Skip to main content

Cuti CNY 2025 Maq Kemana?

 

Bismillah,

Bila cuti tahun baru cina berakhir,baru maq sedar bahawa dari 28hb Januari - 2hb Feb maq hanya berada disisi encik suami, ibu,mak uteh  dan adik adik maq sahaja.


28hb & 29hb Januari ,maq habiskan masa bersama ibu.Pada hari Selasa tu ibu datang ke rumah kami dan Mak uteh yang hantarkannya .Ibu luangkan masa dirumah kami ini selama 3hari 2malam.Terlalu banyak cerita yang kami kongsi bersama. Melepaskan rindu lah katakan.


Anak anak maq pula semua keluar bercuti termasuk Aida.Masing masing habiskan cuti CNY diluar kawasan Batu Pahat.


29hb Januari hingga 1hb Februari ,Angah Ety & Aida 3hari 2malam ke Melaka kemudian Ety sambung pula bercuti 2hari 1malam ke Desaru.


Dan Aida sudah mula bertugas semula pada hari Ahad 2hb Februari.


Manakala 28hb Januari, Along sekeluarga pula , 2hari 1malam bercuti ke Post Dickson ,Negeri Sembilan,kemudian sambung jalan jalan cari makan ke Bandaraya Johor Baharu ,lepastu  sambung lagi percutian bersama trip keluarga mertuanya 2hari 1malam ke Mersing pula.


Masing masing bercuti sakan ek.Maklomlah anak anak cuti sekolah ,ibuayah pula cuti CNY.Seronoklah mereka tu.Lagipun bukan selalu.


Tapi Maq kemana pulak?

28hb dan 29hb Januari,maq  cuma duduk dirumah melayan tetamu.Eh macam kita pulak yang sambut raya kan.

30hb Januari 2025 Maq balik kampung,bersama encik suami tolong ibu kemas halaman rumah dikampung yang semakin hari semakin merimbun semak dari pokok pokok yang tumbuh dikeliling kawasan rumah dan struktur rumah pun semakin  uzur dimakan usia.

31hb Januari kami ke pejabat ASNB pula untuk uruskan akaun ASB ibu.Alhamdulillah semua berjalan lancar kat sini.

Balik dari bersarapan dikedai capati kambing di Low Piak ,Taman Nira,kami sempat singgah De Aurora-kedai emas milik bumiputera terpaling popular kat Batu Pahat.


Hanya cuci cuci mata jek -itu pada niat asalnya  tapi cuci mata diakhiri dengan pembelian! 


Biasalah orang perempuan.Lain yang diucap lain pula yang dibuat.Hahaha!


Satu gram emas pada hari tu bernilai RM404. Disebabkan ada daftar keahlian , dapatlah diskaun RM5/gram. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


Petang 31hb tu ibu dan adik lelaki pulang semula ke Pasir Gudang.Kerana katanya  anak saudara ada urusan disekolah pada 1hb Februari 2025.


Tapi pada 2hb Feb ,kami dikejutkan dengan khabar pemergian besan ibu kembali kepada penciptanya.

Bapa mertua adik perempuan maq meninggal pada petang 1hb .So keesokkan harinya (2hb Februari) kami sekeluarga berkumpul semula dimasjid Kampung Patah Pedang.Mak Uteh suami isteri pun ada datang ziarah.


Maq sangat terpegun dengan masjid kampung ini.Masjid yang diperbuat dari kayu dan tingkapnya ala ala tingkap rumah kampung.Sangat unik dan menarik.


Selesai saja urusan diKampung Patah Pedang,Maq dan Mak Uteh gerak ke kampung Koris pula untuk bersihkan kawasan kubur arwah abah.


Selesai semua ,Mak Uteh ajak kami makan tengahari dikedai makan Kak Long di Batu 12,Senggarang.


Selesai saja makan ,kami berempat balik ke rumah ibu dikampung Parit Balak pula, tak lama kemudian adik lelaki maq pula  ajak kami lepak pantai Sungai Lurus bersama ibu dan anak anaknya,Masakan belangkas masak sambal jadi buruan.


Masyaallah ,lama sangat maq tak makan belangkas.Biarpun perut dah kenyang dengan makanan dikedai Kak Long,maq anggap makan belangkas masak sambal tu sebagai "mentong" 😆

Alhamdulillah , rezeki milik Allah.


Kami menikmati hidangan ditepi pantai Sungai Lurus sambil dihembus angin pantai dan didodoi oleh irama ombak pantai yang saat air laut sedang pasang.Indahnya momen tu.


Letih lah pulak menaip.Okey lah biar gambar gambar dibawah ini pula berbicara.

Maq,ibu & Mak Uteh💞

Ibu,Mak Uteh dan Ayah Teh💞

Nikmat apa lagi yang kau dustai? Terima kasih Adik lelaki belanja kami makan belangkas 🥰

Gadis JB makin besar makin comel 😍

Sembang apa lah ibu dengan adiknya tu..

Kalau korang perasan, pakaian kaum hawa semua warna hitam sebab kami semua baru balik dari ziarah besan ibu yang meninggal tu.


Harini 3hb Februari,Maq dah mula bertugas.Cuti panjang dah habis.Jom teruskan usaha demi kelangsungan hidup.


Salam takziah buat adik ipar Maq ( Haji Nazrul Hisham atas pemergian ayahnda tercinta ) sama sama kita doakan moga roh awrah pakcik Kayat ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Aamiin...

Kenangan terakhir adik ipar bersama ayahnya,sewaktu di KPJ pada hari Jumaat 01/02/2025.



Simpan sini sebagai kenangan family📌

Popular posts from this blog

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Pantai Puteri ,Melaka

  Bismillah, 10 Ogos ,tanpa dirancang ,tetiba lepas makan malam kami diajak ke Melaka oleh encik suami.Kami tu bermaksud maq dan anak bongsu. Kaki maq yang sakit lepas jalan jauh ke Perak belum sembuh lagi tapi naluri membuak nak ikut suami ke Melaka.Hmm memang spisis suka berjalan kan. Keesokkannya ,11 Ogos,kami pun gerak ke Melaka pada pukul 7.00pagi. Sewaktu sampai ditepi Pantai Puteri ,cuaca dah mendung,angin bertiup kuat dan ombak berlari kencang mengejar pesisir pantai.. Redup dan berangin.Pandang laut dapat pahala. Dibawah ni antara kenangan kami sewaktu di Pantai Puteri tempohari. Gambar atas & bawah : berkembang kembangan kain tudung ditiup angin laut  Berkelah cara maq : 1- beli je makanan yang biasa dijual dikediaman kami.Contoh haritu ,encik suami beli nasi lemak  3 bungkus,sebelum tu kami rebus telur siap siap sebelum tidur. 2-beli atau bawa air mineral & air manis.Kami beli kopi wonda dekat 7E je.Beli juga kuih muih yang sesuai,maq pilih karipap, ok ...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.

Sayyidul Istighfar

  Bismillah, Sabtu, 15 Jamadilawal 1446H.  Kata kata motivasi SAYYIDUL ISTIGHFAR -Penghulu Istighfar  Ada sebuah Dzikir yang disebut Nabi sebagai ‘Sayyidul Istighfar’ (Penghulu Istighfar). Keistimewaannya Luar Biasa. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Pagi dengan Penuh Keyakinan, kemudian Meninggal sebelum Datangnya waktu Malam, maka Dia Masuk ke dalam Syurga. *Barangsiapa yang Membacanya di Waktu Malam dengan Penuh Keyakinan dan Meninggal sebelum Datangnya Pagi, maka ia Masuk ke dalam Syurga (H.R alBukhari). Bacaan Sayyidul Istighfar itu adalah seperti berikut: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ "Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak Ada Sesembahan yang Berhak Disembah selain Engkau. Engkau Menciptakan Aku, Aku HambaMu, dan Aku a...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Saw Palmetto dari nutrilite untuk orang lelaki

Assalamualaikum. Menurut pakar, segagah manapun kaum lelaki ni, bila dah cecah umur 40 tahun keatas. Mesti ada masalah pada pundi kencingnya. Bau seluar kecik tu ada sikit hancing. Sebab apa??? Ada setitik dua air yg terkeluar lagi tapi tuan badan tak perasan. Jadi cammana solat kita..?? Sebab tulah ada sunnah tertentu lepas kita buang air kan.. Oleh tu abang abang diluar sana disarankan ambil Nutrilite Saw Palmetto ni untuk mencegah permasalahan tu , memang nampak ketara perubahannya nanti. Nak solat pun dah semakin confident.. Insyaallah.. Sumber : copy and paste dari group whatsapp jzt* NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut) NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle root mampu memberikan sokongan herba untuk aliran kencing. UTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 sg)  R...

Kisah Sejadah Kecil

Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun. Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye.  Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku..  Kisahnya macamni.. Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher ) Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong. Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. K...

Dunia Memburu Masa kita

Assalamualaikum. Minggu ni idea maq liat pulak nak berinteraksi dengan huruf dan ayat didalam blog. Mungkin maq rasa terlalu penat sehingga idea satu apa pun tak menjadi . Atau mungkin terlalu banyak masa dihabiskan dengan urusan dunia sehingga tak sempat nak menaip dan berkongsi cerita? Yang nyata memang idea kering kontang..😞 Ahad dan lsnin lepas maq berada di Kuantan ,Pahang. Selasa hingga ke hari ini maq sudah berada di Batu Pahat. Banyak kenangan yang hendak dikongsi tapi masih kekal semuanya tersimpan sebagai draf didalam hati.  Senja ni , maq tersedar bahawa bila maq  terlalu sibuk dengan urusan dunia ,memang maq akan kehilangan banyak masa . Sedar sedar diri ini dah tua .. Semoga Allah tidak membolak balikkan hati ini.. Aamiin. Kata nasihat.