Jalan Jalan Tepi Sungai Batu Pahat

 



Bismillah,

Alhamdulillah,pagi tadi Allah bagi rezeki masa ,dapat bawa Adam Aisy jalan jalan tepi sungai Batu Pahat.


Minggu ni Adam Aisy kena duduk dengan tokmak sebab pengasuhnya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan.


Bawah ini sedikit momen yang sempat maq ambil tadi.Actually Adam Aisy ni memang suka pergi jalan jalan.Lagi satu ,dia lebih suka makan diluar berbanding makan dirumah.

Adam Aisy & Ucu 

Rupanya Adam gayat berdiri di tepi tebing sungai tu.Terpacak je dia kat situ tanpa bergerak  sikit pun.

Semua kanak kanak suka main benda ni kalau di taman permainan.

Ini tempat turun cu,bukan tangga untuk dipanjat

Berpeluh peluh tok ayah kejar cucu dia yang ligat berlari kesana sini.

Sarapan pagi dikedai paratha kari kambing,tapi Adam Aisy lebih suka makan roti canai.

Harini 18/2/2025 ,juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah Adam yang ke 4. 

Alhamdulillah,tahniah buat mereka.
Moga ikatan kekal bahagia sampai syurga.
Allahhumma Aamiin.


18/2/2021~18/2/2025

Simpan sini sebagai kenangan keluarga📌
Selawat dakgi?

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur