Bila Hamzah Berada Disamping Lam Alif

 

Bismillah,

Kalini maq nak kongsi bacaan pada huruf hamzah yang terletak disisi huruf lam alif seperti pada kalimah yang telah dibulatkan didalam gambar.


1-Pada kalimah Al awwalin,huruf hamzah kedudukannya diatas huruf alif, 

- dibaca pada kadar biasa,iaitu jangan dipanjangkan bacaannya.Terus masukkan je bunyi huruf waw.


2-Pada kalimah wal aakhirin,huruf hamzah berada ditengah tengah huruf lam dan alif ,

-dibaca pada kadar 2 harakat.Hukumnya mad asli. Dimana huruf hamzah telah bertemu  dengan huruf mad ( alif )

**huruf mad ada 3,
alif ,waw ,yaa.


**So lepas ni kalau korang ada terjumpa kalimah yang ada hamzah dan lam alif,korang kena pastikan kedudukannya terlebih dahulu.

Semoga beri manfaat.

🗨️jom selawat