Skip to main content

Nasihat doktor Arman Shah


Assalamualaikum.

Hari ini, hari ke 7 perintah kawal pergerakan wabak Covid19 di Malaysia. Saja maq kongsi kata nasihat kat bawah ini supaya sikit sebanyak ianya boleh buat kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ini. Dan harap harap kata kata kat beliau ini dapat mendidik kita dalam meneruskan kelansungan hidup selepas ini.  Insyaallah  , Mudah mudahan.

Sekadar hiasan. 


BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗
(Diharap sudilah membaca sampai habis)

Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan.

Di musim perintah berkurung ini, saya melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini.

Beringatlah tuan tuan..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan.

Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown.

Vaksin Covid akan dijangka setahun lagi akan dpt di cipta dan berfungsi sepenuhnya.

Kematian diseluruh dunia semakin meningkat.Jumlah pesakit baru meningkat setiap hari!

Sektor Ekonomi sedang terjejas teruk skrg ini tidak kira apa sektor.Jadi jika perkara ini berpanjangan selama setahun atau 2 tahun dan anda kehilangan pekerjaan, apakah anda mempunyai cukup simpanan untuk survive?

Saya 100% yakin kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji penuh kepada penjawat awam.Malah saya tidak terkejut jika berlaku pengurangan penjawat awam. Kerajaan juga saya yakin tidak mampu memberi bantuan sara hidup kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan terpaksa pentingkan ekonomi negara kita.

Negara kita ini bukanlah negara yg kaya yang mana pendapatan per kapita tahunannya adalah tinggi seperti USA mahupun Singapura.Memang tidak mampu untuk memberi bantuan sara hidup selama setahun kepada semua rakyat.

Jadi nasihat saya bijaklah mengurus kewangan anda.Saya pun dari bulan October tahun lepas sudah mula menyimpan melebihi 50% pendapatan saya dan kurangkan membeli dan berbelanja.

Saya sangat berhati hati berbelanja dan sentiasa mencatit segala perbelanjaan.Tidak membeli barang yang bukan keperluan.

Sejak balik Malaysia, baru 2 kali saya membeli di Shoppe dan jarang sekali makan di luar walaupun teringin nak makan macam macam
(al-maklumlah sudah bertahun tahun tidak pulang ke Malaysia).Makan KFC baru sekali,McD belum dan lain lain fast food belum makan lagi.

Bukan saya kedekut cuma makan hanya bertujuan untuk hilangkan lapar.Dah kenyang tengok KFC ke,McD ke, dah tak teringin dah.Itulah lumrah kita sebagai manusia...

Jujur saya katakan saya mengubah 100% gaya hidup saya didalam berbelanja tidak sama seperti sebelum sebelum ini.

Saya yang berkerjaya ni pun tidak yakin akan selamat dari hilang pekerjaan.Bagaimana pula dengan yang berkerja seorang (isteri tidak berkerja) dan berniaga sendiri??

Saya tidak kisah memandu kereta myvi lama, saya tidak kisah tahun ini tiada baju melayu untuk beraya,saya tidak kisah jika tidak memberi duit raya tahun ini,saya tidak kisah tak tukar langsir,rumah perabut buruk..saya tidak kisah langsung apa orang nak kata asalkan saya ada simpanan utk digunakan ketika kegawatan ekonomi nanti.

Dikala ramai orang bersiap sedia menghadapi gelombang wabak penyakit tetapi ramai orang lupa untuk bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kegawatan ekonomi.

Rata rata pakar ekonomi dan negara negara besar dunia sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kegawatan ekonomi dunia yang dijangka paling buruk didalam sejarah dunia (tak percaya boleh Google)

Jadi apa kata di musim perintah berkurung ini, panggillah semua ahli keluarga anda duduk berbincang langkah langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan keluarga anda.Anda kena lakukan perancangan dan WAJIB ada perancangan kewangan.

Biasakan anak anak anda makan nasi dengan kicap sahaja. Biasakan anak anak anda pakai pakaian lama,biasakan anak anak anda berjimat cermat..

Bersederhana sahaja mulai sekarang.

Sediakan payung sebelum hujan.Dah hujan baru nak cari payung, baju pun dah basah, badan pun dah basah.Dah banyak keje pulak nak kena jemur baju, lepas tu demam,batuk, selsema.Dah susah. Kan bagus siap payung awal awal kalau tahu akan hujan.

Begitulah perumpamaannya. Nampak simple tapi dalam maksudnya!!

Posting saya ini bukanlah bertujuan utk menakut2kan anda semua.Hanya sekadar peringatan bersama termasuk diri saya sendiri.

Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi hanya berkongsi pendapat sahaja. Kalau baik ikutlah. Kalau tidak , jadikanlah bacaan santai santai.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA POSTING SAYA INI.

Sekian...
Dr.Arman Shah...

Copy and paste*

Comments

  1. Bersedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi pula.

    ReplyDelete
  2. WP, ye betul tu. Sekali lagi masyarakat kena kuat semangat untuk kehidupan seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Dalam keadaan sekarang perbelanjaan memang betul-betul kena berhemah. Harap negara akan kembali seperti biasa segera.

    ReplyDelete
  4. Azirahman, tepat sekali. Beli mana betul betul perlu sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...