Skip to main content

Solat Sunat Terawih 1446H

 

Kata Nasihat*


Bismillah.


Ramadhan 1446H belum muncul tapi dilaman sosial macam macam isu telah jadi persoalan mengenai jumlah rakaat solat sunat terawih.


Cakap pun solat sunat.Buat dapat pahala tak buat tak berdosa.Berapa jumlah rakaat pun bukannya tuntutan.Yang penting dua rakaat diakhiri dengan satu salam.


Siapa buat banyak,dia dapat banyak.

Siapa buat sedikit , dia dapat sedikit.

Siapa tak buat ,dia tidak berdosa pun.


Cuma rugilah kan sebab solat sunat terawih ni setahun hanyalah dapat dilakukan selama sebulan je.Lain lain bulan takda dah.


Buat sendirian dapat pahala,buat secara berjemaah pun dapat pahala.


Untung nya jika berjemaah pahalanya lebihlah sikit berbanding yang buat sorang sorang.Tapi pahala solat sunat masih tetap juga dapat.


Waktu solat pun bukan terhad lepas isyak je,tengah malam pun boleh buat solat sunat terawih.Yang penting jangan sampai azan subuh baru nak buat,lagi baik buat terus solat sunat qabliah subuh je.


Guys,islam itu memudahkan.Jangan kalut kalut untuk hal yang mudah.Nanti sesama agama pulak berbalah.Balah hanya untuk pahala sunat!? Apakah?


Apa yang lebih penting, solat fardhu 5 waktu tu korang kena lebih risaukan jika tak mampu berjemaah (terutama bagi kaum lelaki ).


Jangan lah sibuk nak sembang pasal rakaat terawih yang 20,11,8 rakaat tu tapi solat fardhu subuh yang 2 rakaat tu pun korang jarang nak berjemaah kat masjid atau pun surau.


Guys,yang wajib tetap wajib ,yang sunat tetap sunat.Jangan pening peningkan kepala.


Jom selawat📌



Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Resepi Samperit Klasik

Sejarah Parit Sulong