Video buat Encik Suami dan Ety


Assalamualaikum.

Bila encik suami dan  Ety ( anak nombor 2 kami ) suruh maq jangan lagi membebel  ,secara tak sengaja, dan dan pulak malam tadi seorang sahabat dah kongsi video ceramah Ustaz Samsul Debat yang maq kongsikan kat bawah ni.

Maq pun laju je download , lepastu kasi lah dua beranak tu dengar ( masih touching lagi lew tew)  jenis orang lambat nak menginsafi diri ..😂


Tapi betul kata Ustaz , semua yang ada hari ini , akan kita rindu bila  semua tu dah tak ada lagi. Hinggakan nanti bunyi suami berdengkur pun akan buat kita rasa rindu bila dia dah takda ,Allahhu .. 😭

Sebab tu la sekarang maq dah susah nak merajuk lama lama kat semua orang , terutama kat encik suami dan anak anak. Sebab?

Sebabnya maq taknak nanti bila maq dah takda, mereka akan tercari cari suara merdu bebel maq dan wajah ayu maq bila maq tengah merajuk , hmm..  ( dah tua pun nak perasan ayu  😭)

Nota maq : Alhamdulillah , sedang lagi berusaha nak jadi seorang yang pendiam . Semoga Allah permudahkan usaha maq kali ini.

Hmmm..
Tapi rasanyakan,  macam susah kot usaha kali ini sebab maq ni keluar je dari perut ibu dah pandai membebel , aduhh.. Gawat² 😂

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026