Tips Warga Emas Berpuasa



kata kata nasihat**


Bismillah,

Tips berpuasa bagi warga emas dan juga warga warga golongan lain lain.Mudah mudahan bermanfaat.


● Semasa sahur ,tidak minum air teh dan kopi kerana kedua minuman tersebut membuat metabolisme berjalan cepat sehingga cepat rasa dahaga walaupun tak terhidrat.


● Disyorkan untuk mengambil makanan yang lambat dicerna dan memiliki serat yang tinggi. Contohnya gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, nasi merah.


● Semasa berbuka puasa disyorkan untuk mengambil kurma kerana mengandungi gula serat, karbohidrat, kalium dan magnesium. Nutrisi tubuh yang hilang semasa puasa secara perlahan dapat dipenuhi dengan memakan kurma.


● Memakan buah pisang semasa berbuka sangat baik bagi tubuh kita, sebab pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat.


● Kurangkan makanan bergoreng semasa berbuka, kerana  sel-sel lemak akan meningkat di dalam badan. Warga emas lebih mudah mendapat  penyakit yang disebabkan lemak, seperti sakit jantung, salur darah tersumbat dan darah tinggi.


● Kurangkan mengambil makanan yang lebih cepat dihadam, seperti gula kerana  cepat rasa dahaga semasa menjalani ibadah puasa.


●Banyak minum air atau jus buah antara berbuka puasa dan sebelum tidur.Tujuannya adalah supaya badan lebih banyak mengandungi cecair dan dapat menjalankan aktiviti pd esok hari dengan lancar & bertenaga.


● Jangan meminum air sejuk & berais kerana ia cepat mengenyangkan. Dimana makanan bernutrisi yg diambil akan menurun karena tak dpt masuk ke dalam badan.


Moga warga emas semua tetap sihat dalam beribadah.


Sumber : Diambil dari Departemen Ilmu Penyakit Dalam Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026