia suka makan nasi ayam dari chicken rice shop.

Masalahnya nasi dari chicken rice shop tu bukannya 7-8 hinggit tapi campur dengan caj delivery dah lebih RM15.00



Itu hanya untuk sekali pembelian, kalau hari hari? peninglah nakkk.

Minggu lepas Maq cuba masak sup versi CRS tu.Cari resepi kat tiktok.Alhamdulillah jumpa.

Sebetulnya Maq cuma nak tau macamana CRS buat kuah sup nasi ayam,sampaikan cucu maq tergila gilakannya.

Bawah ni ada dikongsikan cara nak buat sup ayam untuk Adam.


Ayam ,Daun bawang,
halia dan bawang putih.
Halia dan bawang putih cuma diketuk je.


Semua bahan ditumis dengan sedikit minyak,
bila dah layu,masukan air dan didihkan.
Bila dah mendidih masukan isi ayam.
Masak dengan api pelahan.Maklomlah masak seketul ayam saje.


Hasil kejadian.
Bila ayam dah masak,letak sedikit perasa dan garam.Settle! 

Sebelum ni maq masak sup Adam letak rempah tumis lah,letak rempah sup serbuk lah.Tabur bawang goreng lah.

Tapi semua Adam tak nak.
Rupanya sup yang terpaling simple yang Adam suka.


Lepas makan hati banyak senang.Tok maq bagi peluang Adam main fon kejap.

Alhamdulillah.Selamat dah poket ibuayah bila Adam boleh terima masakan tok maq.

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Hilangkan Rasa Lenguh

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026