Skip to main content

Poligami






السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


TANYALAH USTAZ TV3
(Da'i Hilman&Ustaz Jafri Abu Bakar)
*MUNAKAHAT*
*POLIGAMI*
••••••••••••••••••
Ya Allah berikan kami ilmu yg bermanfaat,
rezeki yg baik dan amalan yang diterima.

Ada yg suka dan ada yg tak suka dgn tajuk ini.

Tajuk ini sesuatu yg dibenarkan pada syarak.
Poligami ialah perkahwinan yg banyak. 

Poligami lawan kepada mologami (kahwin seorang)

KAHWIN CERAI DAN KAHWIN CERAI ITU BUKAN POLIGAMI.

Jika tak mampu cukup hanya berkahwin seorang supaya tak buat aniaya.

POLIGAMI BUKAN TAK BAIK MALAHAN ADA POLIGAMI YG BAIK.

Ada org yg pandang negatif poligami.Pada zaman jahiliah ada sahabat yg mempunyai 10 isteri dan ada yg 8 isteri. Islam datang dan menghadkan 4 isteri.Saidina Umar ada 9 isteri (berkahwin dan bercerai) Sahabat dan para Nabi juga mengamalkan poligami. Pengamalan poligami adalah sesuatu yg dimuliakan oleh Allah.


ADAKAH BERDOSA MERAHSIAKAN PERKAHWINAN KE~DUA,APA HUKUM BERBOHONG DALAM PERKAHWINAN DAN BERDOSAKAN WANITA YG MENOLAK HUKUM POLIGAMI?


Jangan rahsiakan poligami dan mintalah izin dari isteri pertama. Berlaku adillah pada para isteri.Berlaku adil dalam giliran bersama isteri².
Dalam mazhab As~Syafie giliran tak boleh melebih 3 hari melainkan dapat keizinan.
Jika menyembunyikan perkahwinan akan berlaku kezaliman.


PERKAHWINAN TETAP SAH WALAUPUN TAK MINTA IZIN. MINTA IZIN SUPAYA TAK BERLAKU KEZALIMAN.


Berbohong utk menjaga keharmonian dalam rumahtangga,dibenarkan.Tapi bukan sentiasa berbohong. Contoh berbohong tentang masakkan utk menjaga keharmonian dalam rumahtangga.


JIKA SEBELUM BERKAHWIN KITA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN


(contoh suami tanya berapa ramai boy friend sebelum ini,ini tak perlu cerita).


APAKAH BERDOSA BENCI POLIGAMI?

Apa sahaja hukum yg ditentukan oleh Allah sudah pasti ada hikmah disebaliknya.Kita tak boleh ada satu perasaan kebencian tentang syariat Allah.Perkara sunat kita boleh buat dan tak buat. BUAT DAPAT PAHALA.Tapi jangan sampai tahap membenci.


HENDAKLAH BERHATI~HATI DGN SENJATA SYAITAN YG MEMALINGKAN MANUSIA KEPADA KETAATAN (meremehkan dan melampau batas dalam ketaatan).


APAKAH PERLU IZIN ISTERI UTK POLIGAMI?

Tidak menjadi syarat utk dapat keizinan dari isteri.Namun ada tempat yg perlu keizinan.


DALAM NAK POLIGAMI BUKAN PERLU UBAT KUAT TAPI PERLU UBAT BERANI.


Minta izin utk elak kezaliman pada isteri.
Bila tak minta izin akan susah nak buat giliran.


BERDOSAKAH ISTERI MINTA CERAI KERANA TAK IZIN SUAMI BERPOLIGAMI?


Tak patut minta cerai.Suami bukan melanggar syarak. Jika dah berkahwin dua dan tak berlaku adil barulah boleh report ke pejabat kadi.
Kita tak tahu mungkin selepas berkahwin dua,suami akan jadi lebih baik lagi.


TAK BOLEH MINTA CERAI MELAINKAN SUAMI ABAIKAN NAFKAH.

ATAS DASAR APA ISLAM BENARKAN POLIGAMI?

Banyak hikmah terkandung dalam poligami.
Kalau ada org islam yg mencuri,jangan salahkan islam tapi salahkan org itu.Kalau ada org yg berpoligami tak berlaku adil,jangan salahkan islam tapi salahkan org tersebut.


HIKMAH DISEBALIK POLIGAMI:

1)Poligami asbab terjaganya kehormatan wanita.

2)Ada lelaki yg mempunyai nafsu syahwat yg tinggi hingga tak mampu dgn seorang isteri dan dia takut berlaku zina dan dia boleh berpoligami utk menyalurkan nafsu syahwatnya.

3)Kadang² ada isteri yg mandul,suami boleh poligami utk dapat zuriat dan kekalkan isteri pertama.

4)Isteri yg tak mampu berkhidmat utk suami kerana sakit utk jaga keharmonian diizinkan suaminya berpoligami.

ADA SYARAT UTK DIPATUHI SEBELUM BERPOLIGAMI.

SUAMI YG MAMPU DAN DIA ADA ISTERI YG UZUR SEBAB SAKIT,BOLEHKAH DIA BERPOLIGAMI?

Poligami diharuskan kerana isteri yg sudah lanjut usia atau sedang sakit. Suami boleh berkahwin kerana ada suami walaupun dah berusia tapi nafsu syahawatnya tinggi. Ada isteri ke~dua bersalin,isteri pertama yg menjaganya.

JIKA KITA MELIHAT DARI ASPEK NEGATIF KITA AKAN DAPAT NEGATIF. SEDANGKAN BANYAK ASPEK POSITIF.

BAGAIMANA POLIGAMI BERLANDASKAN ISLAM?

Perlu adil dalam perkahwinan. Keadilan ialah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Jangan berkahwin kerana cantik utk memuaskan nafsu.

BILA NAK BERKAHWIN,KAHWINLAH KERANA ALLAH.IN SHAA ALLAH,ALLAH AKAN PIMPIN RUMAHTANGGA ITU.

Hukum poligami tak boleh lebih dari 4. Mesti adil dalam aspek lahiriah,makanan,pakaian tempat tinggal dan giliran.Mampu dari segi jasmani dan kewangan.

PERLU MINTA IZIN PADA MAHKAMAH UTK MEMBERI IZIN DIA BERPOLIGAMI.

Berhati~hati dgn sindiket² poligami yg tak ada sijil nikah. Pasti ada keadilan seandainya suami mengikut syarat².

BENARKAH JIKA ISTERI IZINKAN SUAMI KAHWIN LAGI DAPAT PAYUNG EMAS DAN BAGAIMANA NAK BAWA ISTERI KE MAHKAMAH UTK BERBINCANG?

Tak ada dalil yg jelas,tentang payung emas.
Mahkamah akan buat surat utk jemput isteri hadir utk dibincangkan.

JANGAN RISAU KEPADA YG BERHAJAT UTK BERPOLIGAMI.

Jika tuan² mampu silakan. Yang paling penting mampu berhadapan dgn isteri pertama.

BOLEHKAH KEDUA~DUA ISTERI DUDUK SEBUMBUNG?

Nabi tidak menghimpunkan isteri dalam satu rumah.Nabi sediakan rumah² utk isteri². 

Asingkan isteri utk elak rasa cemburu.lsteri² Nabi juga ada rasa cemburu.Pasti ada cemburu dan cemburu akan bawa pada kebencian.lsteri ada keinginan sendiri pada rumahnya. 

Bayangkan kalau duduk dalam rumah yg sama,isteri susah nak tunjukkan keinginannya. Jika duduk berlainan rumah,suami isteri yg lama tak jumpa akan rasa rindu dan mempersiapkan diri.

APA HUKUM ASAL POLIGAMI?

Ada khilaf para ulamak tentang hukum poligami.
Pandangan pertama hukum poligami ialah ibaha(boleh buat dan tak nak buat). 

Ada ulamak kata poligami adalah sunnah kerana Nabi buat.Allah perintahkan jika takut tak berlaku adil, kahwin satu sahaja.

TAK DIGALAKKAN POLIGAMI JIKA BOLEH BERLAKU KEZALIMAN.

PENTING DALAM URUSAN POLIGAMI:

Dalam mazhab As~Syafire mesti 1 malam berada bersama isteri tak boleh separuh malam dan tak boleh lebih dari 3 hari.

Jika nak lebih dari 3 hari,mesti minta izin isteri.
Suami boleh minta izin utk pergi ke rumah isteri lain kerana sesuatu hal tapi tak boleh bersama (bersetubuh).

SUAMI YG BERKAHWIN DGN ANAK DARA BOLEH BERSAMA DENGANYA SELAMA 7HARI DAN SELEPAS ITU BARU BERGILIRAN SEPERTI BIASA.

DAN SUAMI YG BERKAHWIN DGN JANDA BOLEH BERSAMA DGN ISTERINYA SELAMA 3 MALAM DAN SELEPAS ITU BERGILIRAN SEPERTI BIASA.
ISTERI BOLEH GUGURKAN GILIRAN

(beri giliran pada isteri lain,dibolehkan)
Dalam giliran,isteri boleh susun giliran.

YG PALING CANTIK BIAR ISTERI² YG MENYUSUN GILIRAN.

Jika suami bermusafir,suami nak bawa sebahagian isteri,suami boleh pilih dgn mencabut undi. 

Yang paling cantik,bawa semua isteri.

Orang yg akan bangun dalam keadaan senget sebelah di akhirat kelak ialah org yg tak berlaku adil pada isteri²nya.

APA KESAN BURUK DAN BAIK POLIGAMI?

Berbalik bagaimana suami uruskan rumahtangga.Seorang isteri ada kesempatan utk beribadat lebih bila suami berada di rumah isteri lain.

WAKTU SUAMI ADA PERSIAPKAN KHIDMAT YG TERBAIK UTK SUAMI DAN BILA SUAMI TAK ADA WAKTU TUMPU UTK BERIBADAT SEBAIK~BAIKNYA.


AKAN ADA RASA CINTA DAN RINDU BILA SALING MENUNGGU GILIRAN.WUJUDKAN KEHARMONIAN DALAM RUMAHTANGGA.
BERHIAS UTK SUAMI KERANA HANYA SUAMI YG LAYAK UTK MEMANDANG KECANTIKKAN ISTERI. SUAMI JUGA BERHIASLAH UTK ISTERI. TOLONG BUAT PERKARA INI UTK LAHIRKAN KEHARMONIAN DALAM RUMAHTANGGA.


Bersikap adillah pada isteri² kamu.Allah kata kamu pasti tidak akan mampu berlaku adil(ini berkait dgn hati,kasih sayang)Berlaku adil pada anak² dan isteri serta tanamkan tak ada kasih sayang yg lebih baik dari kasih sayang Allah.


JANGAN BENCI PERINTAH ALLAH INI.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru


Comments

  1. Info yang baik.. Dan seharusnya diterangkan kepada golongan lelaki yang berkemampuan dan berkeinginan poligami.

    Syariat Islam itu indah. Kita yang kadang menyusahkannya..

    ReplyDelete
  2. cukuplah dgn satu isteri. x mampu nak tanggung dua rumah..

    ReplyDelete
  3. Illya : ya betul. Islam itu agama indah dan memudahkan , Alhamdulillah dilahirkan sebagai islam.

    Abam Kie : Alhamdulillah cukuplah tu. Ada orglain tu satu pun takda lagi , itu pun dia dah rasa bersyukur jugak.. 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Daftar Lesen Untuk Kucing

  Bismillah, ​Singapura: Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) serta HDB Singapura telah mewajibkan pendaftaran lesen dan pemasangan mikrocip untuk kucing peliharaan. Tempoh peralihan secara percuma diberikan sehingga 31 Ogos 2026. Maklumat tersebut TIDAK benar untuk Malaysia.Peraturan ini hanya terpakai di Singapura. Waallahualam. Berita ni maq jumpa difacebook semalam. Siang nanti maq akan selongkar semua laman sosial untuk penjelasan lebih detail. ​Malaysia -Tiada sebarang undang-undang atau peraturan baharu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mahupun Majlis Bandaraya/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewajibkan lesen bagi memelihara kucing. Apapun di Malaysia,ini pada pandangan peribadi Maqnie lah kan.Biarpun peraturan pelihara kucing masih longgar dan bebas,pemilik kucing janganlah lepas tangan dengan aktiviti kucing kucingnya. Masih ramai lagi pecinta kucing yang biarkan kucing kucing mereka berkeliaran di kawasan rumah rumah jiran.Berkeliaran sesaja tu okey lagi...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Pray For Pasir Gudang

Assalamualaikum. Semalam dan hari ini tular di aplikasi whatsapp dan semua media social mengenai tragedi pencemaran udara di kawasan Pasir Gudang ,Johor. Ramai yang maq kenali merupakan penduduk tetap di Pasir Gudang ,termasuklah kawan kawan sekolah dan adik perempuan maq sendiri. Bila sahabat sekolah menceritakan serba sedikit situasi disana, hati tua ni jadi bimbang. Anak anak buah maq masih lagi bersekolah disana. Semoga Allah beri sebaik baik pelindungan buat mereka semua. Sedih bila tengok kekejaman yang mereka lakukan. Macam bukan buat benda salah je! Macam tu je mereka buangkannya? Allah huakhbar Ada pulak yang ambil kesempatan buat berita palsu ? Hmmm..Keuntungan pada satu pihak tapi kerugian bagi banyak pihak. Persoalannya selama beroperasi dimanakah sisa toksid tu dibuang??? Apakah agenda mereka kalini dengan sewenang sewenangnya membuang  sisa sisa tu disitu? #MakcikkaunirasaMusykil 😩 Bawah ini jumlah mangsa setakat hari ini ( Rabu 1...

Hati Hati Dengan Sale Di Aeon Big

Assalamualaikum. Malam ni, lepas maghrib encik suami nak beli jiwa maq.  Ayat orang sekarang ,beli jiwa sama dengan ambil hati / pujuk.  Aduh kamus mana kah ini? Orang sekarang suka berfikiran diluar kotak. Not bad.. Pertamanya hari Rabu kan,  jadinya dia bawa maq dan anak bungsu ke Aeon Big.  Kononnya nak belikan si bungsu seluar jeans  mur mur je sebagai basahan.  Mur mur tu apa?  Orang bisnes online kata mur mur tu sama dengan Murah murah. Ayat baru lagi hehe ikut suka awak lah.. Setiba di perkarangan pintu gerbang Aeon big Batu Pahat,  pengunjung memang ramai. Mana maq tahu? Lihat pada  kawasan parking yang sesak je maq dah tahu. Dan ternyata orang memang ramai dalam tu. Kaunter bayar pun sesak. Hari Rabu memang gitulah hakikatnya disini. Jom cari seluar jeans! Si Ayah dah pegangkan sehelai seluar jeans mur mur untuk anak bungsunya. Dan waktu ini si anak sedang lagi mencuba sehelai yang lain.  Mur mur?  ...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

2022 Tahun Ujian Kami

Bismillah, Hampir 3 bulan blog sepi.Idea betul betul kering  beberapa bulan kebelakangan ni.Padahal banyak aktiviti yang maq buat tapi langsung tak boleh nak menaip untuk maq kongsikan dalam blog. Tajuk entri pun nampak macam something?Jum teruskan bacaan anda. " 2022 tahun ujian buat kami bertiga" Pada awal tahun 2022 ,semua aktiviti kami berjalan lancar.Encik suami,maqnie & anak  bongsu hanya urus bisnes Amway dan perfume Dcalysta kami seperti biasa. Bisnes berjalan lancar ,tiap bulan ada je sale masuk,biar pun tak sekencang otai otai berbisnes tapi maq tetap rasa syukur.Biarpun nampak macam tak buat apa apa tapi sebenarnya kami bekerja. Bermula pada pertengahan bulan May 2022 Kami bertiga telah diberi amanah menjaga ibu mertua yang katanya langsung tak boleh nak bangun dan berjalan.Kalau sebelum ini beliau boleh je bergerak kesana sini walaupun hanya dengan bertongkat , tetiba terus tak mampu nak buat apa apa.Nak bangunkan badan pun tak kuat,lesu. Bilamana anak anak be...