Skip to main content

Soal Jawab Tentang Ziarah Kubur

 


kata kata nasihat**

Bismillah,

(Da'i Hadhari&Ustaz Jafri Abu Bakar)

PROGRAM TANYALAH USTAZ TV3
TAJUK :  ZIARAH KUBUR

Ilmu tasawuf ialah ilmu penyucian hati.Untuk mengingatkan kita pada kematian ialah dengan kita menziarahi kubur.

Amalan ini menjadikan kita zuhud pada dunia (merasa cukup dengan apa yang kita ada)

Siapa orang yang paling zuhud?Mereka ialah orang yang tak pernah lupakan tentang kubur.

Kubur ialah antara taman taman syurga atau lubang lubang dari lubang neraka. Bila kita menziarahi kubur akan mengingatkan kita pada hari akhirat.

Kubur ialah rumah pertama di akhirat.Kalau cantik rumah kita,cantiklah urusan kita di akhirat dan kalau buruk rumah kita itu,buruk jugalah urusan kita di akhirat dan akhirnya akan dimasukkan ke neraka.

Menziarahi kubur akan menjadikan kita bersemangat melakukan amal soleh.Mati tak kenal usia dan menjadikan kita sentiasa muhasabah diri.

Ada ulamak kata kamu tengoklah kubur itu kerana ada ahli kubur yang minta dihidupkan semula kerana nak sebut Subhanallah dan nak solat supaya dapat diampunkan dosanya tapi mereka memang dah tak boleh nak dihidupkan semula.


SEBAB ITU NABI SANGAT GALAKKAN KITA ZIARAH KUBUR.BERTUJUAN MENGINSAFKAN DIRI.


🗨️BILAKAH WAKTU PALING SESUAI UTK ZIARAH KUBUR?

Nabi anjurkan ziarah kubur setiap waktu dan tak ada waktu waktu tertentu.

Tapi dah jadi tradisi bagi kita ziarah kubur pada waktu waktu perayaan.Orang kita suka pergi kubur pada hari perayaan kerana berhimpunnya ahli keluarga waktu tu. Tidak jadi kesalahan tapi jangan letakkan pergi ziarah kubur pada hari perayaan itu wajib.


🗨️ADAB ADAB PERGI ZIARAH KUBUR:

-Masuk kawasan kuburan, berwuduk, berpakaian sopan dan menutup aurat.

-Memberi salam pada ahli kubur.

 "Salam sejahtera pada penghuni ditempat ini dari kalangan orang beriman,sesungguhnya Allah merahmati kamu dan sesungguhnya kami akan mengikut kamu"

-Disunatkan berpaling ke arah kiblat, mengangkat tangan dan berdoa.

-Berakhlak dengan akhlak mulia.Dilarang meratap dan meraung.Bukan dari kalangan kami yang merapat meraung seperti kaum jahiliah.


🗨️JIKA KITA PERGI KE KUBUR UNTUK BERGOTONG ROYONG , BOLEHKAH BERBICARA CONTOH TENTANG BOLA DI KUBUR?

Nabi suruh jaga perkataan yang baik dan jangan sembang yang tak sepatutnya.

Kita disuruh supaya banyak sebut zikir dan ingatkan kepada kematian.


🗨️MENGAPA ORANG PEREMPUAN TIDAK DIGALAKKAN MENGHANTAR JENAZAH KE KUBUR?

Sudah jadi trend sekarang orang perempuan join waktu pengkebumian jenazah.

Menurut pendapat jumhur ulamak, makruh orang perempuan ziarah kubur.

Ada juga ulamak yang mengharuskan orang perempuan menziarahi kubur. Isteri nabi, Siti Aisyah juga pernah menziarahi kubur.

Sunat ziarah kubur bagi perempuan dengan syarat tidak memperagakan diri dan  tidak bersesak sesak bersama lelaki dan jagalah akhlak.


HUKUM ZIARAH KUBUR BERGANTUNG PADA TUJUANNYA.


🗨️ADAKAH TERDAPAT KATEGORI YANG DILARANG ZIARAH KUBUR?

-Seorang isteri yang kematian suami yang dalam eddah menghalangnya keluar rumah kecuali darurat.

-Ada pendapat ulamak mengharamkan perempuan dalam eddah menziarahi kubur.Dia mesti berkabung 4 bulan 10 hari. Tak boleh bercantik cantik dan berwangian.


🗨️ADAKAH DIBENARKAH MELANGKAH LANGKAH KUBUR DAN BILA ADA PERAYAAN, MEREKA NYALAKAN LILIN DI KUBUR,APAKAH DIBOLEHKAN?

Di antara larangan Nabi ialah melangkah kubur,duduk atas kubur,bersandar pada batu nisan dengan sengaja.Sesaorang yang duduk atas bara api itu lebih baik daripada duduk atas kubur.

Dilarang melakukan perkara kurafat dikubur.

Dilarang mengusap dan mencium batu nisan.

Dilarang menyerupai urusan agama orang lain contoh menyalakan lilin.


🗨️APABILA JENAZAH DIUSUNG JENAZAH MELIHAT SESIAPA SAHAJA YANG MEMBAWANYA, SEBENARNYA APA YANG BERLAKU PADA ROH ITU?

Ketika sakaratulmaut ada malaikat malaikat dihadapannya. Manakala malaikat itu putih wajahnya seperti matahari,ini kematian yang baik.Ini kematian orang yang beriman.

Malaikat akan berkata ,wahai jiwa yang tenang keluarlah dan kembalilah kepada Tuhan kamu.

Roh di angkat ke langit dan dipanggil dengan panggilan yang mulia. 

Dan kemudian dimasukkan ke liang lahat.Inilah yang paling menakutkan.

Himpitan kubur bagi orang mukmin seperti dalam pelukan ibunya manakala orang yang sesat dan ahli maksiat dihimpit tulang rusuknya. 

Semua ahli kubur akan disoal.

Buatlah persiapan untuk  kita selamat di alam barzakh.


🗨️ADAKAH ADA SEBARANG LARANGAN BERCAKAP CAKAP CONTOH MEMPERKENALKAN INI ISTERI SAYA DAN MENGUSAP USAP BATU NISAN?

Ini jadi trend kita bercakap dengan mak ayah kita.Yang masih ada lagi mak ayah,sembanglah dengan mak ayah kita kerana mereka rindu nak berkongsi cerita dengan kita.Letak tepi dulu  handphone.

Bersembang sembang juga dengan mak ayah kita yang berada dalam kubur, ada pendapat mengatakan orang dalam kubur mendengar apa yang kita ucapkan. Cara kita mendengar dan cara mereka yang berada dialam barzakh berbeza.

Jenazah yang berada dalam kubur mendengar hentakkan kaki orang yang ziarah kubur.Mereka juga mendengar bila ada orang yang beri salam.

Dan ada pendapat mengatakan jenazah dalam kubur tak mendengar.Hujjah jumhur ulamak mengatakan mereka dapat mendengar perkataan,salam dan doa dengan kedua telinga roh bukan telinga jasad.


🗨️APA HUKUM BACA AL~QURAN DIATAS KUBUR DAN BOLEHKAH BUAT BINAAN DIATAS KUBUR?

Harus hukumnya jika baca Al~Quran diatas kubur.

Terdapat larangan untuk bina bangunan kekal diatas kuburan kerana bentuk kemegahan.Tanah kubur adalah tanah wakaf dan jika dibina binaan akan mengambil hak tanah kuburan orang lain.Jangan dibina binaan kekal kerana nak menunjukkan kemegahan.


🗨️APAKAH BOLEH KITA ZIARAH KUBUR ORANG BUKAN ISLAM?

Walaupun kematian orang bukan islam,kita boleh beri penghormatan seadanya bukan dengan memakai pakaian pakaian mereka atau melakukan upacara agamanya.

Jaga adab yang baik dengan membawa imej islam ketika menziarahi kubur orang bukan islam dan mungkin akan mencetuskan hidayah utk kembali pada agama islam.


🗨️ADAKAH PERLU MENUTUP AURAT BILA KITA MENZIARAHI KUBUR DAN APAKAH BERLAKU BIDAAH MENABUR BUNGA DI KUBUR?

Tak masuk ke tanah perkuburan pun wajib tutup aurat apatah lagi berada dikuburan.Jaga adab ketika berada dikawasan perkuburan.

Amalan menabur bunga ini adalah amalan tradisi agama lain.Adalah lebih baik buat amalan Nabi,ambil dahan dan cucukkan pada kuburan dan dahan itu akan berzikir.

Sebagai contoh ambil dahan pokok bunga kemboja dan cucuk diatas kubur. Selagi pokok itu tumbuh ia akan berzikir dan akan beri manfaat pada jenazah dalam kubur.


🗨️BOLEHKAH KITA MELAKUKAN SOLAT JENAZAH DIKAWASAN KUBURAN?

Terdapat larangan solat jenazah diatas kubur kecuali seandainya kita terlepas perkebumian.
Dibolehkan solat jenazah disisi kubur,jangan ramai ramai dan jangan pijak kubur.


🗨️BENARKAH ROH TERSEKSA BILA KITA MENANGIS?

Bukan langsung tak boleh menangisi kematian kerana ini sifat manusia yang berasa sedih.

Yang dilarang ialah meratap atau menampar nampar muka. Nabi sebut mayat itu terseksa kerana tangisan orang yang masih hidup. Boleh menangis dengan maksud sedih yang penting redha.


- JANGAN MERATAP KERANA AKAN MENYEKSA JENAZAH YANG BERADA DIDALAM KUBUR.


🗨️KE ARAH MANAKAH KITA NAK MENGADAP KETIKA BERADA DIKUBURAN?

- Bila kita sampai sahaja dikawasan kubur,kita menghadap kearah kiblat dan berikan salam serta bacakan doa buat mereka didalam kubur.


🗨️BAGAIMANA NAK ELAK BERLAKU TAKSUB DENGAN KUBUR?

Menurun di kubur atau letak lilin ini dilarang dalam agama.

Sangat dituntut ziarah kubur para alim ulamak untuk ambil manfaat menumpang keberkatan dan mengambil manfaat bagaimana susah payahnya mereka menyampaikan ilmu dan beramal soleh.

Berdoa bukan hanya dikubur.Boleh berdoa dimana mana.Doa anak yang soleh tetap akan sampai pada kedua ibubapanya.

Ada roh yang mengais ngais mengutip pahala dan ada roh yang tenang dan selesa sahaja kerana dapat pahala bacaan Al Quran dari anak anaknya.

Anak anak adalah harta kita.Kalau kita lakukan yang terbaik untuk ibubapa kita nanti anak anak kita pula melakukan hal yang serupa untuk kita.


🗨️BAGAIMANA ADAB ADAB  ZIARAH KUBUR RASULULLAH DI MADINAH DAN ADAB ZIARAH KUBUR IBUBAPA KITA?

Rasulullah bersabda ,


"barangsiapa ziarah makamku selepas kematianku seolah~olah dia menziarahiku ketika hidupku."


Begitu juga ziarahlah kubur ayah ibu kita.InShaa Allah kita akan bertemu ibu ayah kita di akhirat.

Banyakkan berdoa untuk ibuayah kita.

Segerakan proses perkebumian mayat kerana seandainya dia seorang mukmin,dia sudah melihat nikmat yg dia akan perolehi dan dia minta cepat²lah kebumikannya.


BARANG SIAPA YANG MENZIARAHI KUBUR IBUBAPANYA SETIAP HARI JUMAAT AKAN DIAMPUNKAN BAGINYA DAN DITULIS BAGINYA SEBAGAI ANAK YANG BERBAKTI.


🗨️BOLEHKAH KITA BERDOA UNTUK SEMUA AHLI KUBUR?

Barangsiapa memohon pengampunan kepada seluruh muslimin dan muslimat,dia akan kita akan dapat pahala pengampuan sejumlah muslimin dan muslimat tersebut.Seorang yanh soleh yang berselawat disisi kuburan dia akan dapat manfaat dari selawat tersebut.

Jangan kedekut berdoa.Pasti ada manfaat untuk kita dan untuk mereka.

Sesungguhnya kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa.Biar Tahu Jangan Keliru.



hasil salin tampal♥️


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...