Skip to main content

Cucu PKP Dah Sekolah

 

Bismillah,

Ini cucu PKP Maq, namanya Adam Muqri.Lahir pada tahun 2021.Tahun dimana orang Malaysia belajar hidup dalam keadaan " Perintah Kawalan Pergerakan " atau dikenali sebagai PKP.


Banyak pengajaran yang rakyat dapat sewaktu PKP. Sampai bila bila pun kami takkan lupakan kenangan yang seram sejuk itu.


PKP - Semuanya adalah menakutkan!

hahahahaha

rasa lawak pun ada bila diingat semula.


Semasa Adam Muqri masih bayi lagi , perangai dia sangat berbeza dari bayi bayi lain yang maq pernah jumpa.Adam 100% takut dengan orang kecuali papa,mama dan kakaknya Ainul.


Apa taknya, semua orang diperintah duduk dirumah dan nak keluar kena betul betul untuk hal penting sahaja.Yang tak penting tak payah keluar.


Proses pembesaran Adam pun banyak didalam rumah sahaja.Takda istilah jalan jalan kat taman,shopping kat mall.Apatah lagi jalan jalan makan angin.Memang takda kebenaran untuk semua tu.


Bila Along bawa Adam balik ke rumah maq,dia akan nangis dan nangis bila jumpa orang. Nampak maq dia menangis, nampak encik suami dia menangis.Ketuk pintu pun dia masih menangis.Hahaha maq oo maq ,ini Adam cucu maq ,bukannya anak Shawal si Ahmad Albab tu!





Tapi harini kejutan buat maq bila along share gambar Adam terkini.


Masyaallah tabarokallah,
Cucu PKP tokmak rupanya dah daftar sekolah tadika!?Bukan main segak lagi dia beraksi.

Semoga urusan persekolahan Adam Muqri berjalan lancar dan dipermudahkan.

Moga kakak Ainul  & Adik Adam sentiasa dalam penjagaan Allah SWT walau dimanapun kalian berada.

Yaa Allah ,jadikan kami dan keturunan kami sebagai hambaMu yang mendirikan solat,yang sentiasa bertaubat dan beramal soleh.

Aamiin Allahhumma Aamiin.



Jom selawat**



Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Resepi Samperit Klasik

Sejarah Parit Sulong