Skip to main content

Kenangan di Raudhah , Masjid Nabawi




Assalamualaikum.

Ini masih lagi baki koleksi peribadi. Storage handphone masih tak boleh simpan video banyak macam selalu.


Inilah bahananya kalau handphone cuma guna 2GB. Maklom , handphone nenek nenek, GB bebanyak nak simpan apa je kan hehehe.


Sekali lagi memori terindah tersimpan diblog peribadi ini, bersama beberapa minit rakaman video ketika mendengar kuliah sementara tunggu masuk waktu isyak.


Banyak kenangan disini yang terlalu indah yang maq tak mampu nak rakam guna handphone tapi sekadar rakam dalam minda dan ianya unlimited.



Malam pertama menuju Raudhah. Sementara tunggu mutawiffah ,kami sempat juga bergambar sebagai kenangan peribadi



Sementara menunggu pintu Raudhah dibuka pada malam ke 2,baca Quran dirumah Allah yang indah boleh buat hati tenang. Kami masuk Raudhah biasanya selepas solat Isyak. Masa ini jemaah memang padat. Dan pintu Raudhah akan tutup selepas pukul 12malam ( untuk bahagian wanita) kalau bahagian lelaki sepanjang masa pintu Raudhah dibuka kecuali saat kecemasan.


Malam ketiga  kami masuk keRaudhah merupakan malam Jumaat. Waktu menanti pintu Raudhah dibuka kami sempat baca surah yasin ,  selepas itu kami dijamu dengan dua mangkuk laban dan beberapa biji kurma oleh sekumpulan keluarga arab. Yang pelik,cuma kami je dapat makanan tu,orang lain cuma dapat tengok aja. Masyaallah , Alhamdulillah , syukran ya hajjah..


Video kenangan sewaktu  dengar kuliah selepas solat Maghrib, di Masjid Nabawi ,Kota Madinah. Depan pagar kayu itulah pintu ke Raudhah.

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?