Skip to main content

Prinsip Maq Bila Didepan Makanan

 

kata kata nasihat**

Bismillah,

Kisah malam Sabtu yang lepas.

Balik dari masjid tetiba encik suami ajak Maq dan Aida makan dekat luar.Kedai makan pilihan kami malam tu ,kedai nasi lemak panas ,terletak di Peserai,Batu Pahat.


Kedai ni memang popular dikalangan penduduk setempat.Lokasi berhadapan dengan stesen minyak petron Peserai.


Kami sekeluarga dah mula suka makan disini semenjak anak anak maq masih bersekolah lagi. Dan hingga sekarang, cucu cucu maq pulak dah ke sekolah ,so korang boleh bayangkan legendnya kedai ni. Bahan masak mahal ke ,murah ke, pengusaha tetap maintain buka kedai.Mampu bertahan.Kerusi pun boleh kata jarang kosong.Sentiasa penuh.


Makanan kat sini semua sedap.Setiap menu dia pasti ada ditambah seketul ayam goreng.Ayam goreng dia sedap.Sambal nasi lemak pun sedap.Mee goreng mamak pun sedap. Korang mintak apa pun pasti ada ayam gorengnya.Even nasi goreng biasa sekalipun ,confirm ada seketul ayam goreng. Termasuklah nasi lemak ayam.


Malam malam makan nasi lemak bukan hal pelik lagi kan? Yang peliknya orang yang makan tu asal tak reti nak jaga kesihatan ? hahaha cakap kat diri sendiri.


Tapi kalini,maq rasa sesuatu sangat bila masuk dan duduk kat kedai tu.Mungkin korang akan kata maq sombong atau kedekut atau tak reti nak kesiankan orang, tapi apa yang akan maq cerita ni adalah tentang  prinsip maq bila mengadap makanan.


Okey maq nak start cerita.


Baru je kami duduk 2-3 minit , seorang kanak kanak perempuan datang bawa bakul kuih. Umur dalam 9-10 tahun.

Kuih acik ? 

Maaf ye ,makcik nak makan nasi malam ni.

Dan dia pun berlalu pergi.


Staff kedai datang ambil order.Kami pesan 2 nasi lemak ayam dan 1 nasi goreng biasa dan 2 teh O dan 1 kopi O. 


Lepas staff ke dapur ,sorang kanak kanak lelaki bawa bakul makanan juga,umur dalam 11-12 tahun.

Cik nak beli kuih?

Tak dik, maaf ye...

Dan dia pun pergi ke meja lain.


Tak lama kemudian makanan kami pesan pun sampai ke meja.Baru je nak suap nasi ke mulut ..


Kak, maaf saya nak minta derma ...bla bla bla..

Seorang wanita kulit sawo matang ,umur dalam 20-30an ,berniqab ,pakai baju kemeja kotak kotak warna biru gelap dan seluar panjang hitam tetiba pulak menjelma depan kami.


Maq dah takda idea nak kata, cuma mampu pandang ke arah encik suami.


Maaf ye...itu je kata kata yang keluar dari mulut encik suami.Dan wanita tu pun berlalu pergi.


Maq tunduk.Nak telan nasi pun tak tertelan.Hati ni dah mula rasa tak selesa.Nak makan dah tak tenang.Perut dah la lapar teruk masa tu.


Encik suami dah mula merungut perlahan yang mana bunyinya tak sedap didengar.


Maq kata ,jom sama sama kita doakan mereka,

Semoga usaha mereka semua tu berjalan lancar malam ini.Yang sakit biar cepat sembuh,yang kurang pendapatannya moga dilimpahi dengan rezeki melimpah ruah dan semoga anak anak kecil yang bawa bakul kuih tu dilindungi Allah SWT , berjalan dalam gelap gelita,niaga satu meja ke satu meja untuk bantu keluarga.

...Aamiin³

Kami pun sambung makan**


Masa nasi lemak maq dah  separuh pinggan tetiba muncul 2 orang lelaki 20an pulak.Sorang bawa bekas makanan, sorang lagi bawa sample makanan.


Assalamualaikum abang kakak,maaf ganggu waktu abang kakak makan, saya ada bawa kuih brownies coklat yang diperbuat dari bahan bahan premium ,kuih ni sedap , bla bla bla...


Kami biarkan je dia bermukaddimah tanpa henti ,ala ala promoter yang selalu sergah pelanggan sedang shopping di mall tu.


Sambil tu kami teruskan menyuap makanan dan sesekali maq anggukkan kepala tanda respond.


**Maaf  ye adik adik ,kakak dah lapar ,kami ke sini nak makan nasi.Rezeki dah ada kat depan mata kami dah ni.Awak adalah orang yang ke 5 yang dah muncul depan meja kami malam ni.Tak termasuk pekerja kedai yang ambil order tu**


Tapi Maq hanya mampu cakap dalam hati je,kalau direct cakap,mesti ada hati yang terasa.


Bila maq  dan encik suami diam, Aida pulak bersuara ,maaf encik ,terima kasih ye.


Mereka pun pergi ke meja lain...


Guys, maq sombong?Maq kedekut? Maq tak perihatin? Entahlah maq sendiri pun tak pasti.Tapi maq ada prinsip tersendiri.


Okey ,sebetulnya benda ni dah beberapakali belaku kat kedai yang sama.


Pernah sebelum ni maq beli kuih nona manis dari kanak kanak yang jual dari meja ke meja tu.Masa tu pun kami sedang makan malam.Siap makan dalam pukul 9.45malam.


Ontheway balik rumah ambil masa juga.Sampai rumah pukul 10 lebih.Makan kuih satu keping je sebab nak rasa.Baki terpaksa disimpan dalam petiais sebab semua orang lepas balik makan kan dan perut memasing pastinya dah kenyang. 


Esok paginya bila kami nak ulang makan kuih tu,kuih dah basi.Tak tau silapnya kat mana.Lastly campak ke bakul sampah.Rasa membazir sangat.


Pernah juga,maq tak beli pun kuih kuihnya, maq cuma bagi duit.Tapi mujur masa tu 2 orang je yang datang ke meja maq.Kalau dah 5 Orang ?


Nak... Acik tau konsep sedekah,acik pun tau cara nak bantu orang,acik pun suka support bangsa sendiri berniaga tapi bila korang ganggu waktu makan acik.Memang acik pantang.Terus rasa tak selera nak suap makanan.Nak kunyah makanan pun dah takda rasa apa dah.


Adik oo Adik...Kakak Abang ko ni dulu dulu baran orangnya.Haaa cuma nak beritahu tu je.Tapi tak mampu.**


Maq bisik kat Aida ,

Lepasni kan kalau ada yang singgah meja kita dan suruh maq beli kuih dia waktu malam malam buta macam ni, maq akan menjerit , maq tak peduli! mak tak kira!Apa nak jadi ,jadilah!


Jangan makkk..viral nantiiii..hahahahah 

Aida bantai gelakkan emak dia.


Emaknya ini memang cerewet tentang tatatertib depan makanan.Boleh hilang selera nak makan bila asyik diganggu.Tapi takkanlah maq nak menjerit ditempat orang ramai.Saja je cakap macamtu, ehheee..


Nampak sangat barannya tu.
Licin guys nasi lemak ayam.Tulang pun tinggal seco'et,lain lain semua dah kena mamah!lepaskan geyyam sangaaaat tu..😂


Muda muda dulu memang mudah baran ,dah tua tua ni maq lebih suka diam dan senyum je kalau rasa nak marah.

Perangai baran maq pergi mana?
maq dah simpan dalam purse...


**Yang lucunya ,sebelum kami gerak balik, budak perempuan yang mula mula datang tu dah datang semula bersama bakul makanannya, 


Sambil pandang maq ,

Aida bisik kat maq ,

mak jangan nak macam macam ea.. 

hahahaha Aida takut  kalau kalau mak dia menjerit la tu!

Dah! Dah! Jom balik,jangan lupa selawat!



Guys,Kalau apa yang maq buat tu salah,korang jangan ikut pulak.Biarkan je maq sorang yang buat silap,korang jangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...