Skip to main content

Peristiwa Hitam 2022

 


Bismillah,

Peristiwa belaku selepas beberapa hari Adam Aisy dilahirkan.


Minggu pertama Adam Aisy lahir,semuanya berjalan lancar biarpun masa tu Adam kerap keluar masuk rumah untuk ke Klinik Kesihatan Batu Pahat.Level Sakit kuning Adam sangat tinggi.Sampaikan dia terpaksa ditahan di ward selama dua hari satu malam tanpa ibuayah disisi.


Namun apa yang maq nak kongsikan disini, adalah tentang beberapa perkara pelik belaku masa kami jaga  ibu dan Adam Aisy dalam pantang.


1- Minggu ke 2 , kitaorang dah mula perasan, bila masuk je pukul 12am, Adam akan nangis dan kembung perut. Bukan nangis merengek tapi menjerit jerit kesakitan.Masa tu maq pun buntu cari punca.Sebabnya  pengalaman jaga 2 orang cucu dalam  pantang sebelum ni takda pun masalah serupa ini terjadi.


2- Bukan itu sahaja ,ada lagi kejadian pelik berlaku.Mulanya kami sekeluarga anggap itu perbuatan kucing jiran yang berkeliaran tapi lama kelamaan kami mula sangsi.Apataknya setiap pagi,dianjung rumah maq ada seekor tikus mati.Bukan sekali tapi boleh kata hari hari ada seekor tikus mati.Pelik kan?Kalau kucing tangkap sekalipun kenapa tak dimakan? Dan kenapa sebelum ni takda pun tikus mati sekerap itu dianjung rumah kami sedangkan kucing kucing jiran masih kucing yang sama.Hampir sebulan juga kejadian tikus mati tu.


3- Kami pernah jadi buntu .Minda automatik  kosong dan pernah juga terjadi selisih faham antara maq dan angah.Sebab pada maq ,angah macam  tak peka dengan masalah anak yang masih merah lagi tu.Baby new born mana boleh nangis menjerit jerit kesakitan macam tu sekali! Tengah tengah malam pulaknya.


Nak kata ibu salah makan ,mustahil juga sebab baby minum susu formula 100% takda susu badan pun.Air pun kami masak guna cerek ,mendidih hingga 5hingga 8minit ,bukan masak guna heater.Tapi kenapa baby asik kembung dan najisnya berbau sangat busuk. Bukan seperti najis baby newborn yang berbau susu.


Dan kalau susu tak sesuai ,kenapa minggu pertama dan awal minggu kedua Adam ok je minum susu yang serupa? Kenapa dah nak habis susu satu tin tu baru Adam nak kembung perut dan najis berbau busuk?


Lagi pelik ,kenapa kembung perutnya hanya belaku diwaktu tengah malam,hari siang  okey je perut baby ,bau najis pun bau biasa biasa je.


4- Bila baby menangis tengah malam, kadang kala maq ada terdengar suara belalang pelesit kat tepi tingkap dapur. Dan bukan sekali tapi  beberapkali juga maq dengar.Waktu tu maq langsung tak terfikir tentang benda benda tak elok macam tu. Bagi maq biasalah malam, gelap,macam macam serangga ada berkeliaran diluar rumah.


5- Banyak ikhtiar kami sekeluarga dah lakukan.Tapi Baby tetap juga menangis bila tiba tengah malam.Dia akan stop menangis selepas masuk pukul 5.00am.Bukan sekali tapi setiap kali pukul 5.00 pagi dia akan tidur dengan tenang.Buang air besar tetap berbau busuk. Pelikkan?


Kami teruskan juga usaha untuk pulihkan keadaan baby Adam.Bila check doktor ,doktor kata Adam merupakan " demand baby".Dan Adam mempunyai masalah usus lambat matang.


Apa maksud doktor tu,hanya doktor tu je yang paham.Sebab bagi maq ,demand or not , kami tetap jugak yang kena hadap tangisannya setiap awal pagi sampailah ke siang hari.Jaga baby meragam dan jaga ibu baby yang keletihan sebab kurang tidur.


Masuk bulan ke 2 ,Alhamdulillah ,baby dah beransur kurang meragam .Dah takda menangis ditengah malam kecuali buang air besar  dan nak susu.Akhirnya sementara masih dalam mode cuti bersalin, ibu bawa baby balik kerumah mereka di JB waktu tu.Alhamdulillah,baby okey je duduk dirumah JB tu.


Tapi 2 hari selepas baby balik ke JB , timbul pulak isu yang mana kami terjumpa duit RM 1 terselit dibelah bawah  2 biji pasu pokok bunga maq.


Benda yang sebelum ni kami tak tahu apa faedah perbuatan tu dan bila dah dijelaskan oleh sedara mara ,maq mengucap panjang.Tapi takpalah, cctv Allah maha hebat.Kat akhirat nanti kita boleh tengok sesama siapakah si pelaku.


Nak tahu kisah tu?  Masuk Link Sini dan bacalah post maq.


Yang hairannya ,lepas kami jumpa RM1 tu 2kali ,dah takda dah lagi jumpa tikus mati, dah takda dah bunyi belalang pelesit ditepi tingkap.


Kitaorang bersangka baik je ,agaknya semua tikus dalam Batu Pahat dah mati dah kot dan sampailah kehari ini takda lagi terjumpa bangkai tikus dianjung rumah,yang selalu jumpa ialah air kencing kucing jiran tetangga dok mancut dimerata sudut anjung.


Pernah pada satu  malam ,maq buka surah Al Baqarah sebagai selingan sambil layan mood nak tidur. Lagi pelik ,handphone maq pulak tetiba problem. Surah tu maq tak habis dengar pun lagi, handphone maq terus hang !


2 hari jugak maq bebas dari fon.Sebab handphone maq boleh on off dengan sendiri.Macam kena hijack .Apa ko ingat kapal terbang je ke boleh dihijack  matt??handphone pun boleh.


Pernah Maq tergerak hati nak tahu semua tu atas angkara  dari siapa.Maq try baca surah al Mulk ayat 14 macam dalam video bawah ni.



Ya Maq buat sebelum tidur dan malam yang sama juga maq bermimpikan sesaorang yang maq sangat kenal.Selang beberapa hari maq buat lagi dan malam tu maq mimpikan lagi orang yang serupa.Tapi disebabkan maq tak nak mimpi jadi fitnah,maq terus batalkan je niat nak buat untuk kali yang ke 3,maq bimbang maq akan mimpi orang yang serupa dan maq jadi takut.Maq juga takut kalau kalau jatuh fitnah pulak nanti.


Ustaz pernah pesan, musuh sebenar kita bukan manusia tapi syaitan.Maq taknak dalam hal ini syaitan sama sama menyelit disebelah maq jadi sebagai "penyokong". 


Nauzubillahiminzaliq ...


Semua peristiwa ni dah berlalu lebih 2 tahun yang lalu.Dan harini 19/02/2025- Baru ada kekuatan nak berkongi dalam blog.


Maq ulang sekali lagi,maq dah maafkan semua kesalahan yang someone, something, somewhere tu dah buat kat kami.Maq tak nak lagi fikir apa apa tentang dia dan taknak fikir lagi apa juga alasan dia buat semua tu dekat kami.


Tapikan sejujurnya biarpun dalam hati maq kata maq dah maafkan  tapi bila maq pandang cucu maq ( Adam Aisy ) Maq pasti akan teringat semula semua kisah pedih tu. Yang mengalami je yang paham bagaimana truma nya kami sampai ke hari ini.


Ye, memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan perbuatan tu maq tak mampu. Sampai bila bila tetap ingat.Dan semenjak peristiwa itu,maq dah mula tak percaya dengan semua orang ,termasuk ahli keluarga sendiri.


Maafkan saya...


Selama lamanya ,biarlah semua peristiwa pedih tu jadi kenangan paling buruk sepanjang hidup kami.Maq doakan si pelaku hidup bahagia dengan hasil usaha dia sekarang ni.


Dan mulai harini juga Maq serahkan semuanya pada Allah SWT .Kerana dunia ini dan semua isinya adalah milik NYA dan kita semua hanya hadir sebagai hamba.

Kadang maq tertanya tanya,
"Apa salah baby ini hingga dia jadi mangsa keadaan ?"

😢

Simpan sini jadi sejarah keluarga📌

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...