Skip to main content

Bercakap Dengan Cermin


Assalamualaikum.

Selamat pagi. Pagi ini pagi Rabu , sekejap lagi maq nak pergi ke Aeonbig nak teman along beli barang dapur. Hari Rabu je pergi Aeonbig. Pergi Aeonbig je hari Rabu hehe.

Sekarang pun bila hari Rabu Aeonbig takdanya nak sale kaw kaw macam sebelum, hanya 2-3barang terpilih je harganya  rendah. Yang lain masih dengan harga pasaran yang kalau nak beli kena fikir berkali kali ,perlu ke tak benda tu. Kalau dah fikir 10 perlu 2 tak ( nisbah 10:2 ) barulah  maq beli 😂.

Ah mukaddimah meleret leret hehehe.

Okey sebelum jalan lebih jauh ,maq nak kongsikan pengalaman jiwa ni.

Dulukan. Ya ..pada zaman dahulu , maq selalu harap pada setiap pengorbanan maq terhadap orang lain akan dikenang oleh orang orang tersebut.

Bila sudah dibantu tapi mereka tak reti nak menghargai ,maq akan sedih , sayu hati ,kadang tu boleh datang pulak rasa nak marah.

Lama kot perangai teruk tu berlangsung dalam jiwa ini.

Tapi Alhamdulillah ,bila hidup mula redha dengan apa ada nya, perlahan lahan maq lawan perangai tu. Sehingga keharini maq boleh terima apa juga perbuatan orang terhadap maq.

Satu pendirian hidup yang maq amalkan sekarang ini ,


" aku hidup kerana Allah, Aku mati kerana Allah. Kenapa aku nak tambah dosa ,sakit hati hanya kerana Orang lain? Sedangkan yang beri aku nikmat ,bahagia ,kesenangan hidup adalah Allah?. "


"aku sayang anak anak ,cucu , suami bersungguh. Habiskan berpuluh tahun usia untuk mereka. Namun mustahil mereka tak pernah mengecewakan aku. Aku buat baik kepada sahabat,jiran ,saudara mara ,ipar duai , mereka masih akan bercakap cakap tentang aku cuma sebab mereka tak dapat nak baca apa yang ada dalam isi hati aku"

"tapi bersama Allah , aku "teruk namaty" pun Allah masih beri aku nikmat. Beri apa je yang aku hajat. Beri tanpa minta dibalas. Beri tanpa mengungkit ungkit. Malah Allah tutup lagi aib aku. Allahhuakhbar.. I love you so much Allah..😭 "

" kadang  malu nak minta macam macam kat Allah sebab terlalu banyak nikmat Allah dah bagi. Kadang rasa malu nak minta syurga sebab sedar dah diri ini jahatnya macamana. Kata kata ,lisan ,penulisan ,perbuatan , semuanya pernah menyakitkan mahluk lain namun Allah masih beri lagi nikmatNya tanpa berkira kira ,tanpa henti.. "


Masyaallah..😭

Kini sampai satu tahap , maq dah berjanji untuk menjadi Hamba Abdi kepada Pencipta Maq. Redha dengan semua agenda Nya. Redha dengan hati yang ikhlas. Hati yang tenang. Kerana semua itulah yang maq perlu untuk perjalanan hidup yang makin hari semakin singkat ini.

Kini , bila ada rasa tak selesa dengan hamba Allah yang lain. Maq akan cepat cepat beristighfar. Dan maafkan mereka ketika tu juga dan maq akan terus salahkan diri maq sebab maq sendiri dah timbulkan rasa tak selesa orang lain terhadap maq sehingga timbulkan cerita yang kurang menyenangkan untuk didengar itu.


" Mereka juga manusia. Mereka macam aku , mereka takkan pernah sempurna.. Biarlah.." 

-ini antara bisikan maq ketika maq pandang cermin di saat hati sedang terguris luka oleh perbuatan sesaorang..


Maq suka membaca bila jiwa sedang bergelora

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa